Walaupun setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi dari McDonald's Malaysia, sesetengah cawangan seper di McDonalds Kelana Jaya, Bangsar, dan Pulau Pinang sudah mula meletakkan notis bahawa straw tidak akan disediakan. Tetapi, jika anda tetap mahu menggunakan straw, anda boleh memintanya di kaunter.
Straw tidak lagi disediakan di McDonald's Malaysia
McDonald's Malaysia dah mula lancar kempen 'Say No To Straws' ni. Untuk pengetahuan, kempen ini sudah dilakukan oleh banyak rangkaian restoran seluruh dunia. Starbucks contohnya telah mula menghentikan penyediaan straw kepada pelanggan. Sebaliknya mereka mengambil pendekatan menggantikannya dengan penutup minuman baharu yang dipanggil 'sippy cup' dan straw yang eco-friendly.
Baca juga: Review McDonalds Mexicana Chicken Burger dan Strawberry Custard Pie
Jika anda perasan, saiz straw McDonald's semakin lama semakin kecil bukan? Itu merupakan antara langkah awal mereka dalam mengurangkan penggunaan plastik.
Sebab McDonald's Malaysia henti sediakan straw
Meminum air dengan menggunakan straw sudah menjadi tabiat kita sejak bertahun-tahun lamanya. Jika anda makan diluar setiap hari, anda akan mendapati straw disediakan hampir untuk setiap minuman sejuk.
Rakyat Malaysia sahaja menyumbang kepada 31 juta straw plastik setiap hari. Saya yakin anda semua tahu yang penggunaan plastik tidak elok untuk alam sekitar. Untuk straw sahaja, walaupun ia nampak lebih kecil berbanding bekas makanan yang lain, straw memakan masa 200 tahun untuk mengurai.
"Bakar je lah!"
Eh, membakar plastik TIDAK menyelesaikan masalah ini. Kena fikirkan juga tentang implikasi pembakaran terbuka. Pernah dengar tentang global warming?
Keburukan penggunaan straw & bekas plastik
- Mengancam kehidupan laut
- Tidak boleh dilupuskan
- Diperbuat daripada bahan api fosil
- Mengganggu ekosistem
Bagus jugalah McDonald's menjadi antara yang terawal untuk kempen Say No To Staws di Malaysia ni. Boleh juga menjadi ikutan restoran lain nanti. Kalau kita sudah boleh mula biasakan diri dengan membawa beg serbaguna ke pasaraya, kenapa tidak straw?
Bagusnya eco friendly gitu, bila cerita pasal straw anak saya suka ambik straw buat main hehe sabo ajela..lepas nie da takde lagi mesti die tanya straw mane mama ��
ReplyDeletesokong sangat! lepas ni dah kena mula educate semua untuk bawa botol kosong sendiri. tu lebih baik kan.
ReplyDeletebagus betul usaha mereka ni kan
ReplyDeleteParut Jarawat Berlubang?