Nando's Cawangan Aeon Mall Kota Bharu. Sejak Aeon Mall mula beroperasi pada 28 April tempoh hari, ramai yang membanjiri pusat membeli-belah yang terletak di Lembah Sireh ini. Ia menjadi tumpuan terbaharu rakyat Kelantan kerana merupakan pasaraya terbesar di negeri ini.
Banyak juga kedai dan butik berjenama dibuka seperti H&M, Guess, Padini, Toy's R Us, manakala restoran popular yang dibuka adalah The Coffee Bean, Auntie Anne's Big Bob Burger, dan Boat Noodles.
Tapi dalam entry ini saya nak cerita pasal restoran ayam panggang Nando's yang membuka cawangan pertamanya di negeri Kelantan.
Nando's Cawangan Aeon Mall Kota Bharu
Tapi dalam entry ini saya nak cerita pasal restoran ayam panggang Nando's yang membuka cawangan pertamanya di negeri Kelantan.
Nando's Cawangan Aeon Mall Kota Bharu
Sebenarnya dah lama tak makan Nando's kali terakhir sewaktu berada di
Manchester pada 2014. Huish, kemain jauh, Saya dah cerita panjang lebar
dalam entri - Pengalaman Menonton Aksi Man United di Old Trafford.
Tak susah nak cari Nando's dalam Aeon Kota Bharu ni sebab ia terletak di aras ground floor sahaja. Jelas Nando's memiliki paling ramai pelanggan berbanding restoran lain.
Tak susah nak cari Nando's dalam Aeon Kota Bharu ni sebab ia terletak di aras ground floor sahaja. Jelas Nando's memiliki paling ramai pelanggan berbanding restoran lain.
Rasanya tak perlu review panjang lebar sebab semua dah tahu keenakan Ayam Peri-Peri Nando's ni. Sama ada anda pilih hidangan 1/4 atau hidangan lain keenakan ayamnya lembut dan rasa rempah boleh dinikmati hingga ke tulang.
Berkaitan: Kebab Sedap Di Kota Bharu
Saya order ayam peri-peri 1/4 (mild) dengan satu side dish iaitu chips atau french fries bak kata English US. Cuma saya lupa nak campur sos seperti yang disarankan The Vocket. Next time, pasti cuba tips tu dan rasa menu lain!
Satu lagi yang best tentang Nando's adalah dekorasinya yang cantik, susun atur meja dan tema restoran yang menarik memberi mood 'happy' kepada pelanggan. Dah tak perlu ke Kuala Lumpur kalau nak makan Nando's. Boleh baham ayam di Aeon Kota Bharu je.
Nando's
LotG38, Ground Floor,
AEON Mall Kota Bharu, Lembah Sireh,
15050, Kota Bharu, Kelantan.
No Tel: 016-2181704
Entri sebelum ini - Buat Debit Card CIMB
Terima kasih kerana membaca Nando's Cawangan Aeon Mall Kota Bharu
Terima kasih kerana membaca Nando's Cawangan Aeon Mall Kota Bharu
haii. best mkn nandos. staff pun friendly..
BalasPadam