Rabu, 1 Oktober 2014

Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN

Filem animasi Frozen adalah antara filem terbaik yang pernah dihasilkan syarikat Walt Disney. Dari jalan cerita, karakter, animasi, dan lagu yang menghiasi filem itu umpama sebuah karya agung yang cukup sempurna.

Selepas memenangi kategori Filem Animasi Terbaik dan Lagu Terbaik di Anugerah Oscar, Frozen meneruskan lagi kecemerlangannya dengan mengukir nama dalam Guinness World Record sebagai filem animasi yang mencatat kutipan tertinggi iaitu 1.13 billion seluruh dunia. Ini menjadikan Frozen sebagai filem yang paling berjaya dalam sejarah peneritan filem animasi.

Namun disebalik kejayaan ini, tersimpan beberapa fakta menarik yang tidak diketahui peminat, dan perkara ini disahkan oleh pihak Disney sendiri. Berikut adalah fakta menarik tentang filem Frozen yang mungkin anda tidak tahu:



1. Disney menamatkan penantian selama berpuluh tahun untuk menghasilkan filem tentang The Snow Queen (Ratu Salji).  Frozen sebenarnya diinspirasikan dari kisah dongeng karya Hans Christian Andersen. Namun disebabkan The Snow Queen yang ditulis Anderson merupakan watak jahat, pihak Disney terpaksa melakukan perubahan drastik supaya sesuai dengan perancangan mereka. Pertama kali mendengar lagu Let It Go, penerbit filem itu membuat keputusan untuk menjadikan The Snow Queen sebagai watak protagonis iaitu seorang ratu yang bergelut untuk menerima kuasa yang dimilikinya. 

Idina Menzel
2. Idina Menzel, pelakon dan penyanyi yang menyumbangkan suara untuk watak Elsa pernah menghadiri ujibakat bagi watak Rapunzel dalam filem Tangled. Walaupun gagal mendapatkannya kerana diberikan kepada Mandy Moore, namun rakaman ujibakatnya itu menyebabkan Menzel memegang watak Elsa.



3. Wreck-It-Ralph merupakan sebuah lagi filem terkenal terbitan Disney. Disebabkan konsep filem itu cukup berbeza dengan Frozen, pihaknya menemui jalan untuk memasukkan sekilas pandang 'the land of Sugar Rush' dalam Wreck-It-Ralph dalam salah satu babak.



4. Simbol Walt Disney, Mickey Mouse turut muncul di mana kelibatnya dikesan berada di atas rak Wandering Oaken’s Trading Post and Sauna.



5. Pengarah seninya dihantar ke sebuah lokasi pergunungan yang dilitupi salji di Norway untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kehidupan masyarakat di sana. Gambar gunung yang dipaparkan dalam Frozen memang wujud di alam realiti.

Rapunzel dalam salah satu babak Frozen
6. Dua bintang dari filem Tangled, iaitu Rapunzel dan Flynn Rider membuat penampilan khas dalam salah satu babak Frozen. Mereka muncul ketika lagu For The First Time In Forever dan hadir sebagai tetamu sewaktu majlis pertabalan Elsa.


7. Untuk memastikan filem ini sempurna, seekor rusa hidup dibawa ke dalam studio. Ini membantu pelukis untuk melakar tingkah laku Sven si rusa setepat mungkin. Sven juga pada asalnya diberi nama Thor. Namun bimbang jika dikaitkan dengan watak super hero Thor, ia ditukarkan kepada Sven. Tapi bagi penggemar permainan Dota, anda mungkin tahu persamaan mereka.
 

Setiap kanak-kanak di dunia ini menggemari filem Frozen, malah ia turut digemari golongan dewasa. Walaupun banyak kejayaan diraih Frozen, dan ramai yang cakap filem ni best, entah kenapa saya kurang gemar dengan filem ni. It's not for everybody.. 

Eh, baru tahu ke fakta filem Frozen ni?


Previous entry: Peraturan Baru Cermin Gelap 2014

15 ulasan:

  1. Filem Frozen ini sangat diminati oleh anak2x saya.Malah saya dan isteri pun terjebak menontonnya banyak kali tetapi tidak pernah merasa boring :)

    BalasPadam
  2. Ha ah..baru tahu..lagi2 yang no 5 dan 6..heheh

    BalasPadam
  3. Wah, fakta yg menarik...!! Tapi budak2 tak kisah pun tentang fakta ni... yg penting bg dorang dpt berangan ala Queen Elsa & Princess Anna... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? diorng tak kisah pun. yg penting boleh nyanyi lagu Let It Go pastu pakai baju Frozen..

      Padam
  4. Tak tahu pula ada watak rapunzel tu nik. Baru tahu tentang ini. Nik! PG tag join GA ya :)

    BalasPadam
  5. Setelah sekian lama Disney ketandusan watak princess yang baru, Elsa dan Anna akan menjadi pujaan kanak kanak for the next 5 years, maybe? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu budak2 gila kan snow white dan cinderella, sekarang ni frozen pulak..

      Padam
  6. ohh..itu faktanya. teringat mickey mouse. kawan lama tu. sihat kah dia..

    BalasPadam
  7. Anak-anak saya tak henti-henti ulang cerita frozen ni, dalam tandas dalam kereta nyanyi lagi let it go. Itu belum pakai dress elsa hari2. Pening kepala sebab dah terlalu obses.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebanyakkan budak mmg mcm tu. terlalu obses dgn frozen. haha

      Padam
  8. Tak pernah tengok lagi since ramai yang dk bercerita tentang Frozen ni..haha

    BalasPadam
  9. Ok... yang ni memang menarik... tambah2 yang nombor 6... baru perasan ni...

    BalasPadam
  10. Selamat Sejahtera,

    Terima kasih kerana share info ni.. artikel anda memang baik! Bolehkah anda luangkan sedikit masa untuk layari laman web kami http://perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ ?

    Syarikat kami mengadakan promosi yang hebat! Operion servis untuk membina laman web E – Dagangan dan juga web informasi.

    Operion menyediakan perkhidmatan dan reka bentuk laman web,aplikasi e-dagang untuk mengukuhkan perniagaan dan strategi pemasaran internet anda.

    Terima Kasih. :)

    BalasPadam