APLIKASI CEPat UNTUK PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN DI SELANGOR

0

Kempen pembayaran cukai taksiran bagi tahun 2024 kini giat dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor melali aplikasi Citizen-E Payment (CEPat) untuk memudahkan urusan rakyat negeri ini. 

Kempen bagi penggal pertama pembayaran cukai taksiran (bagi Januari sehingga Jun) telah bermula pada Disember 2023, dan tarikh akhir pembayaran adalah pada 29 Feburari ini.

Melalui CEPat, masyarakat tidak perlu lagi hadir ke kaunter PBT bagi menjelaskan pembayaran cukai taksiran mereka. Mereka hanya perlu memuat turun aplikasi ini di telefon pintar. Kemudian, daftar sebagai pengguna dan boleh mula membuat bayaran perkhidmatan yang ingin dilaksanakan. 

CEPat adalah suatu aplikasi pintar yang berfungsi sebagai gerbang pembayaran perkhidmatan kerajaan negeri bersepadu. Melalui CEPat, masyarakat tidak perlu lagi ke kaunter PBT bagi menjelaskan pembayaran cukai taksiran mereka. 

Perkhidmatan lain yang boleh digunakan melalui aplikasi CEPat ini adalah seperti:

  1. Cukai taksiran
  2. Cukai tanah dan cukai petak
  3. Kompaun
  4. Scan to Ride (Bas Smart Selangor)
  5. Utiliti
  6. Pembaharuan lesen
  7. Sewaan fasiliti 
  8. Sumbangan

Perkhidmatan pembayaran cukai secara atas talian ini merupakan salah satu inisiatif sejak 2022 lagi untuk mengurangkan urusan-urusan fizikal di kaunter pembayaran. Kini pada 2024,  PBT telah mula menghentikan beberapa operasi kaunter pembayaran fizikal dan digantikan dengan perkhidmatan atas talian.

Peraduan CEPat-CEPat Menang

Kerajaan Negeri Selangor kini sedang mempromosikan Peraduan CEPat-CEPat Menang. Peraduan yang berlangsung selama 3 bulan, bermula 29 November 2023 sehingga 29 Februari 2024. 

Ia melibatkan 5 perkhidmatan PBT iaitu pembayaran cukai taksiran, parkir, kompaun, sewaan dan juga pembaharuan lesen.

Kempen ini bertujuan menggalakkan masyarakat di Selangor untuk mengamalkan budaya pembayaran pintar, sekaligus menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri pintar berdaya huni menjelang tahun 2025.

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top