Bagi golongan muda, telefon pintar bukan sekadar untuk berkomunikasi. Tetapi peranti hiburan tanpa had. Selain mengambil gambar, menggunakan sosial media, menonton video, kebolehan telefon untuk handle permainan video juga amat penting. Oleh itu saya senaraikan sejumlah telefon gaming bawah RM500 untuk rujukan anda.
Untuk mereka yang berbajet rendah, jangan risau. Masih ada telefon gaming yang sedap untuk anda layan Mobile Legend, PUBG Mobile, COC, dan lain-lain. Telefon ini boleh support grafik 'smooth/extreme' dan boleh disable gyroscope.
Biarpun murah ia masih boleh handle gaming, berbaloi, dan masih relevan untuk digunakan tahun ini.
Poco C40
Cukup popular ketika pertama kali dikeluarkan. Kini harganya sekitar RM510 sahaja. Sangat berbaloi kerana dikuasakan dengan JLQ JR510 iaitu hampir sama dengan Snapdragon 439 dengan Octa Core, 4GB Ram dan storan 64GB. Power kan? Saiz skrinnya pula memang cukup nice untuk main game.
Boleh main PUBG dengan guna setting 'smooth + extreme + HDR Ultra', tetapi tidak menyokong gyroscope. Memandangkan Poco adalah jenama di bawah Xiaomi, ia adalah antar telefon Android yang paling digemari ramai sejak pertama kali dilancarkan dahulu.
Paling best, ada game mode, dan anda boleh rakam gameplay untuk dimuat naik di
Youtube atau mana-mana sosial media. Ia boleh dikategorikan sebagai Smartphone
bawah RM500 terbaik 2021.
Cipset - JLQ JR510 (11 nm)
Pemprosesan - Android 11
Skrin - IPS LCD 6.7" HD+
Bateri - 6000mAh
Kamera - 13MP + 5MP
Harga: RM378
Beli di sini: https://invol.co/cl6h3rs
Artikel berkaitan:
+
7 Telefon Murah Tapi Berkualiti
+ 10 Telefon Gaming Bawah RM1000 Terbaik 2022
Realme C30
Sebuah handphone bajet yang basic, simple, tetapi bukan murahan sebab ada variasi 4GB/64GB. Not too bad untuk main game dan bukak banyak apps dalam satu masa.
Kenapa saya cakap boleh bukak banyak apps dalam satu masa tapi masi tak lag? Sebab ia mengandungi chipset Unisoc Tiger T612 iaitu sama dengan Snapdragon 665.
Dari segi reka bentuk, panel belakang agak cantik. Sekali tengok macam luggage. Macam metal finish tetapi plastic yang kukuh. Kualiti kamera pula memberangsangkan terutama pada waktu malam.
Apa yang saya suka tentang telefon gaming ini, adalah rekaan bandannya yang lebih fresh. Ada audio jack 3.5mm, boleh record gameplay, dan kualiti skrin pun cemerlang.
Cipset - Unisoc Tiger T612, octa core, Mali-G57
RAM/ROM - 3GB+32GB | 4GB + 64GB
Pemprosesan - Android 11
Skrin - 6.5 inci, IPS LCD, 400 nits
Bateri - 5000mAh
Kamera - Belakang 8MP | Hadapan 5MP
Harga: RM369
Beli di sini: https://invol.co/cl6nox5
NARZO 30A
realme NARZO 30A ini memang dicipta untuk golongan muda yang gemarkan hiburan khususnya gaming. Pada tanda harga RM499, anda dah boleh menikmati pengalaman gaming memuaskan setanding telefon premium.
Baca:
realme NARZO 20 Pro - Handphone Gaming Terbaik
Dikuasakan dengan Helio G85 Gaming Processor, 4GB + 64 GB sudah cukup cemerlang tau. Bahkan, saiz baterinya pula adalah sebesar 6000mAh! Telefon ini masih fresh di pasaran. Ramai yang pakai terutama kaki gaming yang perlukan phone pada harga bajet.
Cipset - MediaTek Helio G85 (12nm)
RAM/ROM - 4GB + 64GB
Pemprosesan - Android 10, Realme UI
Skrin - 6.5 inci, 720 x 1600 pixels
Bateri - 6000mAh , fast charging 18W
Kamera - Belakang 13MP + 2MP | Hadapan 8MP
Harga: RM499
Beli di sini: https://invol.co/cl6noy6
Redmi 12C
Saya cuba cari telefon Redmi bawah RM500 untuk gaming, namun gagal temui yang betul-betul berbaloi untuk anda. Jadi saya selitkan Redmi Note 8 yang berharga sekitar RM579 untuk varian 6GB+128GB.
Cukup cemerlang dari segi performance. Lancar dan padu dari segenap aspek, berbanding jenama lain pada tanda harga sama.
Dilengkapi dengan Mediatek MT6769Z Helio G85, dan bateri 5000mAh. Kameranya
juga menghasilkan kualiti yang padu kalau nak buat video TikTok atau
Youtube.
