14 Sunscreen Terbaik di Watsons (2024)

4

Sunscreen termasuk dalam rutin penjagaan wajah harian yang wajib dipakai setiap hari disamping pencuci muka dan moisturizer (pelembap). Mahu atau tidak, anda haru pakai sunscreen setiap kali  keluar rumah, terdedah kepada cahaya matahari, mahupun pada cuaca mendung.

Sinaran UV matahari amat merbahaya pada kulit. Jadi, pemakaian sunscreen dapat melindungi kulit dari:

  • Sunburn / hitam
  • Jeragat / pigmentation
  • Kulit kusam
  • Kulit berkedut
  • Kulit sensitif
  • Risiko kanser kulit

Ini bermakna, pemakaian sunscreen mampu melindingi kulit kita secara menyeluruh. 

Oleh itu, saya senaraikan beberapa jenama sunscreen terbaik di Watsons dari segi kualiti, nilai SPF yang tinggi, untuk semua jenis kulit dan, harga yang mampu milik.  

1. Biore UV Perfect Milk Moisture SPF50

Boleh dikatakan best sunscreen di Watsons Malaysia. Sebab ia adalah produk paling popular. Ia ringan, tidak melekit dan ideal untuk digunakan setiap hari. 

Tambahan pula ia memiliki nilai SPF50 iaitu jumlah terbaik untuk protect kulit terutama dengan keadaan cuaca di Malaysia. Perfect Milk Moisture ini kalis peluh dek kerana formula hebatnya yang buat ia kekal dan terus melindungi kulit. 

Saya dah berbotol-botol guna sunscreen ni. Best, highly recommended!

Harga: RM14

Beli di sini: https://invl.io/clkqff2


2. Biore Aqua Rich Watery Essence SPF50+

Sunscreen kedua terbaik dari Biore. Berbeza dengan botol oren yang saya sebut di atas tadi, sunscreen ini sesuai disapu pada muka dan seluruh badan. Ia tahan lama pada kulit dalam masa sama ringan dan memberi kesan dingin dek kerana teksturnya yang agak cair. 

Langsung tidak melekit dan berminyak. Jadi, ini adalah sunscreen terbaik untuk kulit kombinasi dan berminyak. 

Selain itu, ia turut mengandungi hyaluronic acid yang sudah terkenal dengan fungsinya yang melembapkan kulit. Sunscreen Biore Aqua Rich ini juga mendapat review positif.

Harga: RM26

Beli di sini: https://invl.io/clkqff4

Artikel berkaitan:  

+ 10 Sunscreen Untuk Kulit Berminyak

+ 10 Toner untuk Kulit Kombinasi

+ 11 Moisturizer untuk Kulit Berjerawat

+ Pencuci Muka untuk Kulit Berminyak

3. Y.O.U Sunbrella Aqua Sunscreen

Nilai SPF50 PA+, sunscreen dari YOU ini turut memiliki 8 kali pelindungan dari UVA, UVB, dan blue light. Sudah cukup untuk melindingi kulit dari rosak. 

Disamping itu, ia juga ada SymWhite 377, Ectoin, Moringa Seed Extract and Ceramide sebagai ejen pelembap dan memastikan kulit kekal hydrated. 

Tidak ada SLS, paraben, dan alkohol. Maka ia ideal buat kulit berjerawat dan sensitif.

Teksturnya jenis krim putih, agak cair dan cepat meresap pada kulit. Paling best, ia tidak beri kesan white cast. White cast ni macam tompokan putih macam foundation tu. 

Harga: RM29

Beli di sini: https://invl.io/clkqfhi

 



4. Yadah Oh My Sunscreen

Sunscreen terbaik di Watsons seterusnya adalah Yadah On My Sunscreen. Produk Korea ini juga tidak kurang hebatnya. Tak ada fragrance, tapi ada bau herbal. Tapi cepat hilang once dan absorb pada kulit.  

