Fakta Menarik Filem The Martian. Filem bergenre sains fikyen arahan Ridley Scott dan diadaptasi dari novel yang ditulis oleh Andy Weir. Filem ini sedang hangat diperkatakan kerana jalan cerita yang menarik selain dibarisi pelakon handalan Hollywood seperti Matt Damon, Jessica Chastain, Kate Mara, Sebastian Stan, dan ramai lagi.
The Martian mengisahkan tentang misi kemanusiaan NASA ke planet Marikh. Tanpa diduga seorang angkasawan, Mark Watney secara tidak sengaja ditinggalkan krewnya yang lain dan disangka telah meninggal dunia dalam misi itu. Namun Watney terselamat dan keseorangan di Marikh. Dengan bekalan yang terhad, dia mencari jalan untuk terus hidup di Marikh dan berusaha menghantar isyarat kepada Nasa untuk datang menyelamatkannya.
Filem ini mendapat perhatian sejak kali pertama trailer dipertontonkan. Tambahan pula empat hari sebelum filem ini ditayangkan, NASA mengesahkan mereka menemui bukti kewujudan air di atas permukaan Marikh.
Fakta Menarik Filem The Martian
Fakta Menarik Filem The Martian
1. Oleh kerana filem ini mengisahkan misi NASA, pihak produksi meminta kebenaran NASA untuk memuatkan fakta saintifik. Setiap apa yang diceritakan dalam filem ini adalah berdasarkan fakta. Hampir 50 peratus dari filem ini merupakan bahan dari NASA.
2. The Martian menjalani penggambaran di Wadi Rum, Jordan iaitu sebuah padang pasir berwarna merah yang seakan sama dengan permukaan Marikh.
3. Pelakon Bollywood, Irrfan Khan yang terkenal dari filem Life of Pie dan Jurassic World sepatutnya memainkan watak sebagai Venkat Kapoor. Disebabkan jadualnya yang ketat, Chiwetel Ejiofor menggantikan tempatnya.
4. Misi ke planet Marikh yang diceritakan dalam filem ini merupakan rancangan masa depan sebenar NASA.
Artikel berkaitan: Fakta Menarik Filem Fantastic Four 2015
Artikel berkaitan: Fakta Menarik Filem Fantastic Four 2015
5. Pihak produksi memiliki ladang kentang sebenar di dalam studio untuk digunakan dalam filem ini.
6. Matt Damon khuatir jika penonton keliru dengan watak dalam filem lakonannya sebelum ini, Interstellar. Ini kerana dalam filem berkenaan dia turut membawa watak sebagai angkasawan yang terkandas di sebuah planet.

7. Kebanyakkan kajian dan pembangunan dari filem Prometheus (2012) digunakan dalam filem ini terutamanya berkaitan sut angkasawan.
8. Apa yang terkandung dalam filem ini adalah berdasarkan fakta. Namun ia diolah supaya lebih menarik dan mudah difahami.
9. Pelbagai jenis kamera digunakan sepanjang penggambaran termasuklah kamera jenis GoPro.
10. Untuk menghayati watak sebagai seorang angkasawan, Jessica Cahstain melawat ibu pejabat NASA dan turut bertemu angkasawan sebenar.
11. Pembikinan filem ini dibantu oleh NASA supaya setiap aspek mengenai ruang angkasa dan planet Marikh diceritakan dengan tepat dan berlandaskan fakta sebenar.

sumber: iMDB
Entri sebelum ini: Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem The Martian
Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem The Martian
Nak pergi tengok tapi takde orang temankan pula.
BalasPadamnak pergi tengok tapi kelantan tak ada panggung wayang pulak
PadamSiap ada ladang kentang sebenar tu..awesome
BalasPadamsebab mat damon tu berlakon, memang kena tengok.
BalasPadammemang ada koleksi semua filem dia nih. hoho
ooo minat matt damon rupanya.
PadamFuh mat salleh kalau buat muvi memang macam-macam yang dikaji dulu. tu yang semua benda nampak logik and make sense
BalasPadamsaya selalu tengok movie mat salleh, oleh kerana teknologi yang di gunapakai memang canggih... membuka minda kita untuk terus bersaing dengan mereka.
BalasPadamfilem mat saleh semua nampak real walaupun kita tahu benda tu tak logik
Padamnampak real la ka,,,heheh teringat kisah angkasawan yang dulu2. siap ada bayang2 dekat bendera tu
BalasPadammat saleh buat filem memang selalu nampak real dan fact based. kalau ada bajet bolehlah filem msia pun begitu juga
BalasPadamwow..filem berdasarkan fakta memang bagus sangat...
BalasPadamtak sempat lagi nak tengok cite nih.... sy suka filem yang mengisahkan angkasa lepas... walaupun kadang2 tak paham bahasa angkasa tapi rasa teruja bila tengok. mcm cite interstellar...
BalasPadamSyok citer ni. Kawe dah tengok dah. Tapi nak tengok lagi sbb rasa better bawa saintis 6 tahun yg di rumah tu sbb dia interested sgt dgn space & solar system. As usual Matt Damon mmg pelakon yg hebat.
BalasPadam