Cara Berniaga di Shopee | Berniaga di atas talian sudah menjadi perkara biasa pada hari ini. Jimat kos dan mudah membuatkan ramai yang ingin mencuba nasib untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Pelbagai platform boleh anda gunakan, salah satu yang paling berkesan adalah SHOPEE.
Shopee merupakan e-commerce paling popular di Malaysia. Kenapa? Kerana semua barang dijual pada harga rendah, banyak promosi menarik, dan aplikasinya yang mesra pelanggan dan peniaga. Ini adalah cara paling mudah untuk mulakan bisnes online.
Saya juga ada pengalaman berniaga di Shopee Muat naik produk, dan selang
beberapa hari terus ada pembeli.
Melalui artikel ini saya akan tunjukkan beberapa perkara penting
termasuklah:
- Cara daftar Shopee sebagai penjual
- Cara meletakkan poduk anda di laman Shopee
- Cara pos barang
- Cara tingkatkan jualan
Cara berniaga di Shopee
Langkah 1: Daftar akaun Shopee terlebih dahulu di > https://shopee.com.my/.
Masukkan butiran seperti nama, alamat, nombor telefon, dan lain-lain dengan lengkap. Setelah siap daftar, anda sudah boleh membeli dan menjual di Shopee.
Langkah 2: Login ke Seller Center iaitu laman khas untuk menjual.
Login ID dan password adalah sama seperti yang anda daftarkan sebentar tadi. Anda akan dibawa ke dashboard Seller Center. Di sinilah anda akan menguruskan segala urusan jualan nanti.
Langkah 3: Tetapkan 'Shop Profile' kedai anda.
Masukkan nama kedai, gambar/logo, dan 'Shop Description' iaitu perkara berkaitan produk yang anda jual. Isi butiran agar tampak menarik dan dipercayai.
Langkah 4: Klik 'Shop Settings' untuk tetapkan pelbagai jenis fungsi seperti Wallet dan sebagainya.
Setkan 'Wallet Pin' iaitu password untuk akses keuntungan yang bakal anda terima kelak. Kemudian, anda sudah sedia untuk memasukkan produk yang ingin dijual.
Langkah 5: Klik 'My Product', dan klik 'Add A New Product'.
Langkah 6: Masukkan diskripsi produk dengan lengkap.
Masukkan butiran produk dengan lengkap seperti nama produk, kategori, saiz, warna, dan diskripsi yang jelas. Nyatakan sekiranya produk tersebut baru, atau preloved (terpakai). Nanti saya kongsikan cara jual barang preloved di Shopee.
Langkah 7: Isi butiran di bahagian 'Sales Information'.
Masukkan harga barang, stok terkini, dan variasi sekiranya produk anda terdapat saiz dan warna berlainan. Abaikan 'Whosale' jika and tidak menjualnya pada harga borong.
Langkah 8: Muat naik gambar produk.
Pilih gambar yang jelas dan cantik yang benar-benar mengambarkan produk. Hanya 9 gambar dibenarkan yang bersaiz di bawah 2MB.
Langkah 9: Nyatakan berat dan, kurier kos penghantaran yang anda kenakan.
Pastikan maklumat ini tepat. Pilih kurier yang anda akan gunakan nanti. Contohnya PosLaju, J&T, atau lain-lain.
Di bahagian 'Pre-order', abaikan sekiranya anda tidak menjual produk dropship.
Langkah 10: Tekan ' SAVE and PUBLISHED.'
Selepas berpuas hati dengan butiran yang diisi, tekan SAVE and PUBLISHED. Dengan ini, anda telah berjaya meletakkan produk anda di Shopee dan boleh dibeli pelanggan.
SIAP!
Segala jualan yang masuk akan dipaparkan di bahagian 'Order'. Pastikan anda
tidak terlepas pandang.
Pos barang kepada pelanggan
Bila dah dapat jualan, bagaimana pula cara untuk pos barang tersebut kepada pelanggan? Hah, ada DUA cara pos barang iaitu:
- Secara manual - Pos barang seperti biasa di pejabat pos berdekatan
- Shopee Free Shipping Program - Program khas di mana anda dan pelanggan tidak perlu membayar kos penghantaran.
Saya dah sediakan tatacara lengkap di artikel -
Cara Pos Barang di Shopee
Bila anda akan dapat bayaran?
Selepas pelanggan menerima barang mereka, Shopee akan masukkan bayaran tersebut ke dalam 'Wallet', dan anda boleh terus transfer ke akaun bank anda.
