5 Sebab Kenapa Anda Gagal Menjadi Seorang Blogger!

19

Hey I'm blogging here! Masa aku dok godek2 timeline twitter tadi, tetiba aku ternampak kelibat IDEA yang menyeru aku supaya update blog murahan ni. Nak share pendapat sebab ramai yang mengeluh yang diorang gagal jadi seorang blogger! So, entry ni aku nak kongsi sikit points yg boleh menjurus kepada kegagalan... *eycehh!*

1. Malas update!

Kalau nak jadi blogger, jangan la update blog sebulan sekali. Jangan jadi pemalas macam aku. Update once a week pun dah kira ok. Maybe korang tak update blog sebab takde masa, tak online, atau tak tahu nak update apa. Jadi aku cadangkan pilih dulu konsep blog korang.

Blog berkonsepkan hiburan, perniagaan, info, atau yang paling senang adalah personal! Konsep blog NK ni adalah ASTRO! So aku boleh pelbagaikan isi blog ni. 


2. Malas ping blog! 

Korang akan dianggap blogger yang paling malang kalau tak pernah ping blog! Dengan cara ni lah korang akan dapat ramai viewers dan meningkatkan pagerank! Penting tau! Banyak tempat boleh ping tapi yang paling berkesan adalah di Geng Blogger.

Kalau blog korang berbahasa Melayu, bagus kalau buat di blog-ping aggregator tempatan. Jadi senang orang Malaysia nak search! Ping je kot, tak susah pun.
Macam mana nak dapat ramai viewers kalau tak ping? Apelah guna ada blog kalau takde pelawat kan?


3. Template buruk!

Yang ni pun boleh jadi penyebab kenapa korang gagal menjadi blogger. Blog dah ada, entry menarik, tapi template macam.... hhm. Tak sampai hati nak cakap. Template ni kira first impression bila pelawat singgah ke blog korang. Ada blog yang banyak sangat camwhore kat sidebar, pastu style ada salji plak turun. Hehe! Memang susah nak baca dan sakit mata memandang.

4. Malas komen blog orang lain!

Ramai sangat blogger yang macam ni! Ada yang cakap "kalau aku komen, mesti tuan blog ni perasan!" atau "malas lah nak komen! bukan dapat duit pun!". Busukkan? Tau tak yang korang akan dapat timbal balik kalau komen blog orang. Secara automatik dapat meningkatkan trafik blog.

Dengan cara ni jugak menyebabkan link URL blog korang tersenarai dalam search engine. Famous kan?



Jangan la segan silu untuk komen, mana tahu tuan blog tu tunjuk rasa appreciate dengan komen atau follow blog anda?


5. Tak beradab!

Ni pun jadi masalah besar jugak, tapi blogger tak perasan atau buat2 tak perasan. Jenis blogger yang kedekut taik ayam nak bagi kredit atau backlink kepada blogger lain. Walaupun korang cuma ambik sekeping gambar, tolong la bagi kredit. Lagi teruk yang copy entry blogger 100% pastu mengaku tu idea dia. Boleh trace tau tak?!?! *tengkiyu google image!*

Tolong la beradap sikit bila berblogging. Kalaulah kat google ni ada polis, dah lama blogger2 macam ni kena tangkap! 



Setakat tu jelah kot. Aku buat entry ni pun berdasarkan pengalaman aku sendiri, dan aku pun still belajar. Maybe entry ni boleh membantu para newbies. Okbai!

hugs,


Tags

Post a Comment

19Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Good tips..akan gigih update and ping blog lepas ni..

    ReplyDelete
  2. Yang Nmber Satu Paling Betul..^^

    ReplyDelete
  3. nice. nak tambah lagi satu boleh? bila entry yang dibuat adalah entry ciplak dari orang lain dan lebih teruk, tanpa memberikan kredit.

    Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

    ReplyDelete
  4. singgah mbaca kat sini dan drop komen.hehehe rajin tak saya?

    salam kenal yer:)

    ReplyDelete
  5. @Aina heheh! Rajin Aina! tengkiyu! Salam perkenalan! ;)

    ReplyDelete
  6. oh, tak sangka gunakan teknik salji dalam blog pun boleh dibenci orang...kene buang ni

    ReplyDelete
  7. nice info..matlumat yang cukup baik untuk golongan "BBB" (blogger baru Belajar)

    ReplyDelete
  8. good info..dah rajin sikit nk update blog aku..hhuh

    ReplyDelete
  9. thanx for da info..sangat2 membantu... :)

    ReplyDelete
  10. Salam alaik...bagus ciknikkhazami ini...semoga terus menulis kalau ianya bermanfaat tuk semua k.

    USAH jemu menulis.

    ReplyDelete
  11. @ibn suhaimi™ waalaikumsalam.. tq sebab sudi baca. heheh! ;)

    ReplyDelete
  12. salam..boleh x sy beriklan disini?sewa bulanan ?

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat dihargai!

    ReplyDelete
  14. hi pes time komen hehe

    kena lebih gigih la lepas ni nak update..

    jemput singgah diyanaasraf.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. suka dengan entry ni. ayat makan dalam yang the best ever! memang sakit hati bila kita buat entry pastu senang-senang orang copy 100%.. sadis betoi

    ReplyDelete
  16. ping blog tu camner sorry sy newbie teruk nii hahhaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top