Ahad, 21 September 2014

Punca Astro Kerap Ulang Siaran


Hampir semua yang melanggan siaran televisyen berbayar ASTRO merungut kerana syarikat itu mengulang tayang program tv terlalu kerap sehingga merasakan caj bulanan yang dikenakan tidak berbaloi dengan servis yang diterima.

Semalam, seorang pelanggan Astro melahirkan rasa kecewa di laman Facebook tentang kenapa astro kerap ulang tayang siaran, dan luahan beliau  mendapat respon dari pihak Astro sendiri.

Punca Astro Kerap Ulang Siaran

- Memberi peluang kepada pelanggan untuk menonton sesuatu rancangan jika sedang menonton program lain pada waktu yang sama atau terikat dengan urusan peribadi. Jadi mengulang tayang membolehkan anda menontonnya kembali.

- Pihak Astro tidak mempunyai kuasa untuk mengawal jadual saluran antarabangsa seperti HBO, MAX, dan FOX Premium kerana saluran ini telah diselaraskan dengan beberapa negara di rantau Asia seperti Singapura, Hong Kong, dan Filipina. 

- Jika jadual diprogramkan berbeza dengan negara lain ia akan melibatkan kos yang tinggi dan bakal menjejaskan banyak pihak termasuk pelanggan Astro sendiri.


Tapi kalau tak diselaraskan pun caj bulanan tetap naik dan masih lagi sangkut2 kalau hujan. Kan? Teringat pulak kisah laman web Astro kena hacked dulu...



7 ulasan:

  1. ohh..

    macam gitu plak rupanya ye..

    BalasPadam
  2. kalau time hujan memang tak boleh nak buat apa da...masalahnya sejak dari dulu lagi masalah ni tak settle..huhu

    BalasPadam
  3. ada banyak siaran, ulangan tak de masalah besar, lagipun memang mustahil nak tengok semua semua siaran.

    BalasPadam
  4. ooo macamtu rupanya...patutla ulang2... tapi satu je tak best..kalau hujan memang takde siaran

    BalasPadam
  5. ooo..itu sebabnya..patut la bersepah siaran ulangan..yg x bestnya..ulang sampai berbulan2..naik muak dah tengok..

    BalasPadam
  6. Hehe...mujurlah saya tak ada astro ni..kalau tak tengok citer sama jer..

    BalasPadam