Banyak lagi yang perlu anda ketahui agar produk anda mendapat perhatian pelanggan dan terus buat pembelian. Contohnya:
- Buat diskaun
- Daftar Shopee Free Shipping Program
- Boost produk
- Letak nama produk yang 'mengundang'
- Buat dropship
- Shopee Ads
- Jual barang dropship
Artikel berkaitan Shopee:
- Cara Jadi Dropship di Shopee
- Cara Naikkan Sales di Shopee
Kalau anda nak tahu cara menjual di Shopee dengan lebih detail berserta teknik, rahsia, cara jual barang dropship di Shopee senarai supplier, anda boleh rujuk - Panduan Bisnes Shopee

Banyak betul perkara yang bermanfaat yang dikongsikan dalam ebook ini. Antaranya:
- Cara berniaga di Shopee tanpa modal
- Senarai supplier dropship
- Facebook Group Support
- Teknik promosi berkesan
Baca dulu panduan tu okay?
Alah, senang je cara berniaga di Shopee ni. Kalau ramai yang dah jana ribuan
ringgit, kenapa korang tak boleh?
mudah rupanya cara berniaga di shopee
BalasPadamNice sharing. Berminat lak nk berniaga kt shopee bila bc entry ni..
BalasPadamsaya dah cuba, letak produk, cuma belum ada sales lagi.. haha
BalasPadamBerniaga si Shopee paling sempoi bg akak. Mudah nak faham. Kalau jenis blur pun bleh buat. Tinggal kita je promo produk yang kita jual. Itupun guna platform shopee. Senang sangat. Rugi tak buat.
BalasPadamYe betul. Semuanya senang dengan kemudahan ICT sekarang kan. Moga semua dimurahkan rezki buat semua.
BalasPadamYaaa Sis sendiri ada acc jualan di Shopee, dan memang raih banyak order dengan mudah..cuma setahun ni je memang tak menjual, tapi banyak plak membeli aje hahahaha
BalasPadamSuka artikel tutorial camni sebab senang orang nak rujuk. Hehe
BalasPadamBagus sharing sebegini, jelas dan mudah difahami semua dan semestinya senang untuk dijadikan sebagai panduan buat mereka yang baru nak berniaga di Shopee 👍🏻
BalasPadamDengan adanya artikel ini, jadi mudah nih buat yang mau buka toko di shopee. Makasih ya udah buat tread ini :D
BalasPadamGood tips! I need to bookmark this post. I also wanna learn to open an online store. Thank you for sharing.
BalasPadamLH pun masih belajar menjual di shopee ni. Maklumlah baru
BalasPadamHmmm boleh kot kalau nak cuba jual preloved items kat shopee
BalasPadamMenarik tips yg dikongsikan. Kalau org lain share ni, dh kena bayar ebook da. Sy pon letak produk dkt shopee, seronok tgk barang terjual tanpa kita promote pon
BalasPadamBaca artikel ni buat Kitkat terfikir2 nak jual apa erk untuk jana pasif income ni? Sejujurnya tahun ni bukan a good year to almost everyone. Ada terbaca rakan blogger post about account 5 digit susut 4 digit dah sekarang and to be honest, kebanyakan kita heading towards that direction.. Sob3.
BalasPadamSenang nak berniaga melalui shopee. Majoriti customer suka shopping online. Boleh dapat free shipping
BalasPadamSuami pon jual brang di Shopee ok sgt lah kan. At least x sempat promosi di Facebook, ada jugak dtgnya customer dri shopee ni.
BalasPadamMasyaAllah semudah ABC je kan bila nak niaga di Shopee bila ada guide panduan macam ni. Baiklah,madam cari idea apa nak jual. Mana tau boleh buat duit online sempena 2021. Apalagi jomla!!!
BalasPadamYes. Shopee antara platform yang agak mudah untuk kita jana pendapatan. Belajar dan terus buat. InsyaAllah.
BalasPadamterima kasih atas perkongsian. saya pun dah mula meniaga atas platform shopee ni. memang mudah.
BalasPadamSalam... Mcm mn mn awak mulakan perniagaan Di shope
PadamThanks a lot, that a very informative and for those who is affected by Covid-19 can start their own business too.
BalasPadamwow mudah je rupanya nak berniaga di shopee... boleh la za share dgn cousin za nnt... dia mmg nak buat bisnes tu...thanks for sharing
BalasPadamBagus entri ni.. Padat info dan tutor nya.. Mesti ramai newbie yang nak try berniaga dalam shopee nanti..
BalasPadamMemang mudah. Yang tak mudah nye bila berniaga shopee charge shipping fee xmsk akal. Brg harga rm15 patut free shipping pastu charge smp rm33.semua barang jualan sya di charge gile2 smp xbalik modal. Niaaga lh kat shopee. Elok lg drop ship boleh tipu buyer n seller
BalasPadam