28 Mac 2015

Punca Bateri Smartphone Cepat Habis



Kita sering merungut bateri smartphone cepat habis. Walaupun baru guna beberapa minit, bateri dah hilang satu bar. Belum malam pun lagi, bateri dah tinggal 20%. Sampai tak sempat nak balas Whatsapp, dan stalk Instagram kawan. 

Semua pengguna smartphone menghadapi masalah ini. Ada yang dah tahu jalan penyelesaiannya, bagi yang belum tahu saya harap entri ini dapat membantu.

Sebab Utama Bateri Smartphone Cepat Habis

1. Menggunakan live wallpaper - Penggunaa live wallpaper iaitu latar belakang yang bergerak menjana banyak tenaga. Saya yakin ramai yang menggunakan tetapan ini terutamanya pengguna Android. Tidak dinafikan ia sangat menarik, namun cantik sahaja tidak berbaloi jika bateri cepat habis.

2. Fungsi vibration/getaran - Semakin banyak anda sentuh skrin, semakin berkurang bateri. Sebaiknya setkan vibration hanya untuk mesej dan panggilan masuk sahaja.

 

2. Terlalu banyak aplikasi - Install terlalu banyak aplikasi juga menjejaskan jangka hayat bateri. Jadi, elakkan menyimpan aplikasi yang jarang anda gunakan.

3. Wi-fi, GPS, dan Bluetooth sentiasa dinyalakan - Jika anda tidak menggunakan GPS, Wi-fi, Bluetooth, dan data saya sarankan supaya mematikan fungsi ini. Hidupkan jika perlu sahaja. 

Tips Jimat Bateri Smartphone

1. Kurangkan kecerahan skrin - Mengurangkan kecerahan skrin membantu memanjangkan jangka hayat bateri. Cerahkan bila anda berada diluar rumah/outdoor sahaja. (sangat membantu)

2. Matikan notifikasi - Matikan segala notifikasi games dan sosial media seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan sebagainya.

3. Matikan fungsi update - Walaupun fungsi ini penting untuk memastikan anda menggunakan aplikasi terkini, namun kadangkala melecehkan kerana ia dikemaskini secara automatik tanpa anda sedari. 

4. Matikan telefon semasa cas - Mungkin anda pernah dengar tip ni. Memang betul, mematikan telefon semasa cas membantu memanjangkan jangka hayat bateri selain elak daripada cepat rosak.

Itu adalah sebab dan tips utama yang perlu anda tahu. Harap entri ini berguna buat anda sebab tips di atas banyak membantu saya dalam menjimatkan bateri smartphone.

Saya guna Oppo, jadi bateri memang tahan lama walaupun seharian main game Kim Kardashian Hollywood. Hehe! Itulah kelebihan Oppo.
 



24 ulasan:

  1. Memang betul sangat tuan, smart phone Mek ila perlu dicaj lebih daripada 3 kali dalam sehari. Kan bagus kalau bateri smart phone boleh tahan selama berhari-hari.

    BalasPadam
  2. mmg smart phone ni cpt betul hbs bateri..kalau nk cpt penuh bateri masa caj kene off wifi/data plan..

    BalasPadam
  3. Saya guna iPhone 5s, Ia sesuai juga ke bila gunakan tip yang Nik sarankan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh apply kat semua smartphone. untunglah guna iphone 5s. saya ni entah bila boleh dpt. haha!

      Padam
  4. memang itu yang gua buat.

    haha..

    BalasPadam
  5. saya bermalah sangat bab bateri fon ni..asik kene caj..sampai charging pot pon rosak..mebi boleh try tip2 ni..

    Selangor Mencatatkan Kes Tertinggi Demam Denggi?

    BalasPadam
  6. tepun sop mula x tahan bateri bila dah lama pakai (2 tahun)
    makin lama makin x tahan.. bateri dah mula x kuat. charge mlm, tgh hari dah abis
    mmg betul atikel di atas punca2 bateri x tahan lama
    beli tepun baru (z3) mmg hilang masalah xda bateri.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau boleh jaga bateri dari mula2 beli fon.

      Padam
  7. good sharing

    p/s : Jemput join segmen CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html

    BalasPadam
  8. Thank you. Nice tips. Betul tu memang bateri smartphone cepat habis bright pun menyumbang rupanya. Lepas ni Mrs. A taknak gunalah

    BalasPadam
    Balasan
    1. fon pun cepat panas kalau tingkatkan kecerahan skrin

      Padam
  9. yg penting jgn overcharge bateri. Ini salah satu buat bateri cepat rosak. Mengikut hasil pemerhatian sy, app battery saver ni tak membantu. So kena ikut tips atas ni baru bagus...

    BalasPadam
  10. Pehak yang mencipta smartphone mesti tanggani masalah ni segera kerana kecanggihan idea dah membuktikan terciptanya smartphone ni, apa salahnya andai baterinya pula dicipta agar tahan lebih lama lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ni dah ada teknology VOOC yg jimat bateri. tapi tak semua fon ada. itu pun mahal gila.

      Padam
  11. Orang sekarang dah pakai power bank ke mana2.. anyway, goos tips

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? skarang ni trend bawak powerbank. mentang2 la dah semakin murah

      Padam
  12. terbaikla tips ini semoga ia banyak memberi manfaat kepada kami semua..

    BalasPadam
  13. setuju sgt.. klau buka mobile data ataupun hotspot mmg cepat habis beterii..

    BalasPadam
  14. sy nk tnye la.. kalau beli phone baru mmg kena cas smpai 8 jam ke?sbb sy bru beli iphone..sy takde la cas smpai 8jam..kurang 8 jam kot..huhu..tp sy prasan bateri dia cpt abes..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau baru beli fon, guna bateri yang ada tu sampai habis kemudaia cas 4 jam shj..

      pastu, iphone memang cepat habis bateri. kalau kerap guna tak sampai satu hari

      hope this helps.. tq..

      Padam
    2. ohyeke..huhu..risau gak kalau2 mmg rosak ke ape..padahal baru beli..hehe thanks

      Padam
  15. good tips and thanks for sharing

    BalasPadam