Jadual Piala FA 2014

5
Gambar di atas merupakan Jadual Piala FA 2014 dan keputusan perlawanan  4 Februari setelah beberapa pasukan berentap pada pusingan kalah mati.

Juara bertahan, Kelantan berjaya melangkah ke separuh akhir Piala FA menewaskan PKNS dengan agregat 5-6 selepas seri pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Selayang.

Pasukan tuan rumah bermula garang apabila  berjaya menggegar jaring lawan  seawal minit kedua menerusi Patrick Ronaldinho yang menyempurnakan hantaran Nazmi Faiz Mansor. 

Tersentak dengan gol awal PKNS, Kelantan berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Ahmad Fakri Saarani minit ke-10. Kelantan terus mencari ruang melebarkan jurang dan hasrat itu direalisasikan oleh rembatan Ahmad Shakir Ali selepas menerima umpanan cantik kapten pasukan, Mohd Badri Radzi.


Menuju penghujung babak pertama, keghairahan Kelantan tidak diperpanjangan  apabila penyerang import PKNS, Karlo Primorac berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi sepakan penalti selepas beliau dikasari Obinna Nwaneri.

Memasuki separuh masa kedua,  permainan agak seimbang dari kedua-dua belah pasukan. Namun, PKNS sekali lagi merapatkan kedudukan pada minit ke-70 apabila sepakan percuma Mohd Fauzan tidak disia-siakan Hamka Hamzah untuk menanduk masuk gol ketiga PKNS.

Kelantan terpaksa berhempas pulas menahan asakan dari PKNS sebelum Mohammad Ghaddar muncul wira The Red Warriors apabila mengikat kedudukan 3-3 pada minit ke-73. 

Kedudukan 3-3 kekal hingga ke wisel penamat menjadikan Kelantan mara ke saingan separuh akhir dengan agregat 5-6, sekaligus mematikan hasrat PKNS untuk melakar kejutan.

Keputusan perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2014


Kedah 0-2 JDT* (Agg 1-5)
Pahang* 2-1 PDRM (Agg 3-2)
PKNS 3-3 Kelantan* (Agg 5-6)
Sarawak 2-2 Felda* (Agg 2-2)
 

Tarikh Separuh Akhir Piala FA 2014: 

1st Leg

  • JDT vs Pahang (5 May)
  • Kelantan vs Felda Utd (6 May)
     
2nd Leg

  • Pahang vs JDT (20 May)
  • Felda Utd vs Kelantan (21 May)   

 Previous entry:  Sinopsis Drama Miranda Tv3

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Replies
    1. Tak kisah sapa menang sebenarnya.. tapi mintak2 TRW. lol!

      Delete
  2. Peteh ganu peteh. dan gomo trw gomo!

    :)

    ReplyDelete
  3. okeh. nak download jap gambar tu. print, tampal kat bilik.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top