Isteri Separuh Masa merupakan sebuah lagi drama bersiri yangdiadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama karya novelis Suri Ryana.
Drama arahan pengarah terkenal, Michael Ang ini dibarisi pelakon berbakat seperti Emma Maembong, Aiman Hakim, Syafiq Kyle, Ayda Jebat, Sharifah Shahora, Normah Darmanhuri, dan ramai lagi.
Drama ini akan disiarkan disaluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135). Tarikh siaran akan dikemas kini nanti.
Sinopsis Drama Isteri Separuh Masa di Astro Ria / Maya HD
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki, walaupun hanya isteri separuh masa. Walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan 'perang' dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.Dapatkan anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambatkan rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.
Promo Isteri Separuh Masa
Selamat menonton!
Artikel sebelum ini: Aiskrim Pasu Menyebabkan Kanser
ada baca novel ni dulu... macam nak ulang baca jer...he he he...
ReplyDeletesemoga tak lupa yang lain kalau dah asyik nonton
ReplyDeleteTak sabar nak tengok drama ni..:)
ReplyDeleteadehh..isteri separuh masa plakk..
ReplyDeleteyang sepenuh masa mana plak dramanya..
Comel sahaja tengok emma maembong punya iklan promo cerita ini
ReplyDeletehttp://www.kakyongcun.com
salu juga folo promo emma maembong di insta beliau.
ReplyDeletesuka tengok series, tapi masalahnya tak jadi koje nanti...
Cara Cepat Hilangkan Ketagihan Merokok Untuk Isteri Yang Sudah Bosan Dengan Suami Yang Asyik Berasap Siang Malam
Baca sinopsis terus rasa nak tengok cerita ni
ReplyDeletependek je si emma ni rupanya..
ReplyDelete