Suratan atau kebetulan, itulah yang dapat saya gambarkan tentang keputusan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia diantara Kelantan dan Darul Takzim FC (JDT) yang berkesudahan Kelantan menang 6-1 ke atas JDT, bertepatan dengan tarikh hari ini iaitu 6 Oktober, 1 Zulhijjah. Hmm....
Skuad The Red Warriors bangkit memadam defisit dua gol ke atas JDT hasil jaringan Norfarhan Muhammad (m-19, 62), Badhri Radzi (m-32), Obinna Nwaneri
(m-45), Dickson Nwakaeme (m-46) dan Indra Putra Mahayuddin (m-89)
sementara gol tunggal JDT oleh Safee Sali (m-45).
Gambar: Harian Metro |
Kemenangan besar itu sekali gus melayakkan Kelantan ke separuh akhir dengan agregat 8-5 untuk bertemu pasukan ATM pada 18 dan 25 Oktober ini.
Inilah yang diibaratkan sebagai 'kemenangan yang tertangguh' selepas Kelantan tewas 4-2 pada perlawanan suku akhir pertama di Larkin tempoh hari.
Gambar: artortoise |
Terima kasih kepada semua pemain yang menunjukkan aksi cemerlang, dan tahniah kepada penyokong yang memberi sokongan padu disaat kita ketinggalan dengan dua gol. Nothing is impossible. *lompat bintang*
Eh, ni baru suku akhir hoiiii! Jangan nak happy sangat.
Keep the Red-White Checkered Flag Flying High!
p/s: Dalam kita bergembira meraikan kemenangan, jangan dilupa penjaga gol utama JDT, Muhd Al-Hafiz Hamzah, di atas pemergian anaknya yang kembali ke rahmatullah awal pagi semalam.
Previous entry: Susan Bennett Pemilik Suara 'Siri'
boleh eh cmtu? hihi. anyway, congrats to TRW. adatlah kan dlm permainan ada menang dan kalah. :) hye blogger! cx first time singgah sini :)
ReplyDeleteterima kasih sebab singgah.. :)
DeleteKelantan memang mmpnyai semangat Yang Kuat.. tahniah kelantan.. Gomo kelate Gomo .. heheheh
ReplyDeletesemangat, usaha, rezeki..
Deletewah menarik entri ni. baru perasan 6 oct 1 zulhijjah..
ReplyDeleterecent post : <a href="http://budakbandunglaici.blogspot.com/2013/10/pentingnya-google-kepada-blogger.html>Pentingnya Google+ Kepada Blogger</a>
kebetulan kan? haha!
Deletetahniah Kelantan :) sedih gok JDT kalah..
ReplyDeleteTak pe, cuba lagi tahun depan bersama Pablo Aimar.. :)
Delete