Best untuk main game sebab skrin besar dan tidak berdepan dengan lagging yang ketara. Kalau anda tengah cari telefon realme bawah RM500 untuk anak, this is the one.
Cipset - Mediatek MT6769Z Helio G85
RAM/ROM - 4GB + 128GB | 4GB + 128GB
Pemprosesan - Android 12, MIUI 13
Skrin - 6.7 inci, IPS LCD, 500 nits
Bateri - 5000mAh
Kamera - Belakang 50MP | Hadapan 5MP
Harga: dari RM479
Beli di sini: https://invol.co/cl6noyj
Redmi 10A
Dilancarkan pada 2022, Redmi 10A merupakan telefon bajet tetapi
menawarkan ciri sama yang ada pada telefon kelas pertengahan. Spesifikasi
seperti bateri 5000mAh, reverse charging, triple camera, dan processor yang just nice untuk mereka yang sukakan hiburan.
10A menggunakan cip Mediatek MT6762G Helio G25 yang boleh handle PUBG, Mobile Legend dan CoC dengan baik. Boleh guna setting 'smooth + medium', tapi tidak digalakkan guna gyroscope.
Cipset - Mediatek MT6762G Helio G25
Pemprosesan - Android 11, MIUI 12.5
Skrin - 6.53 inci, IPS LCD, 400 nits
Bateri - 5000mAh
Kamera - Belakang Triple camera 13MP / Hadapan 5MP
Harga: dari RM399 - RM455
Beli di sini: https://invol.co/cl6np00
Wiko T10
Telefon ini menjadi rekomendasi ramai tech reviewer. Biarpon namanya tidak sebesar jenama lain di pasaran, namun penawaran spesifikasi dan kualiti telefon ini diluar jangkaan.
Dilancarkan dengan cipset Helio A22 MT6761 yang hampir sama taraf dengan Snapdragon 450 yang di atas kertasnya sudah mencukupi untuk tujuan hiburan.
Reka bentuk yang menarik dan masih fresh. Apa yang menarik perhatian saya adalah ia hadir dengan USB type C which is rare untuk tanda harganya.
Anda boleh beli di kedai rasmi Wiko di Shopee, pembelian di bawah.
Cipset - Helio A22 MT6761
Pemprosesan - Android 11
Skrin - 6.5 inci, IPS LCD
Bateri - 5000mAh, 18W
Kamera - Belakang Triple camera 13MP / Hadapan 5MP
Harga: RM499
Beli di sini: https://invl.io/clip1jk
Redmi 10c
Telefon gaming bawah RM500 seterusnya adalah Redmi 10C.Saiz yang sempurna untuk main game dan dikuasakan dengan Snapdragon 680. Best kan? Apa yang boleh saya katakan ia adalah telefon terbaik dalam artikel ini. Kesemua ciri yang disertakan menepati citarasa pengguna muda yang sukakan hiburan.
Camera 50MP, bateri 5000mAh, dan ada varian sehingga 4GB + 128GB. Malah, telefon ini juga tampak elegen dengan design yang masih segar.
Tetapi fingerprint scanner agar jauh iaitu bersebelahan dengan camera yang saya rasa tidak natural.
Cipset - Qualcomm SM6225 Snapdragon 680 4G
Pemprosesan - Android 11, MIUI 13
Skrin - 6.71 inci, IPS LCD, Corning Gorilla Glass
Bateri - 5000mAh, 18W
Kamera - Belakang 50MP + 2 MP / Hadapan 5MP
Harga: RM519
Beli di sini: https://invl.io/clip1kk
Infinix Hot 20
Nama telefon ini seakan carta lagu mingguan radio. Bagi yang masih belum tahu Infinix mengeluar beberapa buah telefon sejak kebelakangan ini dan kesemuanya memiliki ciri hebat pada harga mampu milik.
Infinix Hot 20 menyertakan Mediatek MT6769Z Helio G85, RAM sehingga 8GB, dan ada NFC. Screen IPS LCD, tetapi mampu hasilkan visual yang menawan.
Anda boleh main game berat seperti PUBG dan tak mudah panas. Highly recommended.
Cipset - Mediatek MT6769Z Helio G85
Pemprosesan - Android 12, XOS 12
Skrin - 6.82 inci, IPS LCD, 90Hz
Bateri - 5000mAh
Kamera - Belakang 50MP / Hadapan 8MP
Harga:
Beli di sini:
Mempunyai bajet rendah tidak bermakna tak boleh main game. Sekarang korang dah
tahu telefon gaming bawah RM500 yang berbaloi untuk dimiliki. Korang boleh
cari telefon di atas di kedai atau beli online melalui link yang disediakan.
Banyak juga telfon gaming yang bagus-bagus rupanya. Asalkan tahan lama dan bebaloi, ok lah kan
BalasPadamada juga jenama yang baharu saya kenal
BalasPadamVery convenient, even if someone is not very computer literate. PCVAST
BalasPadam