Biarpun nilai SPF nya agak rendah, tapi okay dengan cuaca di Malaysia. Kalau anda sering terdedah dengan matahari, apply setiap 3 atau 4 jam untuk perlindungan secukupnya. 

Harga: RM35

Beli di sini: https://invl.io/clkqfht

5. Wardah UV Shield Sunscreen Gel SPF30

Jenama Wardah semakin mendapat tempat di hari pengguna Malaysia dek kerana kualiti dan harganya yang murah. Produk dari Indonesia ini mengeluarkan sejumlah produk skincare termasuklah sunscreen. 

Memiliki SPF30 dan melindungi kulit dari sinaran UV serta excess blue light. Di samping itu, sunscreen juga ada vitamin E and Pro Vitamin B5 yang memberikan nutrisi harian kepada kulit. 

Ia tidak mengandungi alkohol, ringan, dan tidak melekit. Malah, teksturnya juga lebih cair. 

Harga: RM10

Beli di sini: https://invl.io/clkqfi0


6. COSRX Aloe Soothing Cream SPF50+

Sunscreen ni pun tengah hype sebab tak ada white cast and ada glowy effect lepas pakai. Plus, main ingredients adalah aloe vera yang kita semua tahu kelebihannya dalam memberikan hidrasi kepada kulit. 

Teksturnya krim-gel yang senang nak blend dan tidak melekit. Ini adalah jenama K-beauty kegemaran ramai tau. Worth it! Kalau anda biasa tengok video TikTok,

Harga: RM34

Beli di sinihttps://invl.io/clkqfi9

7. Garnier Bright Complete Super UV Matte Finish

Apa yang best tentang sunscreen ini adalah ia mengandungi vitamin C, yang berfungsi untuk slightly mencerah, meratakan tona kulit, dan tak buah anda nampak kusam. Kuasa pelindungnya juga amat cemerlang dengan nilai SPF50/PA++++ .  

Disebabkan ia mengandungi vitamin Ci, jadi ia adala sunscreen terbaik untuk jeragat di Watson. 

Kalau kulit berminyak dan kombinasi, amat disarankan guna sunscreen ini sebab ia tak melekit bahkan ada matte finishing.

Tekstur krim cair, hampir sama dengan Biore Perfect Milk. Ingredient lain yang best adalah vitamin E untuk protect kulit dari pencemaran. Harganya juga amat berpatutan untuk jenama terkemuka ini. 

Harga: RM27

Beli di sini: https://invl.io/clkqfif



8. Senka's Perfect UV Gel SPF50+

Pada yang masih belum tahu, Senka adalah rangkaian skincare di bawah jenama Shiseido. Tidak melekit walaupun teksur macam krim. Sunscreen terbaik untuk kulit kering sebab ada double hyaluronic acid. Jadi kulit terasa lebih lembab ditambah dengan pemakaian moisturizer. 

Namun, produk ini ada sedikit kandungan alkohol. Ok je, tapi kalau kulit anda tak boleh tolarate dengan alkohol, better avoid sunscreen ini. But so far, review semua ok terutama yang dry skin. 

Harga: RM41

Beli di sinihttps://invl.io/clkqfil

9.  Sunplay Skin Aqua Uv Brightening Moisture Gel SPF50+

Sunscreen yang cukup popular, sesuai untuk semua jenis kulit, dan berpatutan. Ia ringan, rasa almost seperti tak pakai apa-apa selepas sapuan. Cepat meresap dan ada slight glowy effect. 


Antara sebab ramai suka sunscreen ini adalah ia bukan sekadar sebagai perlindungan UV bahkan bluelight. Yes, you need bluelight protection too kalau banyak guna laptop. Laku keras di Shopee dan Watsons. 

Harga: RM32

Beli di sinihttps://invl.io/clkqfjn

10. Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Spray SPF50+

Sunscreen jenis spray lebih mudah nak apply dan re-apply. Yes, we need to re-apply sunscreen setiap 2 hingga 3 jam agar kulit sentiasa terhindar dari sinaran UV. 

