13 Produk Skincare Untuk Kulit Kusam 2024

0

Kulit kusam sering dikaitkan dengan kulit yang tak berseri, tak bemaya, dan tona tak sekata. Masalah ini membuatkan anda hilang keyakinan diri. 

Terdapat pelbagai cara untuk merawat masalah kulit kusam iaitu:

  1. Tidur yang cukup
  2. Minum air yang mencukupi
  3. Elak stres
  4. Mempunyai rutin penjagaan kulit
  5. Memakai produk penjagaan kulit yang tepat

Namun dalam artikel ini saya akan kongsikan produk skincare yang harus anda guna untuk naikkan seri wajah. Tidak boleh pakai produk sembarangan kerana terdapat produk yang memiliki kandungan khas. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah memakai produk yang mengandungi vitamin C, AHA/BHA, niacinamide, dan hyaluronic acid. Disamping itu WAJIB PAKAI SUNBLOCK. Ini kerana sinaran UV matahari adalah antarar penyumbang utama kepada kulit kusam. 

Saya mudahkan anda dengan menyenaraikan sejumlah produk yang mampu buat kulit berseri, sihat, dan glowing. 

PENCUCI MUKA

Wardah Crystal Secret Foaming Cleanser

Ada banyak bahan best di dalamnya seperti niacinamide, alpha arbutin, AHA dan PHA semula jadi, dan edelweiss extract iaitu bahan anti oksidan untuk kuatkan skin barrier. 

Mengandungi AHA dan PHA yang kita tahu ia bersifat exfoliating. Namun anda masih boleh guna 2 kali sehari kerana nilainya amat minima dan ideal untuk kulit. Lagipun, pencuci muka hanya berada pada wajah kurang dari 1 minit. 

Kalau tengok dari segi bahan-bahannya, ia memang dirumus khas buat pemiliki kulit kusam. Harganyajuga amat berpatutan. 

Harga: RM11

Beli di sini: https://invl.io/clkm4r6

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face

Memberikan hidrasi secukupnya adalah langkah pertama dalam mendapatkan kulit yang segar dan berseri. Pencuci muka ini ada mengandungi dua jenis hyaluronic acid yang bakal beri kelembapan dan buat kulit lembut. 

Di samping itu ia berkemampuan menanggalkan kotoran setelah seharian terdedah kepada peluh, habuk, dan sisa makeup. 

Ia tak buat kulit rasa kering atau kemerahan. Harganya juga agak berpatutan berbanding produk HL yang lain. 

Harga: RM29

Beli di sini: https://invl.io/clkm4rn

Simple Micellar Facial Gel Wash

Pencuci muka popular dan paling digemari ramai. Jenama ini memang terkenal seantero dunia dengan keberkesanannya. Ini kerana ia memiliki segala yang diperlukan kulit. 

Ia kaya dengan vitamin dan memiliki nilai pH yang rendah agar kulit tidak mudah kering dan nampak kusam. Cukup efektif dalam menanggalkan kotoran terutama sisa makeup dan mampu membersih jauh ke dalam pori. 

Cleanser ini juga tidak berbuih, tiada alkohol, atau harsh chemicals. Sebab itulah ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. 

Harga: RM19

Beli di sini: https://invl.io/clkm4ry

 

Baca: 13 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering dan Kusam 

Y.O.U Radiance Glow Purifying Facial Wash

 Membantu menyegar, menanggalkan kotoran, melembut, dan slightly mencerahkan kulit. Ia ada 3X brightening effect yang tidak memutih, tetapi mencerahkan warna kulit asal sekaligus menaikkan seri wajah. 

Mengandungi amino acid yang membersihkan pori serta melembapkan kulit selama 48 jam. Ia juga mengurangkan kekusaman yang disebabkan oleh kotoran, minyak berlebihan dan kulit mati. 

Nianicamide pun ada yang berfungsi kurangkan minyak, kecilkan pori, ratakan tona kulit. 

Harga: RM19

Beli di sini: https://invl.io/clkm5ge

TONER

Wardah Lightening Face Toner

Mengandungi 5% glycolic acid, ia sudah jelas yang toner ini bersifat exfoliating iaitu menanggalkan sel kulit mati. 

Banyak kandungan best dalam toner ni seperti niacinamide, aloe vera & vitamin B5. Semuani boleh seimbangkan kelembapan serta cerahkan tona kulit.  

Toner ini ringan, takde bau, dah kulit tak rasa melekit selepas sapuan. Paling best, kalau anda guna kapas, anda boleh lihat kesan kotoran yang lekat pada kapas tu. Very satisfying. Berkesan, berkualiti dan murah. Patut la ramai suka Wardahhttps://www.wardahbeauty.com/en/product/skincare/wardah-lightening-face-toner ni. 

Harga: RM7.50

Beli di sini: https://invl.io/clkm5gu

Cosrx AHA BHA Clarifying Treatment Toner

Mampu menghilangkan whiteheads dan blackheads, tiny bumps, dan sel kulit mati. Bukan main viral lagi produk ini di Tiktok. Rata-rata yang menggunakannya memiliki kulit mulus dan berseri. 

It is very gentle dan boleh digunakan setiap hari seperti yang disarankan pada kotak. Tapi kalau nak guna 3 kali seminggu pun boleh juga kerana kandungannya mild sahaja.

Selepas cuci muka, spray pada kapas dan sapu pada muka. AHA BHA banyak membantu tanggalkan sel kulit mati, bersihkan pori tersumbat, dan baiki tekstur kulit. Merupakan skincare Watson untuk kulit kusam yang berkesan. Highly recommended.

