Semak Index Pencemaran Udara IPU Jerebu Secara Online

0

Hello internet! Kualiti udara yang teruk seperti sekarang ni memang menjejaskan aktiviti harian.  Jadi anda boleh semak Index Pencemaran Udara (IPU) jerebu di kawasan anda secara online melalui laman rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Jerebu kali ni adalah antara yang paling teruk sehinggakan beberapa  daerah diisytiharkan darurat seperti Ledang, Muar, serta sekolah dibeberapa buah negeri/daerah seperti Melaka, Selangor, Johor, KL, dan Kuantan diarah tutup berikutan jerebu yang mencapai tahap berbahaya.

Ramai yang mengadu sakit dada, kesukaran bernafas, dan pedih mata sekarang ni. Tak kurang juga yang merungut kain yang disidai berbau asap. Jadi anda dinasihatkan mengurangkan aktiviti di luar rumah bagi mengelak diserang penyakit yang berpunca daripada jerebu.

Musim jerebu ni ramai peniaga kedai runcit mengambil kesempatan menjual 'mask' dengan harga yang mahal berikutan permintaan tinggi. Ada yang jual dengan harga RM10. Haha! Ini mengingatkan saya sewaktu wabak Influenza A H1N1 beberapa tahun lepas. 

p/s: Jerebu dah sampai ke Kelantan... :( 


Previous entry: (Sinopsis) Ummi di Tv3

Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top