Kerajaan telah melancarkan Simkad Rakyat 1 Malaysia (SR1M) bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam mendapatkan perkhidmatan telekomunikasi.
SR1M menawarkan perkhidmatan telekomunikasi dengan harga termurah begi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Pek permulaan SR1M dijual pada harga serendah RM5.90. Dengan pek ini, pengguna menerima kredit percuma sebanyak RM5 beserta 150MB akses internet.
Kadar Caj Panggilan dan SMS SR1M
1. Caj berbual - 8sen bagi setiap 30 saat panggilan
2. Caj SMS - 8sen untuk setiap SMS
3. Data internet - pelan data bermula RM17 untuk 1GB, RM27 untuk 1.5GB, dan RM47 untuk 3GB.
Kelebihan SR1M
Jelas, harga yang ditawarkan SR1M adalah yang termurah berbanding syarikat telekomunikasi lain. Dengan adanya SR1M, ia membuka ruang buat golongan berpendapatan rendah serta pelajar supaya tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan jalur lebar dan rangkaian 4G.
Kat mana nak beli SR1M?
Simkad SR1M boleh didapati di cawangan pengedar terpilih seluruh Malaysia serta di kedai serbaneka yang memaparkan tanda SR1M.
Kepada mereka yang selalu merungut
kredit asyik kena makan je, boleh cuba guna SR1M. Sebab SR1M memberi
kebebasan dalam penggunaan dan tiada caj tersembungi.
Untku maklumat lanjut layari http://www.sr1m.com.my/
Previous entry: Cara Kenalpasti Milo Asli dan Tiruan
wah menarik juga ni... thanks for sharing dear...
ReplyDeletemacam best je tu kan..nanti la tunggu abih contract, buleh le try kot ye
ReplyDeleteMoga ada manfaatnya pada semua rakyat☺
ReplyDeletefuhh..
ReplyDeletemurah gak tu data dia.
Wau murahnye
ReplyDeleteLpas ni rasenye smue mampu nk ade data kan