Buat Duit Dengan Affiliate ACCESSTRADE | Saya rasa anda mesti pernah dengar tentang affiliate marketing di mana kita boleh buat duit dengan mempromosikan produk. Tidak perlu keluarkan modal, simpan stok, atau setup kedai online. Tapi cuma mempromosikan produk di laman sosial, email, atau website.
Banyak program affiliate di luar sana yang boleh anda sertai. Ia PERCUMA. Saya sendiri telah sertainya dan telah berjaya buat duit darinya. Salah satu program affiliate Malaysia yang bagus adalah ACCESSTRADE.
How it works?
Mudah sahaja. Cuma perlu promosikan link affiliate di media sosial atau mana-mana platform. Anda akan mendapat komisen melalui setiap jualan yang terhasil dari link tersebut.
Promosi pelbagai produk
Kenapa saya cadangkan ACCESSTRADE? Kerana ia memiliki pelbagai produk dan servis untuk anda promosikan. Banyak syarikat dan e-commerce besar yang bekerjasama dengan ACCESSTRADE seperti Shopee, Lazada, Klook, Watsons, Adidas, PGMall, Traveloka, dan banyak lagi.
ACCESSTRADE menawarkan pelbagai niche produk seperti:
- Pakaian
- Pelancongan
- Food & Beverages
- Produk penjagaan diri
- Gajet / elektronik
- Percutian
Cara promosi link affiliate AccessTrade
ACCESSTRADE merupakan program affiliate yang paling sesuai buat penulis blog dan social media influencer untuk jana pendapatan. Kenapa? Sebab anda boleh mempromosikan produk melalui link atau banner iklan yang mengandungi ID ACCESSTRADE.
Pengikut anda tertarik dengan produk tersebut, seterusnya membeli melalui link yang anda share.
Contoh 1: Promosi di media sosial
Saya pernah muat naik Tweet mengatakan produk rambut Schwarzkopf Seborin Aktiv Hair Tonic memang berkesan, dan saya sertakan link pembelian di Shopee.
Tweet tersebut mendapat sambutan, dan saya mendapat komisen kira-kira RM50 pada minggu pertama hanya menerusi 1 produk itu sahaja.
Contoh 2: Sertakan link affiliate dalam artikel blog
Katakan anda menulis artikel produt review, selitkan link affiliate Lazada, Shopee, atau Watsons. Beritahu pembaca di mana mereka boleh beli produk tersebut dengan harga rendah.
Begitu juga kalau bercerita bab fesyen, anda boleh promosikan produk dari Zalora, Pamelo, dan Adidas
Contohnya saya terbitkan artikel Moisturizer Kulit Berjerawat, saya senaraikan moisturizer yang sesuai dan selitkan link pembelian di Shopee/Lazada.
Sebagai penulis blog, ini adalah salah satu cara buat duit dengan blog/website yang paling berkesan.
Cara menjual produk affiliate akan lebih berkesan kalau anda pandai guna ayat
menarik dan 'convincing'.
Komisen
Nilai komisen juga agak tinggi dan berbaloi. Lagi banyak promosi, lagi banyak komisen.
Ajak kawan, dapat RM5
Bukan sekadar komisen, anda juga bakal mendapat bayaran RM5 sekiranya rakan anda mendaftar ACCESSTRADE melalui link yang anda kongsi.
Buat Duit Dengan Affiliate AccessTrade
Langkah 1: Daftar akaun di sini - https://accesstrade.global/my/
Layari link di atas dan ini butiran yang diminta. Sekiranya anda tidak memiliki blog/website, masukkan URL media sosial. ( Contoh: www.instagram.com/nikkhazami )
Langkah 2: Isi maklumat penting.
Setelah mendaftar, masukkan maklumat seperti profile, site, dan akaun bank (penting untuk pembayaran kelak)
Langkah 3: Apply campaign
Pergi ke bahagian "Campaign" dan pilih brand yang ingin anda promosikan. Katakan anda pilih Shopee, tick "Shopee" dan tekan "Apply".
Langkah 4: Create affiliate link
Contohnya nak promote steamboat grill di Shopee. Anda perlu cari produk tersebut di laman Shopee dan copy URL.
Pilih "Shopee" dan tekan "Custom Creatives" dan paste URL tadi pada ruangan "Landing URL". Masukkan 'Creative Name' sebagai note untuk diri sendiri. Supaya senang anda nak guna semula link tersebut kelak.
Tekan "Generate". Link affiliate akan terpapar dan sedia untuk dipromosikan. Kalau rasa link tu panjang sangat sangat, anda boleh pendekkan dengan guna Bitly atau Cuttly.
Siap!
Cubalah buat duit dengan affiliate ACCESSTRADE. Jangan sia-siakan platform media sosial tu.
Lebih-lebih lagi kalau anda ada ramai followers. Sebab bisnes afiliate ini memang menguntungkan. Daftar sini - ACCESSTRADE Affiliate
sekarang banyak betul cara untuk dapat pendapatan tanpa perlu keluar rumah..perlu rajin dan istiqamah sahaja
BalasPadamSiapa yg sedang mencari bisnes online skg ni bole la cuba ni kan? Mana tau kut berjaya.
BalasPadamMenarik la affiliate ni..zaman skrg macam2 cara untuk kita semua cari pendapatan sampingan kan..akak nak check la affiliate ni...nampak menarik..
BalasPadamIni memang sesuai utk mereka yg suka buat bisnes secara dalam talian.
BalasPadamThis is one of the best ways to make profit. I am still learning on affiliate. Thank you for sharing this post. It does gives me some knowledge.
BalasPadamWah bestnya. Nanti nak register. kena guna link tu ke sis?
BalasPadamMenarik juga kumpul duit dengan cara macam ni. Kalau produk yang ramai orang cari lagi senang orang nak klik kan
BalasPadamThank you for sharing. Very helpful information for me. I want to register too
BalasPadamI know about affiliate marketing but had never heard of accesstrade before. This seems like a great platform to diversify our income source. Thanks for the info!
BalasPadamBuat affiliate ni memang kena rajin promo link dekat media sosial, ada kuga buat nnt nak try daftar dekat link atas pula...
BalasPadamThanks sebab share. Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang perlu buat kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarga kan.
BalasPadamBetul la walaupun tak banyak but memang dah start generate income from Accesstrade ni..Interesting platform and really helps for someone that looking for side-income..
BalasPadamSenang nak buat duit sekarang kan. Buat affiliate pon boleh dapat income tak disangka sangka
BalasPadamKita lama dah mendaftar tay, email pun banyak masuk, cuma memang tak pandai nak buatnya dan promonya huhuhu, nak kena baca lagi laaa.. adeiii
BalasPadamMemang bagus buat affiliate ni. accesstrade ni kena rajin buat promosi dalam masa yang tepat, mesti lebat
BalasPadamThanks for the info. Memang sekarang masa sesuai untuk buat duit di online.
BalasPadamive been using the same platform! very easy and suitable for times like this.
BalasPadamHello Saya ada soalan kalau untuk part akaun bank tu kan ada pilihan sama ada simpanan ataupun semasa kalau Kita amik semasa komisen still masok Atau tidak ?
BalasPadam