Perbandingan Antara iPhone 7 dan 7 Plus. Apple sentiasa menjadi penggerak dan tanda aras kepada telefon pintar. Baru-baru ini mereka telah melancarkan dua buah model baru iaitu iPhone 7 dan 7 Plus. Walaupun tidak banyak bezanya dengan iPhone 6 dari segi design, namun masih banyak pembaharuan, penambahbaikkan yang mampu mencuri perhatian pengguna.
Baca: Fakta Menarik Pokemon Go
iPhone 7/7 Plus akan berada di mula dijual pada 16 September dan dijangka masuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Sama ada mereka yang gilakan produk Apple atau yang sering bertukar telefon pintar, dua golongan ini sudah pasti akan mendapatkannya.
Persoalannya yang mana satu? Yang mana lagi okay, iPhone 7 atau 7 Plus? Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing dari segi saiz, fungsi, dan harga. Jadi dalam entri ini saya senaraikan spesifikasi penuh serta perbandingan antara iPhone 7/7 Plus.
Perbandingan Antara iPhone 7 dan 7 Plus
iPhone
7
|
iPhone
7 Plus
|
|
Saiz
|
5.44 x
2.64 inci
|
6.23 x
3.07
|
Berat
|
138g
|
188g
|
Skrin
|
4.7 inci
Retina HD LED backlit
|
6.63
Retina HD LED backlit
|
Resolusi
|
1,334 x
750 pixels (326 ppi)
|
1,920 x
1,080 pixels (401 ppi)
|
iOS
|
iOS 10
|
iOS 10
|
Storage
|
32, 128,
256GB
|
32, 128,
256GB
|
Sistem
pemprosesan
|
Cip A10
Fusion dgn binaan 64-bit, M10 motion processor
|
Cip A10
Fusion dgn binaan 64-bit, M10 motion processor
|
Kamera
|
12MP
(belakang), 7MP (hadapan)
|
Dwi-kamera
12MP (belakang), 7MP (hadapan)
|
Bateri
|
Sehingga
12 jam penggunaan internet LTE
|
Sehingga 13
jam penggunaan internet LTE
|
Kalis air
|
Ada
|
Ada
|
Bluetooth
|
Versi 4.2
|
Versi 4.2
|
Warna
|
Silver,
rose gold, matte black, jet black
|
Silver,
rose gold, matte black, jet black
|
Secara keseluruhannya, iPhone 7 Plus lebih hebat dan premium berbanding iPhone 7. Perbezaan ketara yang ditekankan Apple adalah kameranya. 7 Plus mampu merakam gambar dan video jauh lebih baik dari iPhone 7.
Sebelum membuat keputusan iPhone mana yang bakal dibeli, anda harus mengambil kira faktor saiz, ketahanan bateri, kamera, dan paling penting harga. Jika anda yang sukakan fotografi dan ingin meningkatkan kualiti gambar Instagram, iPhone 7 Plus adalah pilihan terbaik. Dan jika anda bukan heavy user serta tidak begitu mengambil berat soal kamera tapi tetap ingin memiliki iPhone terbaharu, iPhone 7 adalah untuk anda.
Entri sebelum ini - 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone 7/7 Plus
Terima kasih kerana membaca Perbandingan Antara iPhone 7 dan 7 Plus