Harga Buat MyKad Kekal RM10. Baru-baru ni saya ada terbaca status tentang kenaikkan harga permohonan kad pengenalan atau MyKad dari RM10 kepada RM50 di laman Facebook. Status itu turut menyebut sesiapa yang belum menukar IC baru sebelum 1 Oktober ini akan dikenakan denda sebanyak RM50.
Ramai yang memberi respon negatif terhadap khabar angin ni. Yelah, RM50 tu bukan sikit. Tapi nasib baik berita yang kononnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menaikkan harga tu tidak benar. Pihak JPN sendiri telah mengesahkan perkara ini melalui satu kenyataan akhbar.
pengeluaran
MyKad juga adalah perkhidmatan yang berterusan tanpa tarikh tutup - See
more at: http://www.hmetro.com.my/node/78488#sthash.cp4GHJzB.dpuf
Harga Buat MyKad Kekal RM10
JPN dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman web rasmi menegaskan khabar angin itu tidak benar dan tiada sebarang kenaikkan harga ke atas permohonan MyKad. Ia kekal RM10 bagi warga negara dan RM40 bagi bukan warganegara (MyPR).
Harga bagi menaiktaraf MyKad juga kekal RM10, dan menurut JPN penukaran MyKad adalah digalakkan namun ia bukanlah diwajibkan kerana ia masih sah dan boleh diguna pakai. Orang ramai juga tak perlu risau sebab pengeluaran MyKad adalah perkhidmatan berterusan tanpa tarikh tutup.
Saya sendiri pun cuak bila berita ni tersebar di laman sosial sebab saya sendiri belum buat IC baru dan masih menggunakan MyKad sejak Form 1. Yup... Don't judge me.
pengeluaran
MyKad juga adalah perkhidmatan yang berterusan tanpa tarikh tutup - See
more at: http://www.hmetro.com.my/node/78488#sthash.cp4GHJzB.dpuf
Entri sebelum ini: Shopee - Aplikasi Jual Beli Barang
Terima kasih kerana membaca Harga Buat MyKad Kekal RM10
Terima kasih kerana membaca Harga Buat MyKad Kekal RM10
nasib baik harga dikekalkan..kalau dinaikkan susah kita dibuatnya
BalasPadamTaktik biasa ni kot? Mula2 aje letak harga tinggi. Bila ada tentangan, baru letak harga yang dicadangkan. So, nampak perihatin. :D
BalasPadamsaya pun fikir benda yg sama. haha
Padamitulah taktik yang mainkan perasaan orang..
Padamaku pun rasa macam 2 jugak...social media dijadikan kajian untuk pandangan rakyat
Padamalhamdulillah baguslah dah explain
BalasPadamBaru nak pergi tkar I.C syukur la Nik dah bagitau, so lambat lagi la nak pergi JPN tukar ni..hihi
BalasPadamKalau harga masih dikekalkan kira bagus lagi..cuma kalau dah naik menjadi RM50 berat juga tu.
BalasPadamHish..mcm2 berita palsu kan sekarang
BalasPadamEh boleh ke renew psport utk ic gmbr form 1?? Sy dulu kene tukar dulu ic.
BalasPadamHari tu sy p! Nk tanya hatyi hari tu awak GI package agency pelancongan mana? (To tu LA skrg Thailand cm tkut nk pg lagi SBB kes hari tu)
saya tak pernah renew passort lagi.
BalasPadamSaya pegi guna agensi pelancongan Yaskin.. :)
dapat juga viral msg camni hari tu...pastu esoknye terbaca, msg tu palsu..fuhh!
BalasPadamcamana la leh viral naik tinggi tuh.
BalasPadamhaha
jenuh juga kalau kosnya dinaikkan..RM50..banyak tu
BalasPadamKalau RM50 memang mahal dan membebankan.
BalasPadammahal kot rm50 tu
Padambaru lepas renew lesen bulan lepas.... bayaran cuma rm10 jer.... sbb utama tukar mykad ialah nak kena renew lesen... so sekarang gambar dlm lesen dengan mykad dah sama... heheheh.....
BalasPadamooo.. kena tukar baru ye kalau nak renew lesen
Padampandai je depa buat cerita...padahal takde sape pun gi check kat FB JPN ataupun web JPN...info semua ada situ..Whatsapp juga yang dipercayai
BalasPadamaduhai.. suka suka hati aje mereka buat cerekarama sedemikian rupa...
BalasPadam