Tempat Menarik di Hatyai Waktu Malam

14
Bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan di Hatyai pastinya menyeronokkan. Ini kerana banyak sekali tempat menarik di Hatyai dan Songkhla yang unik serta berbaloi untuk dikunjungi. Tidak kirang siang mahupun malam. Melalui artikel ini saya akan senaraikan beberapa tempat menarik di Hatyai waktu malam yang happening.


Kehidupan malam di Hatyai memang happening. Sesuai sekali untuk pelancong yang datang untuk melihat budaya dan makanan tempatan. Sebab itulah rugi kalau anda memerap sahaja di bilik hotel. Jom lihat antara tempat menarik di Hatyai yang boleh anda lawati.

Tempat Menarik di Hatyai Waktu Malam


#1 Hatyai Floating Market Klong Hae (Pasar Terapung Hatyai)


Wajib selitkan Hatyai Floating Market ini dalam senarai kerana ia adalah lokasi yang paling terkenal di sini. Seperti pasar malam, cuma semua gerai beroperasi di atas perahu yang berlabuh di tebing sungai.

Banyak makanan yang dijual di sini dan semuanya halal dan dijual oleh orang Islam di sini. Beraneka jenis juadah boleh anda cuba seperti mi sup daging, pulut mangga, sup ayam rebung, telur puyuh goreng, ikan keli bakar kerabu dan ladu ubi kayu.

Boleh dikatakan memang banyak makanan sedap di Floting Market Hatyai yang anda kena cuba. Ada yang travel jauh-jauh hanya untuk singgah ke sini tau!


Menariknya, sesetengah hidangan dimasak di atas perahu. Malah terdapat minuman yang dijual di dalam buluh, seramik, dan macam-macam lagi.

Waktu operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad, Selasa | 3 pm - 9 pm
Alamat:  Khlong Hae Khutao Road, Khlong Hae, Hatyai, Thailand

#2 Asian Night Bazaar


Rugi kalau anda tak singgah ke Asian Night Bazaar. Salah satu tempat shopping murah di Hatyai yang menjadi perhatian pelancong. Kalau mencari pakaian, aksesori, pakaian kulit, mahupun barang borong, bazaar inilah lokasinya.

Kerepek dan snek juga dijual pada harga berpatutan. Bolehlah anda beli untuk dijadikan sebagai cenderamata.


Pada waktu malam lebih meriah dengan kehadiran pengunjung. Terang benderang, dari jauh lagi anda sudah dapat lihat aktiviti jual beli. Oh ya, jangan lupa tawar menawar harga ya? Manalah tahu sekiranya anda boleh dapat harga yang lebih murah.

Ini juga adalah tempat menarik di Songkhla yang harus anda lawati. Oh ya, Hatyai dan Songkhla adalah lokasi yang sama. Di mana Hatyai merupakan bandar terbesar dalam daerah Songkhla. 

Waktu operasi: 3 pm - 10.30 pm
Alamat: Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

#3 Greenway Food Station


Penat membeli-belah, apa kata anda isi perut dengan menjamu selera di Greenway Food Station. Ia merupakan sebuah medan selera besar yang menempatkan ratusan buah gerai. Pelbagai jenis juadah dijual di sini dari masakan Thailand, western, Japanese, Arab, dan termasuklah makanan Malaysia.


Usah risau, banyak gerai Halal di Greenway Station dibuka untuk pelanggan beragama Islam. Anda boleh kenalpasti berdasarkan logo Halal yang dipaparkan.

Kawasannya kondusif, selesa, bersih, dan anda bebas untuk duduk di mana-mana sahaja. Dekorasi medan selera ini juga cantik.


[Baca] Percutian Menarik Hatyai Part 1

Waktu operasi: 5 pm - 10 pm
Alamat: 1406 3 Kanjanavanich Rd, Tambon Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#4 Central Festival Mall


Tempat shopping Hatyai seterusnya adalah Central Festival Mall. Sama sahaja dengan pusat membeli-belah di Malaysia, tapi apa salahnya kalau singgah. Mana tahu ada yang berkenan dan murah?


Terdapat Manchester United Official Store di Central Festival Mall. Untuk peminat pasuk bola gergasi itu, anda boleh mendapatkan jersi dan pelbagai jenis merchandise rasmi.

Apa yang patut anda cuba di sini adalah makan di food court nya. Saya sendiri pernah cuba, memang sedap!

Waktu operasi: 10 am - 9.30 pm
Alamat: 1518, 1518/1, 1518/2 ถนนกาญจนวณิช Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#5 Steel Pagoda


Tempat menarik di Hatyai pada waktu malam yang seterusnya adalah Steel Pagoda. Tempat suci agama Budha ini diperbuat daripada besi tahan karat. Apa yang unik, pada waktu malam ia dipancarkan dengan lampu berwarna-warni.

Sinaran lampu ini akan menghasilkan pantulan cahaya indah pada pagoda dan ke serata kawasan. Oleh sebab itulah ia sering dikunjungi pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar.


Disebabkan ia dibina di atas bukit, cahayanya boleh dilihat dari jauh.

Alamat:  Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#6 Kim Yong Market


Sebuah lagi tempat shopping di Hatyai yang menarik untuk anda lawati. Yang ini lebih kurah seperti Uptown atau Petaling Street. Terletak di bahu jalan, ratusan buah kedai menjual pelbagai jenis barangan berpatutan. Jersi, tshirt, kasut, pakaian kanak-kanak, handbag, dan aksesori.



Waktu siang menjual barangan basah seperti sayur dan buah-buahan. Ia bertukar meriah saat malam menjelma.