Kandungan pelindung matahari ini sama sahaja dengan yang jenis krim. Ia ada hyaluronic acid dan vitamin c yang beri hidrasi. 'Tone up' di sini bermaksud terdapat sedikit white-cast untuk tutup cela serta ratakan tona kulit. 

Harga: RM36

Beli di sini: https://invl.io/clkqfjs

11. Wardah Uv Shield Light Matte Sun Stick

Tengah viral di TikTok akan keberkesanan sunscreen jenis stick ini. Almost like deodorant. Anda hanya perlu sapu pada kulit tanpa letak pada jari terlebih dahulu. Ia merupakan inovasi sunscreen oleh Wardah agar ia lebih mudah disapu.

It claims as 3 in 1 sunstick (Serum + Primer + Sunscreen). Boleh lindungi kulit dari sinaran UV dan bluelight sekiranya anda banyak berkerja depan komputer. Ditambah pula dengan water + sweat resistance yang tidak mudah tanggal sekiranya berpeluh. Bestkan?

Harga: RM29

Beli di sini: https://invl.io/clkuqzc

12. Y.O.U Sunbrella Triple UV Elixir Sunscreen

Juga dari YOU, tetapi sunscreen ini dirumus khas buat pemilik kulit berminyak dan berjerawat. Ia ada Matmarine, Witch Hazel yang boleh kawal minyak sehingga 8 jam tau. So muka tak melekit atau nampak shinny. Centella pun ada untuk fight acne. 

Selain itu sunscreen ini tak ada white cast, mudah nak blend, dan ringan sebab ia adalah water based.. Jadi muka tak bercapuk macam pakai foundation. 

Harga: RM24

Beli di sini: https://invl.io/clkqflc

13. ANJO Professional 356 Sunscreen

Anjo merupakan satu lagi sunscreen dari Korea yang tengah popular pada hari ini. Di Shopee sahaja lebih 138,000 unit telah terjual. 

Harga murah, nilai SPF tinggi, dan ada hyaluronic acid & shea butter sebagai ejen pelembap kulit. Sunscreen Anjo i ada sedikit white cast tau, tapi tidak terlalu ketara. Ambik masa sikit untuk blend. 

Hasilnya, wajah jadi glowing. Mungkin sebab tu Anjo ni popular. 

Harga: RM9.90

Beli di sini: https://invl.io/clkur4b

14. 3W Clinic Intensive UVSunscreen Cream

Sunscreen dari 3W Clinic ini pun tidak kurang hebatnya. Mereka keluarkan beberapa jenis sunscreen mengikut jenis kulit. Buat pemilik kulit normal atau tak ada masalah kulit sangat, boleh guna Intensive Sen Cream.

Memiliki pelindungan UVA/UVB yang cukup, tak ada white cast, ringan, dan senang nak blend. Kandungan lain yang best adalah aloe untuk melembap dan melegakan kulit. Manakala arbutin pula untuk mencerah dan menghalang kulit dari ada dark spot. 

Highly recommended. 

Harga: RM11.50

Beli di sini: https://invl.io/clkurae

Semoga artikel sunscreen terbaik di Watsons ini dapat membantu anda dalam membuat pilihan untuk melindungi kulit dari sinaran matahari. Remember, skincare is a journey.

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Sonnerietelephone.com propose les dernières sonneries de téléphone gratuites en 2022. Liste de téléchargement de sonneries: Sonnerie iPhone, Sonnerie Samsung, Sonnerie Films, Sonnerie SMS...
    Webseite: sonnerie gratuite

    ReplyDelete
  2. kalau hendak perlindungan yang tinggi, cari sunscreen yang mempunyai SPF 30 ke atas.

    ReplyDelete
  3. Hello. I always use the services of professional essay writers online https://wr1ter.com . Wr1ter guarantees the absence of plagiarism, because each order is made from scratch. If you are not completely satisfied with the results, you can ask your author to make corrections.

    ReplyDelete
  4. this is really amazing and interesting article. thanks for sharing about the sunscreen terbaik.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top