Sabtu, 7 Februari 2015

Malaysia Best Blog 2015




Malaysia Best Blog 2015. Blog menjadi platform yang cukup popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana ia memberi peluang untuk kita bersuara dan memberikan pendapat di internet.

Sama ada blog itu dibina sekadar minat, berkongsi kisah peribadi atau untuk buat duit dengan blog, yang terbaik harus diberikan pengiktirafan. 

Jadi, apakah ciri yang perlu ada pada setiap blog untuk jadi yang terbaik?

Ciri Blog Terbaik

Content yang bagus - Tak kira niche apa sekali pun asalkan kandungannya berkualiti, ditulis dengan baik, bermanfaat, menerapkan ciri SEO, serta diselitkan dengan gambar yang berkualiti.

Ramai pelawat - Kalau dah content blog bagus, mesti la ramai pembaca dan ada pengikut tersendiri. Memiliki jumlah pembaca yang ramai memang sangat ditagih oleh blogger yang nak buat duit.

Theme yang kemas - Theme/template blog merupakan first impression pembaca terhadap sesuatu blog. Namun ia terpulang pada citarasa pemilik. Sebaiknya gunakan theme yang kemas dan teratur. Baru sedap mata memandang. 


Mesra pembaca - Blog mesra pembaca adalah blog yang tak menyusahkan pembaca. Contohnya tidak meletakkan widget yang tak perlu, tak letak iklan sehingga menghalang text serta mudah senang untuk tinggalkan komen.

Blog yang ringan - Blog yang mengambil masa yang lama untuk loading boleh membuatkan pembaca lari. Tak ada orang yang suka menunggu. Dengan mengurangkan widget dan mengurangkan saiz gambar boleh membantu mengurangkan masa loading.

Kerap kemas kini - Blogger yang baik perlu konsisten dan tidak biarkan blog terbengkalai. Haruslah segar dan terkini jadi pembaca tahu yang blog itu masih aktif dan peka dengan kehendak pembaca.

Dalam ribuan blog di Malaysia, pasti ada yang terbaik dikalangan terbaik. Oleh itu saya senaraikan 10 blog terbaik terbaik di mata saya dan yang saya rasakan cukup 'rencahnya' untuk bergelar Malaysia Best Blog 2015. Kalau tak saya takkan bookmark blog-blog ni dalam browser.

Malaysia Best Blog 2015 

Denaihati 


Kalau senaraikan Malaysia best blog, tak sah kalau tak masukkan Denaihati (DH). Content blognya cukup bermanfaat meliputi isu semasa, sukan, agama, tips, dan nasihat.

Sekarang ni, DH dah ada jenamanya sendiri. Sumbangan DH dalam membantu blogger tempatan memang tak dapat dinafikan, banyak memberikan sumbangan dengan menganjurkan kelas buat blog, seminar dan contest hebat. Bagi saya DH merupakan 'bapa' kepada dunia blogging Malaysia.

Hasrul Hassan


Digelarkan pakar SEO Malaysia kerana banyak mendominasi kata kunci di laman carian Google. Hasrul Hassan tidak pernah lokek ilmu dalam memberi tunjuk ajar dan ilmu baru dalam mengendalikan blog dengan baik.

Jika anda menggunakan platform Blogspot, blog Hasrul Hassan adalah tempat terbaik untuk dijadikan rujukan. 

Ahmadfaizal

Atau nama samarannya, En. Titan. Memang terkenal dengan jolokan pakar affiliate. Penulis ebook Kitab Teknik SEO Merah Jambu ini sering berkongsi cara buat duit dengan affiliate. 

En.Titan turut berkongsi jumlah komisen affiliate beliau yang mampu mengeluarkan biji mata semua orang. Cara ini boleh menjadi pendorong buat blogger untuk buat duit dengan blog melalui affiliate.

Yanmie

Yanmie ni pun blogger otai Malaysia. Kak Yan ni selalu berkongsi tips, resepi, parenting, tempat pelancongan dengan pembaca. Walaupun baru sahaja melahirkan cahaya mata ke empat, namun ia tidak menjadi penghalang untuk Kak Yan mengemaskini blognya.  

Blog Yanmie merupakan salah satu blog tempatan yang memaparkan Google Adsense. Beliau turut berkongsi rahsia untuk memohon Google Adsense dengan pembaca. Apa yang pasti, blog ini menggalakkan para surirumah untuk buat duit dengan blog.  

Amanz


Blog ini menjadi rujukan utama tentang perkembangan terkini gajet. Isi kandungan blog Amanz meliputi semua jenis gajet dari computer, telefon pintar, tablet, software, dan turut membuat review gajet terkini.

