Menyusuli Cinta Itu Milikku, saksikan buah tangan terbaru daripada Suhan Movies, menerusi drama bersiri SETIA HUJUNG NYAWA di Slot Akasia mulai 24 Disember 2012, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam, hanya di TV3!
Drama bersiri 28 episod ini merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel Setia Hujung Nyawa tulisan Fatin Nabila.
Sinopsis Setia Hujung Nyawa
Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?
previous post: Punca Fadhli Shahs Dapat layangan Kad Merah
p/s: Jemput singgah ke entry contest iPhone 5 Gadget Impian dan kalau sudi click la button G+1 tu. Thank you! :D
nak kena beli ni. hehehe.
ReplyDeleteSegmen tamat malam ni. Jom jadi bloglist yaya ! Sebagai penutup 2012.XD
ReplyDeletehttp://yayalarhsecret.blogspot.com/
mesti ramai orang suka tengok cite ni..
ReplyDeletehee mcm x sbr je nk abis kan cite ni
ReplyDeletesdap laa cite niey..
ReplyDeletehai nik :)
ReplyDeletetak sabar nak tgk sambungan citer ni ecok :D
sure, ada yg tak sabar nak tonton drama ni. tapi kawan ofic da habis baca novel ni till habis. hehe
Hai PG!! Ramai yg ikut cerita ni.. Diorang kate comel.. Saya tak baca novel, tapi dah tau citer ni happy ending.. haahah! happy watching PG! :D
Deletehepi ending?? yeah! <3
ReplyDeleteYup, happy ending.. jangan risau.. :D
Delete