Realme C11 - Handphone Murah Bawah RM500 Terbaik | Realme came out with
a great device yet again! Terkini, mereka melancarkan Realme C11, iaitu
peranti kelas pertengahan dengan penawaran bateri 5000mAh pada harga RM429
sahaja untuk varian (2GB RAM + 32GB).
Pelbagai ciri menarik yang terbina bak telefon kelas pertengahan. Dengan harga
yang mampu milik ini, ia sekaligus dapat memenuhi keperluan semua golongan
untuk memiliki telefon pintar.
Nak tahu lebih lanjut tentang C11? Teruskan membaca artikel ini!
Artikel berkaitan:
Realme Watch - Smartwatch Terbaik dan Murah RM299
Spesifikasi Realme C11
Pemprosesan
Untuk pengetahuan, peranti ini adalah yang terawal menggunakan cipset Helio
G35. Secara asasnya, ia setanding dengan Snapdragon 625. Ia menghasilkan
prestasi yang baik dan lancar untuk kegunaan harian. Biarpun anda menggunakan
beberapa aplikasi pada masa sama, C11 tidak tersekat-sekat dan amat memuaskan.
Varian 2GB RAM + 32GB ini sudah cukup baik untuk penggunaan sederhana.
Dengan sokongan Android 10, dan interface Realme UI 1.0 yang kelihatan tidak
ubah seperti Android One. Mampu buat split skrin iaitu boleh menonton Youtube
dan buka aplikasi lain dalam satu masa.
Skrin
Rekaan skrin 6.5 inci dengan IPS LCD, nisbah 20.8 iaitu skrin hampir penuh
dengan takuk umpama titisan air. Not bad untuk harga bawah RM500. Kerana
banyak peranti lain pada harga sama masih menggunakan
bazel.
Paparan C11 ini amat terang, tajam, sekaligus memberi pengalaman menonton
video yang memuaskan.
Artikel berkaitan:
Handphone Murah Bawah RM300
Kamera
Aspek paling penting pengguna titik beratkan ketika ingin beli telefon. Realme
C11 ini disokong oleh dua buah kamera belakang, masing-masing 13 megapixels
f/2.2 dan 2 megapixels f/2.4.
Hasilnya, anda boleh merakam gambar bokeh. Ia turut menyokong Nightmode di
mana kualiti gambar pada waktu malam sangat baik. Nampak natural dan kuang
noise.
Untuk kamera selfie pula, 5 megapixel HDR dan AI Beauty merakam gambar
sederhana. Tampak pucat, tetapi masih baik untuk harga telefon yang
berpatutan.
Bateri
Pada harga RM429, C11 hadir dengan bateri 5000 mAh! Ia mampu tahan selama 2
hari dengan penggunaan sekitar 4 jam sehari.
Memang mantap, telefon dengan harga ribuan ringgit pun memiliki bateri 3000 -
4000 mAH sahaja. Anda dibekalkan dengan charger 10W iaitu cuma cas 3 jam untuk
pengecasan penuh.
Tidak cukup dengan bateri besar, C11 juga menyokong reverse charging!
Anda boleh jadikan telefon ini sebagai powerbank untuk mengecas telefon lain.
Menarik bukan? Telefon murah, tapi berkualiti.
Rekaan
Dari segi design, saya serahkan kepada anda untuk menilainya. Pada saya rekaan
Realme C11 sudah cukup mantap. Dua buah kamera disusun bersama flash dalam
bentuk segi empat tepat.
Sekali pandang, peranti ini tampak seakan sebuah iPhone 11 Pro dan beberapa
peranti kelas atasan. Isn't it a good thing? Orang sekeliling akan menyangka
anda menggunakan telefon flagship.
Bahan binaanya menggunakan plastik, tetapi nampak premium. Bahkan, ada tekstur
bergaris untuk elak dari mudah jatuh dan kesan cap jari.
Kelebihan Realme C11
- Boleh buat split screen
- Terbina dengan Face Unlock
- Dual sim
- 3.5mm audio jack
Gaming
Biarpun hanya dijana dnegan 2GB RAM, anda masih boleh main permainan video PUBG Mobile dengan lancar. Dengan setting grafik 'Smooth, Medium'. Fungsi gyroscope pun tak lagging.
Nah, korang boleh main PUBG sepuas hati dengan simcard Yoodo. Yoodo beri 20GB data PUBG percuma setiap bulan, tak kacau data lain. Diorang siap beri in-game jersi percuma pulak tu!
Dapatkan simcard Yoodo di sini - https://bit.ly/2KXl0Wa
This is mine. Smart tak jersi tu? Macam Yoodo Gank, walaupun main bengap. |
Harga Realme C11 Malaysia
Harga jualan varian (2GB RAM + 32GB) adalah RM429 pada 7 Julai 2020 ini di
Shopee. Malah, pelanggan terawal juga bakal menerima earphones Buds 2 secara
percuma.
Selepas 7hb, harga akan jadi RM499. Tu pun masih murah!
Beli di sini - https://bit.ly/2YZmc2X
Apa yang boleh saya katakan, Realme C11 merupakan telefon murah bawah RM500
terbaik yang boleh anda dapatkan di pasaran setakat ini. Cukup berbaloi dengan
spesifikasi mantap yang ditawarkan. Kalau berminat anda boleh beli di Shopee
melalui pautan di atas.
Bawah 500? Mantap plak performance dia. Menggugat jiwa plak nie. Ada kang Rawlins terbeli satu untuk second phone hahaha
BalasPadamMacam best jer .. Kalau tgk pada spesifikasi yang disediakan harga bawah rm500 ni berbaloi baloi nak beli satu. Kalau tgk depan2 mahu rambang gak mata ni hehehe ..
BalasPadamRM400++? That’s a good price. But I heard the camera is awesome right? Warna2 phone ini pun cantik2.
BalasPadameh murahnya.. dah la BBL tengah cari telefon tuk buat second phone. wow siap ada free earphone wireless lagi
BalasPadamCantik gambar malam dia. Telefon mahal tapi kalau tak reti guna pun nampak murah. Inikan pula telefon murah .
BalasPadamphone kalau gambar malam tangkap cantik mmg boleh beli and on sangat hehe
BalasPadamRealme memg murah2 juga teponya.. Kualiti sama macm tepon mahal.. Tu nakcri tepon utk ayah nanti.. Mmeg usha realme
BalasPadamMurah dan puashati guna handphone realme. Harga yang mampu milik untuk dimiliki semua kan. Spec yang ada pada realme pun bagus
BalasPadamrealme mmg best utk main games..gambar cantek..dan performed laju..mmg terbaik..
BalasPadamWahh. Murah jgk. Quality pun not bad. Not bad la kalau nk beli hp dlm bajet yg rendah.
BalasPadamMurahnya harga dia and quality mmg bagus klu utk yg suka main ganes berbaloi
BalasPadamAdik Sis belikan anaknya kat Shopee hetu, not bad ookay le buat anak² main gitu.. murah dan kualiti gambar dia pun ookay ..
BalasPadamBerbaloi untuk mereka yg under budget tapi spesifikasi power mcm telefon pintar lain.
BalasPadamMemang tengah cari second phone. Cantik juga warna dia. Nanti nak pujuk husband beli ni
BalasPadamMakin menjadi-jadi kecanggihan smartphone sekarang ni ya. harga pulak murahnya..
BalasPadamYou make me speechless with your ideas and amazing blog. Looking forward for your next blog. I become a great fan of you.
BalasPadam