Drama TAHAJJUD CINTA (Sinopsis dan Trailer)

6

Hey! I'm blogging here! Sebenarnya aku memang nak update blog ni, tapi yelah kan? Aku tak tau nak update pasal apa. Nak buat tutorial, malas nak print screen, LOL! So, I have decided untuk update pasal drama Tahajjud Cinta (TC) yang bakal ditayangkan pada 8 Julai 2011 bagi mengisi slot Zehra di Tv3.

Drama TC ni karya terbaru Erma Fatima dan aku rasa bakal mencipta fenomenanya yang tersendiri. Sebab menampilkan hampir 20 pelakon terhebat negara!

Antaranya Remy Ishak yang popular dengan Nur Kasih, Nur Fazura (dah boleh agak kan kenapa aku blog pasal TC), Fauziah Gous meletup dengan Trilogi Cinta, Shahz Jaszle si Abang Asmara yang kacak bergaya! Aaron Aziz, dengan fenomena Nora Elena yang masih belum reda. Then ada  Tiz Zaqyah, dan Dira Abu Zahar. 

Tahajjud Cinta juga turut dihiasi oleh pelakon2 otai yang terkenal seperti Tan Sri Jins Shamsuddin, Eman Manan, Norish Karman, Melisa Saila, Ziela Jalil, Erma Fatima, Ahmad Tarmimi Siregar, Fadilah Mansor, Haryanto, Zack Taipan, Anne Abdullah, dan Azizah Mahzan.


Pergghh! Erma Fatima rembat semua pelakon best untuk tarik ramai penonton. Yelah, setiap pelakon ada pengikut dia sendiri kan? According to Erma, drama ni takde pelakon utama sebab semua pelakon memainkan peranan yang penting. Tapi aku syak Fazura dengan Remy pelakon utama. LOL!


Puas aku google sana sini, belek paper. Ni sinopsis drama Tahajjud Cinta yang aku dapat. Nahh! 

"TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. 
   Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.
   Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.
   Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.
   Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. 
   Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solahudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.
   Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa)." kredit to budiey.com


Macam gitu la lebih kurang sinopsis dia. Kalau cerita pasal perjuangan kaum wanita, mesti Faz yang lead kan? kan? Oh, lupa nak cakap. Kalau dalam Kitab Cinta Fazura bertudung, dalam TC ni pulak dia berpurdah dan  berbahasa Arab! Class tak Pajula I? LOL!

Ada yang cakap, drama ni mampu menandingi Nur Kasih, tapi pada aku tak payah nak lawan2 la kot. Setiap drama ada kekuatan masing2. Kalau tengok trailer Tahajjud Cinta ni, memang best, cinematografi pun mantap. Yang penting banyakkan lagi drama yang berkualiti kat Malaysia ni. Baru meriah sikit! (kemain komen)


For more info, boleh click kat www.tahajudcinta.com Aku selitkan jugak beberapa trailer dengan lagu tema Tahajjud Cinta, Merpati. So, jangan lupa saksikan Tahajjud Cinta di Slot Zehra, mulai 8 Julai in di TV3!!! Okbai!















Ada banyak lagi teaser dan trailer, boleh tengok kat aku punya channel CLICK HERE!

p/s: blog NK adalah blog picisan, bukan blog hiburan dan gossip.
p/ss: photo credit to , Bahri Uma dan Tahajjud Cinta Offical.

Hugs, @nikkhazami
Tags

Post a Comment

6Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. hai there, i can see you are a big fan of Fazura! we are on the same team!

    ReplyDelete
  2. yes Apih! lets join us #TeamFazura!! ;)))

    ReplyDelete
  3. lets click LIKE kat fanpage WE LOVE NUR FAZURA!! :8)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top