Sinopsis Tundukkan Playboy Itu di Tv3. Menggantikan Cinta Si Wedding Planner yang telah pun berakhir semalam, Tv3 mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri terbaru di Slot Akasia bertajuk TUNDUKKAN PLAYBOY ITU buat tontonan penonton setianya.
Drama 30 episod ini bakal membuka tirainya pada 17 Februari 2016, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Tv3. Seperti biasa, Tundukkan Playboy Itu juga diadaptasi dari novel popular dari tajuk yang sama karya Anjell.
Diterbitkan oleh A-Ten Alliance Sdn Bhd dan mendapat sentuhan pengarah berpengalaman, Keoi Hj Khalid, drama ini diterajui oleh Hafidz Rosli dan Uqasha Senrose sebagai pelakon utama serta dibantu oleh Alif Satar, Mawar Rashid, Redzuan Hashim, Maria Farida, Marisa Yasmin, dan ramai lagi.
Sinopsis drama Tundukkan Playboy Itu
Mengisahkah Harraz Naufal yang hanya melihat wanita sebagai subjek mainan. Lahir dari keluarga berada membuatkan Harraz dibuai kemewahan dan sering didampingi gadis-gadis jelita. Perangainya
pula sukar difahami sama ada sebagai seorang majikan mahupun sebagai
seorang anak. Adakalanya dia manja, adakalanya juga dia seorang yang
panas baran.
Walaubagaimanapun dia seorang yang bertanggungjawab dalam menerajui
syarikat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding. Ibu bapanya pasti suatu hari nanti akan ada seorang wanita yang akan hadir dan menundukkan sikap ego dan playboy anaknya.
Bapanya yang cukup berkenan dengan Nurin, anak rakan lamanya menawarkan pekerjaan di syarikat Harraz. Nurin yang mengharapkan pekerjaan itu cukup kecewa dengan tindakan Harraz yang meletakkan syarat supaya membuka tudung jika inginkan jawatan itu.
Nurin yang tetap dengan pendiriannya menolak syarat yang ditawarkan. Akan tetapi bapa Harraz, Tan Sri Mukhriz memaksa anaknya supaya menerima Nurin bekerja. Harraz terpaksa akur dan
dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin membenci
Nurin. Ada saja cubaan Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja.
Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan
jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja
yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan
persaudaraannya bersama Harraz.
Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben
Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. Nurin memakai
persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya.
Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz. Bagaikan magis,
seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan
panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak
dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut. Dalam
waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu
tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz.
sumber: budiey.com
Entri sebelum ini - Cara Tulis Entri Disukai Google
Terima kerana membaca Sinopsis Tundukkan Playboy Itu di Tv3
Mungkin akan menjadi drama pilihan suami juga sebab dia peminat Uqasha ni
ReplyDeleteuqasha tu..heheh..harap2 best la drama ni
ReplyDeletemekap tebal gila si uqasha tu.
ReplyDeletehaha..
ngeri aku tengok.
mmacam best je drama ini dengan barisan pelakon yang hebat-hebat..
ReplyDeletesinopsis drama sekarang lebih kurang sama dah.
ReplyDeleteDrama melayu sekarang pimai pimaitang tu jugak...tukar pelakon je
ReplyDeleteHeh, tgk sinopsis mcm sampah je. playboy, anak org kaya, cinta 3 segi, bos besar.. bosanlah weh! korang tak bosan ke??
ReplyDeletekaaaannnnn?!?!
Deletebest je..klu bsan xpyh tgh..
DeleteMalang sekali.. Waktu drama ini waktu paling mahal... Magrib entah ke mn...
ReplyDeletesaya pun tak tengom drama time ni. tak berminat. tapi boleh je kalau nak solat waktu iklan. sebab iklan tv3 mmg lama
Deletemekap tebal gila si uqasha tu... tapi cantek
ReplyDeleteSekarang ni memang banyak ceriata yang diadaptasi daripada novel. Macam menarik jer :)
ReplyDeleteJemput join myliferia giveaway ye :)
drama yang bagus dan sangat menghibur apalagi pemeran wanitanya cantik cantik
ReplyDelete