Jumaat, 3 April 2020

Resepi Pancake Gebu

Resepi Pancake Gebu | Anda pasti pernah tentang pancake gebu atau Japanese Fluffy Pancake yang mula viral pada ketika ini. Well, sebenarnya pancake gebu ini sudah lama terkenal di Jepun. Bezanya dengan pancake biasa adalah pada ketebalan dan kelembutannya. Rasanya juga memang sedap!

Cara pembuatannya juga hampir sama dengan pancake biasa cuma anda perlu pukul putih telur secara berasingan. Tetapi resepinya tersangatlah mudah. Bahan-bahan buat pancake ini juga cukup ringkas. Semuanya telah tersedia di dapur dan tidak memerlukan anda keluar membelinya.


Dalam musim penularan COVID-19 yang memerlukan kita kekal di rumah, apa kata anda cuba resepi pancake gebu ini. Bolehlah menghilangkan rasa bosan dan asah skill memasak.

Saya sendiri dah cuba resepi pancake mudah dari Spice Bangla ini. Cuma tak berkesempatan untuk merakamnya. Heee!

Saya sertakan peralatan yang perlu anda guna untuk buat pancake gebu. Kalau belum ada di rumah, boleh beli online untuk harga lebih murah. Saya sertakan link di bawah untuk memudahkan anda.  

 

Resepi Pancake Gebu (Japanese Fluffy Pancake)


Bahan-bahan A (Kuning Telur)
  • 2 biji kuning telur
  • 3 tbsp susu segar/susu cair
  • 2 tbsp gula
  • 1 cubit garam
  • 1/2 tsp vanilla essence
  • 1 tbsp minyak
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder

Bahan-bahan B (Putih Telur)
  • 2 biji putih telur
  • 1 tbsp gula

CARA BUAT PANCAKE GEBU


LANGKAH 1 (Kuning Telur)
  • Masukkan 2 biji kuning telur ke dalam mangkuk
  • Masukkan susu segar, gula garam, vanilla essence, minyak, dan baking powder.
  • Kacau adunan ini sehingga gula cair
  • Masukkan 1/2 cawan tepung gandum
  • Kacau sehingga sebati


LANGKAH 2 (Putih Telur)
  • Pukul telur putih menggunakan mixer sekitar 3 minit sehingga kembang
  • Masukkan 1 tbsp gula
  • Pukul putih telur sehingga gebu atau stiff peaks (rujuk gambar)


LANGKAH 3
  • Masukkan putih telur yang telah naik ke dalam adunan kuning telur secara berperingkat
  • Kacau perlahan dengan teknik kauk supaya putih telur tidak cair (rujuk gambar)
  • Kacau adunan sehingga sebati



LANGKAH 4
Panaskan kuali nonstick dengan api perlahan
Titiskan minyak, dan sapu dengan tisu untuk mengelak pancake lekat pada kuali
Masukkan adunan, dan tunggu 2 hingga tiga minit
Tambah sedikit lagi adunan di atasnya. Kemudian tutup kuali dan tunggu seketika
Terbalikkan pancake perlahan-lahan.


SIAP!

Anda boleh makan pancake gebu ini dengan toppings kegemaran seperti maple syrup, madu, jem, atau buah-buahan. Pada saya, madu dan butter dah mencukupi. Klasik!


Kalau anda dah cuba resepi pancake gebu Jepun ini, kongsikan bersama rakan di media sosial. Ada juga yang Selamat mencuba.

4 ulasan:

  1. Mula-mula tengok gambar tu terbayang bau dia dah... bila baca resepi dan cara-cara nak buat, rasa macam senang... yg kalau malas pon tang pukul putih telur sampai stiff peak tu la hahahaha... Tapi rasa nak kena cuba ni. asyik2 makan bihun goreng jer pagi2 puas jugak. Boh dgn madu dan butter memang sedap... roti biasa pon sy boh madu dan butter... Great info. I'm glad I'm here. Mohon copy and paste kat MSWord kat hard disk sy... :)

    BalasPadam
  2. Tengok gambar waktu tengahari macam ni, mula terfikir nak buat juadah berbuka.

    BalasPadam
  3. Aduh, bulan-bulan puasa ni, nampak apa pun semua sedap! 🤣

    BalasPadam