Apa yang paling saya suka tentang blog Amanz, ia ditulis tanpa mengamalkan sikap berat sebelah terhadap sesuatu produk. Selain itu blog teknologi berbahasa Melayu ini tampak cukup profesional setaraf dengan blog antarabangsa yang mempunya niche yang sama. 


Kujie2

Antara blog berpengaruh yang dikendalikan oleh kaum Hawa. Banyak isi kandungan blog Kak Jie ni dan semua memberikan info menarik kepada pembaca. Kesemuanya diulas dengan ayat yang santai dan mudah difahami.

Biasanya kalau tips SEO, blogging, dan tutorial ditulis oleh blogger lelaki, namun Kak Jie buktikan yang perempuan juga boleh melakukannya. 

Fatin Liyana

Siapa tak kenal blogger Fatin Liyana? Blogger cantik bergelar doktor dan diminati ramai jejaka. Tapi mungkin hati mereka dah hancur renyuk sebab Fatin Liyana dah bertunang.

Blog yang diberi nama Honeykoyuki ini boleh dikatakan antara personal blog yang berjaya di Malaysia. Sebab ia ditulis dengan santai dan kelakar. Sebab tu FL ni terkenal.

OhDuit

Rasanya tak lengkap kalau tak masukkan blog penganjur contest ni iaitu OhDuit. Blog OhDuit banyak berkongsi tips SEO, blog, dan bisnes. Pemiliknya, Khirol Hazwan mengendalikannya dengan baik sebab blog ini nampak profesional.  


Dah tiba masanya untuk kita gelarkan Akma Omar ni sebagai Ratu Contest. Haha! Sebab beliau selalu bolot hadiah dalam setiap contest yang disertainya.

Blog Kak Akma tidak kurang hebatnya. Lebih fokus kepada travel, lifestyle, business, dan melontarkan pendapat. 

Blog Serius


Dikendalikan oleh Obefiend, yang juga merupakan orang kuat Amanz. Saya suka baca sebab banyak info dan fakta menarik lagi pelik yang berlaku di seluruh dunia. Isi kandungannya meliputi dunia automotif, sejarah, hiburan, filem, isu semasa, serta gajet. Ayat yang digunakan cukup ringkas dan kadang kala, sinis.


Kandungan blog saudara Ariff Shah ini cukup terkenal sejak beliau belajar di Moscow lagi. Lebih tertumpu kepada hartanah, kewangan, dan saham serta turut menyelitkan entry peribadi serta isu semasa. Blog ini sedap dibaca, banyak memberi nasihat dari segi kewangan. 

Walaupun kita baru sahaja memasuki tahun 2015, saya fikir 10 blog yang saya senaraikan di atas akan terus maju dan memberi keseronokkan kepada pembaca melalui entry mereka. 

Berdasarkan jumlah pengunjung dan beberapa pencapaian lain setakat ini mereka memang layak bergelar Malaysia Best Blog 2015.

Buat blogger baru, jadikan mereka sebagai contoh. Perlahan-lahan menuju ke puncak kerana mereka juga bermula dari bawah.

Contest!


Jadi kalau anda pun ada blog yang anda rasakan lebih layak, sila lah senaraikan, kalau bernasib baik boleh menang wang tunai. Sebab ini merupakan contest SEO Malaysia Best Blog 2015 anjuran OhDuit yang menawarkan RM1500 kepada pemenang hadiah utama. 

Anda bukan sahaja berpeluang memenangi wang tunai tetapi dapat menguji kekuatan SEO blog dan keupayaan anda dalam menguasai SEO. 

Jom join contest Malaysia Best Blog 2015!


Artikel sebelum ini: Jersi Kelantan 2015

63 ulasan:

  1. selamat berjaya diucapkan, memang kesemua blogger tu hebat-hebat belaka..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks. mereka memang layak disenaraikan

      Padam
  2. Saya terima penyertaan anda :)

    BalasPadam
  3. gud luck semoga berjaya dlm contest Malaysia Best Blog 2015

    BalasPadam
  4. hoho..

    dah tulis dah dia..

    pinjam iphone leh?

    BalasPadam
  5. Congratulations menang iphone & all the best

    BalasPadam
  6. semoga berjaya. ulasan yang cukup baik. :)

    BalasPadam
  7. Tahniah dan moga berjaya :)

    BalasPadam
  8. Wahh...tahiniah2!!!... semoga semakin best & best ya...

    http://supernifzvitamin.com/cara-hilangkan-parut-chicken-pox-yang-hodoh/

    BalasPadam
  9. Woo...menarik list blog yang cik Nik bagi. Thanks and all the best for the competition. For now, saya tengok je .....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih.. kenapa tak join. rugi kalau tak join ni..

