Sinopsis Drama Miranda Tv3

2
Terbaharu di Slot Samarinda, drama bersiri 15 episod terbitan Enuja Production, MIRANDA bakal menemui penonton Tv3 tidak lama lagi. Drama yang diarahkan oleh sutradara berpengalaman Along Kamaruddin menampilkan Fasha Sandha dan Dazrin Kamaruddin sebagai teraju utama.

Drama Miranda turut membariskan pelakon Datuk Eizlan Yusof, Zila Bakari, Roy Azman, Fauzi Nawawi, dan ramai lagi.

Miranda bakal bersiaran mulai 23 Jan 2014, setiap Selasa hingga Khamis, di Tv3.

Sinopsis drama Miranda Tv3

Mengisahkan Miranda yang melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas memutuskan pertunangan dengan Izwan iaitu pemuda pilihan ibu tirinya, Salimah.

Izwan cuba merogol Miranda tetapi Salimah tidak percaya dan menganggap Miranda cuba memfitnah Izwan. Malah Salimah memaksa Miranda dengan Izwan bernikah secepat mungkin namun Izwan acuh tak acuh malah lebih kerap mahu mengambil kesempatan terhadap Miranda.

Miranda kemudian menumpang di rumah bapa saudaranya Datuk Shukri buat seketika. Namun, kemunculannya mengejutkan anak-anak Shukri iaitu Ammar dan Melly. Isterinya, Datin Rina walaupun tidak senang dengan kedatangan Miranda, dia tidak menunjukkan perasaannya tetapi selalu mempersoalkan kepada Shukri.

Akhirnya Rina menghalau Miranda dari rumah mereka dan merahsiakan perkara itu daripada Shukri. Dia pura-pura kesal kerana menunjukkan rasa tidak suka kepada Miranda. Selepas keluar dari rumah Shukri, Miranda menumpang pula di rumah rakannya, Mazita yang bekerja di stesen minyak.

Dengan pertolongan Mazita, Miranda berjaya mendapatkan pekerjaan di situ. Bagaimanapun, Shukri berjaya menemuinya di situ manakala Izwan terus mencarinya

sumber: hmetro
 Selamat menonton!



Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. menarik jalan cerita ni... bolehlah tonton nanti kalau berkesempatan... ^_^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top