Sabtu, 18 Oktober 2014

(Sinopsis) Bila Hati Berbicara di Tv3


Maaf Jika Aku Tak Sempurna bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan bakal digantikan dengan BILA HATI BERBICARA yang bakal menghiasi Slot Akasia Tv3 mulai 28 Oktober 2014.

Bila Hati Berbicara merupakan sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama karya Antasya Balqis. Buah tangan terbaharu Suhan Movies ini diarahkan oleh Amie Maziah dan dan dibarisi pelakon baru seperti Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Idzham Ismail, Lia Natalia, Hanna Aqeela, Marisa Yasmin, Hafreez Adam, Emelie Hanif, dan ramai lagi.


Sinopsis Bila Hati Berbicara tv3

Mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Emir Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan manakala Tania Katsura (Atikah Suhaime) pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan dan sentiasa berkerja keras untuk mengejar cita-citanya. 
 

Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah menawarkan kerja kepada Tania. 

 

Selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang gadis yang amat istimewa. Namun, Emir menafikan dirinya telah jatuh cinta pada Tania kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana perbezaan darjat. 

 

Emir memperkenalkan Tania kepada sahahat baik yang juga pembantunya, Badri Fathul (Hafreez Adam).  Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap Tania supaya berkahwin dengan dia selepas tercabar dengan Badri yang juga mahu menawan hati Tania. 

 

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania Katsura. Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe (Raja Ilya) juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania. Apakah yang akan terjadi kepada Emir dan Tania? Adakah kasih sayang dapat menyatukan cinta Emir kepada Tania?



Previous entry: Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015

2 ulasan: