(Sinopsis) Ummi di Tv3

4


Menyusuli rancangan realiti Bintang Mencari Bintang, Tv3 bakal menghidangkan anda dengan sebuah drama hebat berjudul UMMI yang bakal bersiaran mulai 30 Jun 2013, setiap Ahad jam 9 malam.

Drama bersiri 13 episod terbitan Filmscape Sdn Bhd ini diarahkan oleh pengarah berbakat Faisal Ishak dan skrip ditulis oleh Amrul Hadi dan Umie Isa.


Ummi bakal dibintangi Datin Paduka Umie Aida, Sharul Kamaludin, Fikhree Bakar, A. Wahab, Sharissa Chong, Zhafri Suhaimi, Riki Rikando Idris, Kamariah, dan Marup Mustapah. Turut dibintangi pelakon-pelakon cilik seperti Khyreena Kemal, Danish Adam, dan Ahmad Fadzli Masri. 

Sinopsis Ummi

UMMI mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita bernama Ummi yang telah ditinggalkan oleh suaminya. Walaupun Ummi seorang yang hidup dalam susah dan buta huruf, namun beliau tetap prihatin terhadap tiga orang kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. 

Comel, Amir dan Danish, masing-masing mempunyai sejarah hidup yang perit dan sentiasa ditindas telah dipelawa untuk hidup bersama dengan Ummi.
Comel merupakan seorang budak perempuan yang sering dimarahi, dipukul dan diherdik oleh bapa tirinya, Junaidi. Amir pula seorang budak tempang yang hidup mengemis tetapi amat suka membaca manakala Danish yang membesar dalam kancah jenayah terpaksa mencuri untuk menampung kehidupannya. 

Walaupun Ummi hanyalah seorang wanita yang biasa, berusaha hidup dengan bekerja sebagai pencuci dan juga mengutip barang terpakai untuk dijual tetapi beliau kaya dengan kasih sayang dan sedia berkorban untuk tiga orang insan yang tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dengannya.

Pada permulaan siri, Ummi cuba membantu Comel tetapi ditegah oleh jirannya dan sering dimarahi oleh Junaidi. Cubaan Ummi untuk membantu Comel hanya membawa padah kepada Comel. Namun, Ummi tidak pernah berputus asa. Sikap bengis Junaidi yang tidak layak menjadi penjaga kepada Comel mendorong Ummi untuk membela nasib Comel. 

Akhirnya, Junaidi menyerahkan Comel kepada Ummi selepas Ummi membantu menyelesaikan hutang Junaidi. Namun, hati Comel masih belum terbuka untuk berkongsi masalah dan rahsia yang menghantuinya. Amir yang sedang mengemis kelihatan seperti tidak bermaya dan akhirnya jatuh pengsan. Nasib baik Ummi terserempak dengannya dan membawanya ke hospital. Ummi mengajak Amir untuk tinggal bersamanya kerana mereka dapat ‘menjaga’ satu sama lain, Amir juga boleh mengajar Ummi membaca. Akhirnya, Amir berjaya dipujuk.

Danish pula sememangnya seorang remaja yang liar. Atas pengaruh Wahyudi, Danish mula melakukan kerja pecah rumah. Nasib dia malang apabila dia ditangkap sewaktu pecah rumah Pak Man. Ummi berjaya memujuk Pak Man supaya melepaskan Danish untuk berada di bawah penjagaannya. Akhirnya, Comel, Danish dan Amir berpindah ke rumah Ummi dan memulakan kehidupan baru. 

Dalam proses mengenali hati budi dan menyesuaikan diri antara Ummi, Comel, Danish dan Amir, tiba-tiba, suami Ummi, Bahar muncul kembali dalam hidup Ummi. Selain itu, Ummi mula berdepan dengan pelbagai masalah apabila dia berusaha untuk menyekolahkan anak-anaknya terutamanya siapakah sebenarnya Amir. 

Danish sering diejek oleh rakan-rakan sekolahnya dan kembali memberontak. Leman pula sering menghubungi Danish dan berjayakah Danish menjauhkan diri daripada hasutan Leman? Bagaimana pula dengan Comel yang masih berahsia dengan Ummi? Bagaimana pula Ummi berdepan dengan Bahar?
 sumber: tv3.com.my

Selamat menonton! 


Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. sebenarnya agak jarang nak tgk TV waktu malam....

    kekadang terlupa sbb leka tgk HBO atau FOX..hik3...

    citer melayu layan kat tonton la senang.. x der iklan...hik3

    http://Sumijelly.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita.. kadang2 tak tengok langsung.. hehe.. :p

      Delete
  2. macam menarik..boleh tengok nanti ni..


    http://akutaksunyi.blogspot.com/2013/06/khasiat-set-set-optimum-shaklee.html

    ReplyDelete
  3. ce citer sinopsis sampai habis.... x yah nak timbulkan persoalan2.... poneng nak fhm.....kan senang....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top