Harga: RM20

Beli di sini: https://invl.io/clkm5h9

Beauty Of Joseon Green Plum Refreshing Toner: AHA + BHA

Juga sesuai digunakan setiap hari kerana ia cuma AHA BHA nya cuma sedikit. Cuma  2% glycolic acid and 0.5% salicylic acid. Just nice for daily use. 

Produk BoJ ni memang tengah in sekarang. Toner ini contohnya memang mendapat perhatian di Tiktok. Ia bukan sekadar tanggalkan sel kulit mati dan serlahkan kulit segar. Bahkan membersihkan sisa makeup yang degil tu. 

Tidak memberikan iritasi, ringan, dan buat kulit lembut selepas sapuan. 

Harga: RM55

Beli di sini: https://invl.io/clkm5hh

SERUM

Axis Y Dark Spot Correcting Glow Serum

Wajib selitkan serum famous ni.  Apa yang best tentang serum ini adalah ia memiliki segala yang diperlukan untuk agar kelihatan glowing dan sihat. 

Ia ada 5% niacinamide, squalane, papaya extract, dan sea buckthorn which memang berupaya untuk hilangkan cela, cerahkan kulit, dan redakan parut jerawat. Papaya extract tu boleh kurangkan lingkaran gelap bawah mata tau.   

Serum ini ratakan tona kulit dan buat kulit mulus. Namun, hati-hati dengan produk fake. Beli dari truster seller okay? 

Harga: 5 ml (RM9) | 50 ml (RM65)

Beli di sini: https://invl.io/clkm5ht

 

Baca: 12 Serum Untuk Kulit Kusam 

Beauty Of Joseon Glow Serum Propolis + Niacinamide

Produk skincare untuk kulit kusam seterusnya adalah serum dari BoJ.  Berkesan dalam hilangkan tiny bumps dan kemerahan. Slightly kurangkan jeragat. Bahan-bahan yang digunakan juga selamat dan takada ingredients yang boleh mengakibatkan iritasi.  

Ada 60% propolis yang elak kedutan dan mengandungi anti aging properties supaya muka tak nampak tua dari usia. Selain itu ia juga mengandungi 2% niacinamide, dan 0.5% BHA untuk fight jerawat, pori besar dan kemerahan. 

Harga: RM52

Beli di sini: https://invl.io/clkm5i0

MOISTURIZER (PELEMBAP MUKA)

Skintific 5X Ceramide Barrier Moisture Gel

Bila anda mendapat kelembapan yang cukup, maka wajah akan berseri dan tidak lagi kusam. Sebab itulah kena pakai moisturizer yang memberikan hidrasi dan boleh 'lock' kelembapan semula jadi dari hilang. 

Skintifix 5X Ceramide has everything that you ever needed. Banyak kandungan yang best dan boleh repair skin barrier seperti ceramide, hyaluronic acid, centella, dan marine collagen.

Semuanya beri kelembapan, elak jerawat, serlahkan seri wajah, dan ada collagen sebagai anti penuaan. 

Yang ni pun recommended juga sebab di Tiktok je dah 166,000 unit terjual. 

Harga: RM49

Beli di sini: https://invl.io/clkm5ia

Aiken Vita-C Bright Moisturizer

Langsung tak melekit, senang nak blend, dan beri kelembapan sepanjang hari. Amat ideal untuk kulit berminyak dan berjerawat. 

Ini kerana ia mengandungi vitamin C sebagai bahan utama, niacinamide, dan tea tree oil. Kesemua kandungan ini slightly mencerahkan kulit dan merawat jerawat.

Saya sendiri dah pakai 3 botol. Memang best and suits my oily skin. 

Harga: RM14

Beli di sini: https://invl.io/clkm5j9

SUNSCREEN

Biore UV Perfect Milk Moisture

Produk untuk kulit kusam seterusnya adalah sunscreen dari Biore. WAJIB pakai sunscreen ya guys! Fungsinya adalah untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh merosakkan kulit. 

Nilai SPF50 PA++++, perfect untuk pelindung matahari serta mengandungi vitamin E dan Rice Germ Extract sebagai ejen pelembap agar kulit kekal terhidrasi dan lembut.

Sunscreen yang pertama adalah Biore UV Perfect Milk Moisture. Bertekstur cair, senang nak blend, langsung tak buat kulit melekit. Malah, ada kesan matte finish. 

Ia juga tak mudah tanggal atau cair sekiranya terkena air atau peluh. 

Harga: RM16

Beli di sini: https://invl.io/clkm5jc

Wardah UV Shield Sunscreen Gel SPF30

Produk Wardah memang best termasuklah sunscreen yang berwarna oren ini. Memiliki SPF30, rendah berbanding yang lain tetapi sudah memadai untuk melindungi kulit dari sinaran UV serta excess blue light.

Di samping itu, sunscreen juga ada vitamin E and Pro Vitamin B5 yang memberikan nutrisi harian kepada kulit.  

Tambahan pula, ia beri instant glow tau. Sebab tu ramai yang meminati sunscreen Wardah warna oren ni. Kalau tengah cari produk skincare untuk kulit glowing di Watson, boleh tambah sunscreen ni dalam rutin harian. 

Harga: RM13

Beli di sini: https://invl.io/clkm5jm

Kalau anda ada cadangan produk skincare untuk kulit kusam lain, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top