Rahsia Di Sebalik Logo Jenama Terkenal. Logo merupakan lambang dan simbol yang mewakili sesuatu perusahaan. Syarikat jenama gergasi dunia mengeluarkan belanja berjuta dolar untuk menghasilkan logo jenama mereka supaya kelihatan menarik dan mewakili produk atau servis yang mereka tawarkan.
Baca: Tips Tingkatkan Jualan Air Balang
Semua logo produk mempunyai mesej tersembunyi, ada sebab munasabah mengapa logo itu mewakili syarikat mereka. Kita lihat logo Apple, FedEx, Amazon, dan Instagram hampir setiap hari dan ia terbayang di minda setiap kali kita menyebutnya.
Pernah tak anda lihat logo produk popular dan terfikir apa yang cuba disampaikan kepada pengguna?
Maksud Tersembunyi Logo Jenama Terkenal
Baskin Robbins
Baskin-Robbins merupakan rangkaian kedai aiskrim terbesar dunia. Gabungan warna merah jambu dna biru melambangkan keriangan. Terdapat nombir '31' pada huruf 'BR' yang menandakan terdapat 31 perisa aiskrim yang bertukar-ganti setiap bulan. Logo ini diperkenalkan pada tahun 2005.
FedEx
Syarikat penghantaran ekspres antarabangsa, FedEx, mempunyai simbol tersembunyi pada logo mereka. Terdapat anak panah di antara huruf 'E' dan 'X'. Menurut pereka logo FedEx, anak panah tersebut bermaksud maju ke hadapan dan pantas, selari dengan servis syarikat itu.
LG Electronics
Sekali pandang logo jenama pengeluar pelbagai produk elektrik dari Korea Selatan, LG, kelihatan seperti emoji tanpa mata kiri. Tetapi, emoji ini mempunyai hidung berbentuk 'L' dan wajah berhuruf 'R'.
Laman sosial Pinterest yang membolehkan pengguna berkongsi atau 'pin' gambar dan menjadikannya sebagai papan buletin kini semakin popular. Bersesuaian dengan konsep laman sosial ini, huruf 'P' direka seperti bentuk thumb pin.
Unilever
Unilever mengeluarkan pelbagai jenis produk kegunaan harian seperti makanan, mandian, bahan pencuci dan kecantikan. Oleh itu mereka menggabungkan beberapa ikon produk utama mereka dan membentuk huruf 'U'.
Picasa
Perisian dibawah kendalian Google yang memfokuskan pengurusan dan suntingan gambar ini juga mempunyai maksud tersirat. Pada mata kasar logo Picasa kelihatan seperti bukaan lensa, tetapi ruang kosong di tengah berbentuk rumah. Ini kerana Google melihat Picasa sebagai 'home of your photos' dan dalam bahasa Sepanyol Picasa bermaksud 'rumah'.
Gillette
Sebagai salah satu produk pencukur utama dunia, Gillette turut mempunyai maksud tersembunyi pada logo kerana mereka telah 'mencukur' logo tersebut. Huruf 'G' dan 'I' kelihatan seperti dicukur.
Baca: Ulasan Filem To The Bone
Toblerone
Pengeluar coklat enak yang dimiliki oleh Mondalez International (sebelum ini dikenali sebagai Kraft Foods) ini berpengkalan di Bern, Switzerland. Sebagai sebuah bandar yang terkenal dengan beruang, terdapat bayang-bayang beruang di gunung pada logo Toblerone.
Amazon
Laman e-dagang terkemuka, Amazon, cukup dikenali kerana menjual pelbagai produk atas talian ke serata dunia. Ramai yang menyangka anak panah di bawah logo Amazon itu adalah senyuman. Walhal, anak panah itu bermula dari huruf 'A' dan berakhir di 'Z' dan ini membawa maksud Amazon menjual segala jenis produk dari A hingga Z.
Roxy
Jenama Quicksilver yang memfokuskan pakaian ke pantai/santai menubuhkan rangkaian Roxy untuk memenuhi pasaran kaum wanita. Untuk itu, logo Quicksilver ditambah menjadikannya bentuk hati supaya lebih feminin untuk menarik perhatian wanita.
Artikel sebelum ini - Sinopsis Drama DIA di Tv3
Terima kasih kerana membaca Maksud Tersembunyi Logo Jenama Terkenal
Sangat menarik..selama nih tak perasan pon simbol tersembunyi..lebih lebih lebih lagi baskin robin tuh..
BalasPadammemang cukup menarik..
BalasPadamsaya pun terperasan juga ada simbol-simbol yang begitu unik
terima kasih atas perkongsian tersebut.
perghhh..baharu perasan ade anak panah dekat perkataan EX tu hehe..terbaik
BalasPadamPatutlah kalau pergi baskin robins perasanya tak sama setiap bulan.
BalasPadamMenarik info ni.. simbol dan logo tu pun mereka percaya memberi goodwill kpd perniagaan mereka. Klu nak tukar pun x boleh suka2 dah, boleh jadi risiko besar juga hehe.. Thanks sharing :)
BalasPadaminfo menarik ni. ada maksud tersirat rupanya.
BalasPadammenarik maksudnya
BalasPadamRupanya ada maksud disebalik logo. Memang menarik. Oleh sebab tu, logo penting untuk branding ;)
BalasPadamLOGO MESTI BERTEPATAN DGN KOSEP SESEBUAH SYARIKAT
BalasPadamlogo macam ni yang sangat susah nak buat,sekali buat logo kena pastikan mampu bertahan dalam 10 tahun
BalasPadamDesigner logo-logo ni memanh sangat kreatif...
BalasPadammenarik Nik, FedEx tu tak pernah perasan ada anak panahnya..
BalasPadamwah suka baca entry ni. kadang2 bnda macam secara tak sengaja jugak kan. susah nak tafsir.
BalasPadamMana eh boleh dapat pereka logo yang best. Bila baca posting ni, rasa nak ada logo sendiri jugak!
BalasPadammenarik..kreatif yg cipta logo ni
BalasPadam