Shopee - Aplikasi Untuk Jual Beli Barang. Sekarang ni ramai yang melakukan urusan jual beli secara online. Ia bukan sahaja senang, menjimatkan masa dan boleh disebarkan kepada semua pengguna internet. Tapi persoalannya kat mana nak jual atau beli barang paling senang?
Meh nak bagitahu. Saya ni suka baca buku fiksyen, sebab tu selalu buat review buku dalam blog ni. Saya nak cari buku baru dan lama untuk di baca. Dalam masa yang sama saya pun nak jual buku-buku yang saya dah baca. Jadi saya rasa aplikasi Shopee MY memenuhi kehendak saya dalam urusan jual beli.
Apa itu Shopee?
Shopee adalah aplikasi telefon pintar yang direka buat penjual dan pembeli supaya mereka dapat melakukan urusan jual beli dalam satu aplikasi dengan pantas. Fokus utama Shopee adalah untuk memastikan kedua-dua pihak dapat melakukan misi perdagangan dengan ringkas dan paling penting, selamat. .
Contohnya kalau anda nak jual barang, anda hanya perlu tap butang 'Sell', fungsi kamera akan keluar dan sedia untuk mengambil gambar barang yang ingin anda jual. Kemudian isikan informasi barang dan tap 'Submit'. Tak perlu isi borang panjang berjela. Kalau nak beli barang cuma 'search' dan tekan 'buy' sahaja. Ribuan produk ada, mesti tak tahu nak pilih yang mana satu. Haaa!
Sistem pembayaran yang mudah
Setiap kali nak beli barang online pastinya kita ragu-ragu sebab ia melibatkan wang ringgit. Perasaan takut kalau kena tipu tu pasti timbul bila nak buat transaksi. Tapi anda tak perlu risau sebab sistem transaksi sudah tersedia dalam Shopee. Anda boleh membuat bayaran melalui CIMB Clicks, Maybank2u, Hong Leong Connect, dan RHB Now. Paling penting ia dijamin selamat.
Shopee tidak akan kenakan apa-apa charge terhadap anda dan pembeli. Tiada caj tersembunyi.
Privasi
Bila anda dah tertarik dengan sesuatu barang, pastinya anda nak tanya si penjual sama ada barang tu masih available atau nak mintak kurangkan harga (negotiate). Anda tak perlu menghubungi penjual melalui WhatsApp lagi sebab ruangan 'chat' telah tersedia dalam Shopee. Perbualan dan tidak akan didedahkan dan hanya dilihat oleh penjual dan pembeli.
Bagi mereka yang dah berniaga di lama sosial lain, anda boleh kembangkan bisnes anda dengan menjadikan Shopee sebagai platform tambahan.
Khidmat pelanggan Shopee sedia membantu jika terdapat sebarang kesulitan berkenaan bayaran, status penghantaran, dan kualiti produk. Walaupun Shopee baru sahaja bertapak namun dek kerana kelancaran aplikasi, mudah dan dipercayai, Shopee kini semakin dikenali.
Berkenan betul tengok buku Just Say Yes dengan lens fish eye ni. Harga pun murah je.. Kebetulan tengah cari buku baru. Hoho!
Diskaun RM10 untuk anda!
Sebagai penghargaan, Shopee bermurah hati untuk memberikan diskaun sebanyak RM10 untuk anda. Kod di bawah boleh digunakan untuk semua item di Shopee yang bernilai RM30 ke atas sahaja.
Aplikasi Shopee MY ni percuma je. Bagi pengguna iOS anda boleh download di App Store, dan Android di Google Play Store. Nak tahu apa yang terkini boleh ikuti Shopee Facebook, Instagram, dan laman rasmi - http://shopee.com.my/mobile/
Terima kasih kerana membaca Shopee - Aplikasi Untuk Jual Beli Barang
Applikasi yang menarik untuk dicuba ni. Tanpa kos pulak tu..
BalasPadamBagaimana agak-agak pemilik laman itu menjana keuntungan
BalasPadamamboi, bertambahlah senarai kedai dalam kepala saya hehe...boleh cuba nanti ni
BalasPadamMacam Kena download nieh
BalasPadamyep. kena download. jangan risau sebab free dan sizenya kecil je
Padamuiks.. terbaik ni. Boleh jual saya punya kasut futsal ni.
BalasPadamhaa boleh la try jual kat shopee!
Padamseronok shopping online ni, tak terasa duit keluar. hihih
BalasPadamsaya baru mula berjinak menjual baju di shopee... tapi mcm ne saya bagi diskaun utk harga baju tu?
BalasPadamkat mana sy blh belajar?
saya cadangkan awak tanya shopee punya customer service ttg cara utk bagi diskaun pada customer.. :D
PadamMemang menarik, dan memudahkan bakal pelanggan dan pengguna aplikasi ni. Dari segi pelaksanaan memang praktikal dan nampak mudah!
BalasPadamMacam mna nk contact sophee careline ni yee...x da pun no yg tertera☺☺
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMacam mna nk contact sophee careline ni yee...x da pun no yg tertera☺☺
BalasPadamni nombor hotline shopee 03 - 2298 9222 (9am-6pm, Mon-Fri)
PadamNak tnya la..mcm mana nak letak free shipping dekat shopee? Sy newbie
BalasPadamKalau kita nak jual barang dalam tu , ada kena apa² cukai tak ?
BalasPadamtakde cukai tapi shopee tolak beberapa pecent sebab kita guna platform tu
Padam