      Padam
  10. selamat berjaya ya...

    maaf sy sangka mula2 tuan tanah ni lelaki... rupanya aweks cumil ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. HHAHA! takpe, dah biasa kena macam tu.

      thank you! :)

      Padam
  11. Assalamualaikum.... sebelum itu saya ingin ucapkan tahniah kerana berjaya dapat iPhone 5s dan Wang tunai RM400. Semoga boleh berjaya juga dengan contest "Malaysia best blog 2015". Semua blog yang dipilih hebat-hebat semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq! tahniah juga buat bro kamil yg turut menang iphone 5s..

      Padam
    2. Yalah dah menang iPhone 5s, sekarang ini sedang berusaha agar daat top 1 malaysia Best Blog 2015. Insya Allah boleh dapat..... jika itulah rezeki saya.

      Jom baca entri berkaitan:
      Malaysia Best Blog 2015

      Padam
  12. Tahniah dah berjaya pada kontes iPhone semoga selalu semangat berblog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yalah tahniah sekali lagi di atas kejayaan Nik Khazami di contest blog Denaihati dan kini sedang bergiat aktif untuk contest Malaysia best Blog 2015 pula.

      Jom baca entri berkaitan:
      Malaysia Best Blog 2015

      Padam
  13. Nice blog. Kemas dan teratur. Penggunaan bahasa dan penceritaan pun menarik. Patut boleh consider diri sendiri dalam senarai Malaysia Best Blog :D
    All the best to you ya. Semoga berjaya dalam contest ini.
    P/s: Wah! pilih otai2 sahaja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. blog saya masih jauh lagi ketinggalan utk jadi malaysia best blog. hehe! but thanks

      Padam
  14. Semoga beraya.. eh? Semoga berjaya.. hehe

    BalasPadam
  15. Mmg otai2 list di atas tu... makin bagus penulisan awak sekarang ni... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde la madam. madam lagi power. heheh!

      Padam
  16. terima kasih sudah berbagi artikel yang sangat bermanfaat dan lengkap sekali informasinya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2.. terima kasih sudi singgah sini.. :D

      Padam
  17. serius dulu memang rajin lepak dekat blog serius ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg tak boring baca blog serius. semua best

      Padam
  18. semua blog best belaka baca tu.

    kena baca hari-hari ini.

    BalasPadam
  19. All the best yer. Permainan SEO yang hebat ni. Semua power-power.

    BalasPadam
  20. All the best!!! Memang blog yang tersenarai tu pun best :)

    BalasPadam
  21. wah....cantiknya template...mana dapat...buat sendiri ke? All the bestlah,...sama-sama kita tunggu keputusannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. template custom made ni. dah nak tukar haha

      Padam
  22. Assalam...tq sis sudi listkan blog saya...lama saya kenal blog nikkhazami ni & selalu kita join contest sama kan hehe cuma tak pernah jumpa sahaja. Good luck ya sis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam kak.. saya selalu jugak baca blog akak. tapi biasa jadi silent reader. hehe. terima kasih ye..

      Padam
  23. Semoga berjaya ye !!

    Ikhlas - Bakul2011

    www.bakul2011.com

    BalasPadam
  24. Terima kasih kerana senaraikan blog saya untuk Malaysia Best Blog 2015.

    Semoga berjaya dengan kontest SEO ini. Bukan mudah, tetapi inilah cara kita belajar mengenai SEO ... chaiyookkkk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih.. mmg tak mudah dalam kontest ni sebab nak kena kejar otai mcm abg HH. hehe!

      Padam
  25. Semoga berjaya! :)
    Semuanya otai kat atas tu.. :)

    BalasPadam
  26. Lama tak datang ini. Semoga berjaya untuk kontes Malaysia Best Blog 2015 ini yang hebat.

    BalasPadam
  27. Senarai Malaysia Best Blog 2015 yang kesemuanya hebat-hebat belaka. Satu hari nanti mahu juga jadi seperti mereka haha :)..

    BalasPadam
  28. Datang menjenguk
    Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest
    Malaysia Best Blog 2015

    BalasPadam
  29. Hebat sangt..semua...jika dibandingkn dgn blog saya

    BalasPadam
  30. Hebat sangt..semua...jika dibandingkn dgn blog saya

    BalasPadam
  31. wah ... semuanya blog blog hebat ......

    BalasPadam