10 Januari 2017

VIDEO: Faiz Subri Menang Anugerah FIFA Puskas


VIDEO: Faiz Subri Menang Anugerah FIFA Puskas. Faiz Subri menepati ramalan apabila memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk gol terbaik sepanjang 2016 di Zurich, Switzerland.

Kemenangan Faiz ditentukan berdasarkan undian dan pemain yang berasal dari Kedah ini mendapat undian terbanyak iaitu 59.46% sekaligus mengalahkan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus) dan Daniuska Rodriguez (10.01%).

Keunikan sepakan percuma Faiz menjadi perhatian dunia sehingga mengangkat jaringan belaiu sebagai gol tercantik di dunia. Video sepakan percuma itu turut menjadi viral dan mendapat kira-kira 3.5 juta tontonan. 

VIDEO: Faiz Subri Menang Anugerah FIFA Puskas 

Lebih membanggakan, Faiz mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama menerima pengiktirafan Anugerah FIFA Puskas. Kemenangan beliau sekaligus menaikkan nama Malaysia dan meletakkan jaringan beliau setanding pemain antarabangsa seperti Christiano Ronaldo dan Neymar.

faiz subri dan ronaldo

Jaringan terbaik itu dilakukan ketika Faiz membantu pasukannya menetang pasukan Pahang dengan mencatat kemenangan 4-1 dalam saingan Liga Super tahun lalu.

Entri sebelum ini -  Sinopsis Kerana Anisa di Tv3

Terima kasih kerana membaca VIDEO: Faiz Subri Menang Anugerah FIFA Puskas

9 ulasan:

  1. terbaik! moga lebih ramai pemain bola sepak tempatan dan tak lupa atlit2 tempatan menerima anugerah macam ni di masa akan datang

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, tahniah Faiz Subri... Malaysia berbangga dengan kamu...

    BalasPadam
  3. huih ni mesti banyak duit dia dapat hadiah pemenang

    BalasPadam
  4. Tahniah Faiz Subri. Bangga sbb bukan mudah anak melayu berada di mata dunia.

    BalasPadam
  5. dia menang puskas award membuka mata ramai orang sebenarnya. harap dia berjayalah di masa depan.

    BalasPadam
  6. kejayaan Faiz Subri memang mengkagumkan negara dan peminat bola sepak negara

    BalasPadam
  7. bagi aku, dia lejen baru.

    takde sape lagi leh lawan gol dia setakat nih.

    hoho

    BalasPadam
  8. Tumpang bangga jugaklah kita kan Nik, sebagai sama warganegara pun jadik hihi

    BalasPadam