Sabtu, 16 Ogos 2014

Review Buku: The Kill Order

The Kill Order karya James Dashner adalah prekuel kepada siri The Maze Runner. Tiga buku sebelum ini cukup hebat dengan kisah pengembaraan dan aksi tanpa henti membuatkan saya tertarik untuk mendapatkan prekuel kepada siri ini. Bila sebut 'prekuel', ia menceritakan kisah yang berlaku sebelum buku pertama.

In case you missed it, saya dah buat review dalam Bahasa Melayu siri The Maze Runner sebelum ini:

The Maze Runner - book one
The Scorch Trials - book two
The Death Cure - book three 


Review The Kill Order (TKO), hmmm.... Tak tahu dari mana nak mula. Agak mengecewakan. Penceritaan, aksi, debaran, kepelbagaian watak cukup berbeza dari buku sebelum ini.

TKO tidak lagi melibatkan Thomas tetapi memberi fokus kepada kisah
setahun selepas wabak Flare mula merebak dan 13 tahun sebelum Thomas dan Teresa memasuki The Maze.

Dashner menghidangkan pembaca dengan pengembaraan Mark dan Trina serta beberapa watak lain mengharungi saat getir ketika wabak Flare mula mengorbankan penduduk dan sumber bumi.  



TKO dimulakan dengan kemunculan pesawat (Berg) di ruang udara penempatan kecil tempat Mark dan yang lain tinggal. Mereka menyangka kehadiran mereka adalah untuk memberikan bantuan akan tetapi bertindak menembak penduduk dengan 'dart' yang mengandungi virus. 

Mark mendapati virus tersebut memberi kesan yang berbeza kepada setiap individu. Kebanyakkannya mati dengan serta merta, ada yang mengambil masa beberapa jam, dan jika bernasib baik ia mengambil masa beberapa hari. Apa yang pasti virus tersebut memberi kesan kepada otak manusia yang mendorong manusia bertindak liar sebelum ajal (ala-ala zombi).

Dek kerana tertanya-tanya kenapa dan siapa yang menembak mereka, serta untuk membalas dendam di atas kematian beberapa rakannya, Mark dan Alec, seorang bekas tentera membuat keputusan untuk menjejaki dari mana Berg tersebut datang. Di situlah bermulanya pengembaraan mengerikan yang terpaksa ditempuhi Mark.

REVIEW

Dashner ialah seorang penulis yang bijak. Ia terbukti melalui sekuel sebelum ini. Namun TKO sedikit megecewakan. Saya tidak memberi perhatian pada banyak bahagian. Penceritaan yang perlahan serta meleret-leret. Ada kalanya sesetengah babak memakan terlalu banyak muka surat membuatkan saya berasa bosan menunggu apa yang bakal terjadi seterusnya. Plot TKO lebih menjurus kepada babak aksi, dan ya, ia menghiburkan seperti apa yang Dashner pernah lakukan sebelum ini. Namun, ia tidak terkesan dihati. I was reading for about 75% of the book, but still NOTHING.
Pembaca perlu menunggu hingga ke penghujung buku untuk mendapatkan jawapan bagi segala persoalan dan baru dapat merasa keseronokkan TKO. Debaran, aksi dan emosi disimpan pada penghujung buku. Seriously, bila dah nak habis baca, I said to my self "James Dashner is back!." 

I thought this part was great. Lightbulb - Thomas.. Genius!
Bahagian terbaik buku ini adalah di sudut epilog di mana Dashner menerangkan bagaimana Thomas boleh berkerjasama membina The maze bersama Teresa. Jika pembaca tertanya-tanya bagaimana Thomas mendapat namanya, ia terjawab di bahagian epilog. Teresa, hmm.. Saya cukup tak suka dengan watak Teresa sejak dari buku pertama, but that feeling was completely vanished after I finished reading TKO.  


Okay, that was my HONEST review.

Jika anda peminat siri The Maze Runner, this is worth reading. Tetapi jangan terlalu bergantung dengan kehebatan sekuel sebelum ini. Lower your expectations ok.. :)

Oh, The Maze Runner bakal diadaptasikan kepada filem dan bakal menjengah pawagam pada September ini!


WICKED IS GOOD

Previous entry: Beli Buku Online dari MPH Bookstore

2 ulasan:

  1. dah lama tak baca buku2 macam ni.... dulu masa sekolah menengah memang ya...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #7. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/08/senarai-url-blog-7.html

    BalasPadam
  2. Tengah baca TKO hmm sikit mengecewakan laa..

    BalasPadam