Cara Beli Barang di Shopee

21
Cara Beli Barang di Shopee

Cara Beli Barang di Shopee. Bagi yang gemar beli shopping online, pastinya anda tertanya-tanya portal beli belah mana lagi yang masih belum cuba. Salah satu aplikasi beli-belah yang semakin popular adalah SHOPEE.


Shopee adalah aplikasi telefon pintar yang direka buat penjual dan pembeli supaya mereka dapat melakukan urusan jual beli dalam satu aplikasi dengan pantas. Anda juga boleh membuat pembelian melalui komputer tanpa masalah. 

Shopee dibina untuk memastikan anda dapat melakukan jual beli dengan ringkas, cepat, dan selamat.


Seperti pesaingnya yang lain, Shopee menawarkan pelbagai jenis produk dari bermacam kategori. Cuma taip sahaja apa yang anda inginkan, produk akan muncul berserta dengan harga murah.

Saya sempat beli barang hari tu, jadi dalam entri ini saya akan kongsikan cara shopping di Shopee sebagai panduan.

Cara Beli Barang di Shopee

Langkah 1: Untuk beli barang, anda perlu ada akaun Shopee. Layari www.shopee.cm.my untuk mendaftar. Klik SIGN UP > Isi Maklumat peribadi > Anda akan terima email pengesahan menandakan telah berjaya dan sedia untuk membuat pembelian.



Langkah 2: Pilih barang. Hanya taip nama produk yang anda inginkan pada ruang SEARCH. Katakan anda nak beli rak serbaguna dari Ikea iaitu Lerberg. Beberapa rak Lerberg akan terpapar. Namun anda pilih yang menawarkan harga terbaik. Baca 'product details', bila dah berpuas hati terus klik BUY NOW.

Baca juga: Cara Jual Barang di Shopee


Langkah 3: Bahagian 'Shopping cart' akan terpapar. Pastikan produk, harga produk. serta kuantiti item adalah tepat. Kemudian klik 'Checkout'.


Langkah 4:  Isikan nama, alamat, dan nombor telefon. Pastikan anda isi maklumat dengan tepat. Kemudian klik 'Place Order'.

Langkah 5: Pilih cara pembayaran sama ada menggunakan kredit/debit kad, online banking, ATM/Bank transfer.


Langkah 6: Jika memilih 'Online Banking', anda akan dibawa ke laman perbankan yang anda pilih tadi untuk membuat pembayaran. Tak perlu masukkan jumlah kerana Shopee akan terus tolak jumlah harga barang yang dibeli dari akaun anda.

Langkah 7: Bila dah siap membuat pembayaran, anda akan menerima email pengesahan dan details pembelian. Jangan delete, nanti senang nak buat rujukan.

Tips shopping di Shopee

1. Terdapat banyak produk yang sama kerana dijual oleh seller yang berlainan. Jadi anda perlu pilih harga terbaik dan menetapka harga postage berpatutan. 

Cara Beli Barang di Shopee

2. Bandingkan harga dengan portal beli belah lain dan kedai fizikal. Pastikan anda membuat pembelian yang benar-benar berbaloi. 

3. Perlu sentiasa alert dengan promosi yang sedang berlangsung. Mana tahu barang yang anda idamkan selama ini ada diskaun 80%?

Selain membeli anda juga boleh jual barang melalui Shopee. Saya nak cerita lebih pun tak boleh sebab tak banyak pengalaman. Anda boleh baca panduan lengkap ini untuk pencerahan - Bisnes Shopee


Terima kasih kerana membaca Cara Beli Barang di Shopee

Tags

Catat Ulasan

21Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Shopping adalah aktiviti yang sangat menarik..

    Online lagi best..

    BalasPadam
  2. Belum pernah beli disini..mungkin boleh tengok2 barang apa yg best kat sana nnt..

    BalasPadam
  3. Shopee best! Banyak benda murah murah kat sini

    BalasPadam
  4. Web Shopee ni memang menarik, banyak barang-barang yang up to date , harganya pun berbaloi

    BalasPadam
  5. Sya mou tnya, bila kita pilih cra pembayaran 'online banking,then..conthnya sya pilih maybank2u,pastu kita tkan proceed. Dia akn mnta id pngguna. Id pngguna ni yg mn stu? Sespa please,bleh tlong sya

    BalasPadam
  6. Saya nak tnya...mcm mana nak bayar menggunakan pembayaran shopee wallet...nama shopee wallet tiada terdapat dalam senarai pilihan pembayaran...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti. saya pun tertanya tanya jugak pasal benda ni

      Padam
  7. Sekiranya kita beli item berlainan postage kira lain2?contoh beli eyeliner,handbag etc..beli kat kedai yg sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dari seller sama, dia kira postage utk satu barang sahaja.

      Padam
  8. Shopee mmg ok..tp ade segelintir yang meniaga kt shopee menipu...mmg tak patut ..bila pm psl brg dihantar x dibalas..n bila call no yg ada pada surat pos laju...no pulak tiada dalam perkhidmatan...kne berhati2

    BalasPadam
  9. klu pembelian guna kad debit..mcm mn kt nak th y duit kt dh ditolk dr akaun kt...
    adakah perlu te

    klil pd place oerder jg..2 mcm mn


    BalasPadam
    Balasan
    1. dia akan bagi informasi lepas kita bayar.

      Padam
  10. Sekarang semakin ramai orang yang beli barang di Shopee. Mereka banyak suka portal yang amat mudah digunakan tu.

    BalasPadam
  11. pembayaran secara online banking ni mcm mane sbenarnye? mohon beri pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. online banking tu macam transfer duit ke akaun penjual. lebih mudah.

      Padam
  12. Bolehkah membuat bayaran semasa penghantaran..tq

    BalasPadam
  13. shopee boleh guna debit kad kan...masa isi cara pembayaran tu..klik kt kad kerdit/kad debit tu ke..

    BalasPadam
  14. boleh tk tunjuk.cara step by step cara membayar pakai online baking..sy bar nak belajar

    BalasPadam
  15. Saya nak tanya selepas buat perbayaran pakai atm bank no akaun atas tu no akaun kita ke letk..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top