Memang rambang mata melihatnya. Cukup bingit, kerana masing-masing sibuk melakukan urusan jual beli dan tawar menawar.


Ia terletak di tengah-tengah bandar. Jadi senanglah untuk anda terus ke beberapa restoran atai kedai menarik berhampirannya. 

Alamat: Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel menarik di Hatyai


Selain rancang untuk shopping, penginapan selesa haruslah di ambil kira. Oleh itu saya senaraikan juga beberapa hotel menarik dengan harga berpatutan, serta dekat dengan tempat-tempat menarik.

PM Residence


Merupakan sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang terletak 0.9km sahaja dari Greenway Food Station. Lokasinya tidak terlalu sibuk, sesuai sekali untuk mereka yang tidak gemarkan suasana bising. Bilik-biliknya mempunyai dekorasi berwarna ceria dan moden.


Lengkap dengan kolam renang infinity, membolehkan anda berenang sambil melihat pemandangan bandar Hatyai dari pandangan atas.

Kemudahan: Wifi dan parking percuma, bar/lounge, mini pantry, bilik keluarga

Jarak dengan tempat menarik:
Central Festival - 0.6 km
Magic Eye 3D Museum - 0.9 km
Santisuk Market - 1.5 km
Kim Yong Shopping Centre - 1.7 km


Harga bilik: dari RM105 di Agoda - TEMPAH DI SINI

Alamat: 9 Rajdamri Soi 2 Road, , 90110

Get Guesthouse


Kalau nak tahu, Get Guesthouse ini adalah antara hotel di Hatyai yang murah iaitu di bawah RM100 semalam. Apa yang menariknya, dekorasi minimal dan elegannya tidak ubah seperti hotel 4 bintang. Ia memiliki 'Japanese-style' iaitu cuma menggunakan warna putih dan hitam sebagai warna tema.

Memang berbaloilah menginap di sini. Bilik-biliknya cukup selesa dengan katil empuk, berhawa dingin, pancuran air panas, dan pembancuh kopi.


Biarpun di bawah RM100, hotel ini tetap menyediakan Wifi percuma kepada para tetamu.

Jarak dengan tempat menarik:
Magic Eye 3D Museum - 2.2km
Hatyai Wonders Land - 4.3km

Harga bilik: dari RM56 di Agoda - TEMPAH DI SINI

Alamat: Sansri Soi 4, Downtown Hat Yai, 90110 Hat Yai

V.L. Hatyai Hotel


Sebuah lagi hotel murah di Hatyai adalah V.L. Hotel. Hotel yang bertaraf 3 bintang ini menawarkan bilik-bilik yang selesa untuk penginapan keluarga. Lengkap dengan pembancuh kopi, pancuran air, katil empuk, dan wifi percuma.

V.L Hotel turut mempunyai restoran, iatu Benjarong Restoran yang bakal menghidangkan sarapan percuma kepada anda. Jika anda mendapat bilik di tingkat atas, dapatlah menikmati view menari bandar Hatyai.

Jarak dengan tempat menarik:
Floating Market - 5.6km
Central Festival - 3.3km
Asian Night Bazaar - 2.9km
Ice Dome - 8.5km

Harga bilik: dari RM110 di Agoda - TEMPAH DI SINI

Alamat: 1-3-5-7 Nipatuthit 1 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110,

Tidak hairanlah mengapa daerah selatan Thailand ini sering menerima kunjungan pelancong.
Senarai tempat menarik di Hatyai waktu malam ini pastinya akan menceriakan percutian anda di Hatyai. Keluarlah jalan-jalan untuk menyaksikan kehidupan malam Hatyai yang happening.

Catat Ulasan

14Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. teringin sangat nak perg i Hatyai..Banyak tempat menarik, makanan sedap dekat sana..selalu tengok kawan post je..harap ada rezeki pergi luar negara..hehee..

    BalasPadam
  2. saved ! plan ke hatyai julai 2020. insyaAllah semoga menjadi lah trip luar negara mek pada tahun depan.

    BalasPadam
  3. Teringin nak pergi Hatyai sebab kat sana memang banyak tempat menarik untuk dilawati. Hopefully impian nak pergi Hatyai lepas ni tercapai

    BalasPadam
  4. Menarik dan happening Hatyai. Teringin juga ke sana suatu hari nanti.

    BalasPadam
  5. Bestnya jalan jalan kat hatnyai. Saya sendiri tak pernah sampai lagi sini. Dah banyak kali plan tapi tak pernah jadi hahaha

    BalasPadam
  6. terima kasih atas perkongsian. in shaa Allah saya ada merancang untuk ke hatyai. bolehlah nanti refer dengan artikel ni untuk buat itinerary nnti. :)

    BalasPadam
  7. Memang best kalau dapat pergi hatyai kan.. Mcm2 boleh beli kat sana... Nk share la kat family in law sbb dorg akan pergi hujungbulan ini.

    BalasPadam
  8. Rawlins dah sampai Songkla/ Hatyai. Tapi tak menyempat nak ke Pasar Terapung tu je. Yang lain sempat jelajah (sebab pergi urusan kerja). Nie teringin nak ke sana tapi nak naik keretapi hehehe

    BalasPadam
  9. Malam-malam pun ramai orang membeli belah. Syoknya tengok keadaan kat situ. Bab beli belah memang best di sana kan

    BalasPadam
  10. Happeningnya Hatyai, no wonder ramai malaysian yang skrg suka pergi sana by car or train je. sebab macam2 ada. Hotel tu pun nampak menarik & murah!

    BalasPadam
  11. wow adding this to my travel list! Great pictures and thank you for sharing!

    BalasPadam
  12. Cantek nua. Tak pernah smpi Hatyai tapi mmg ramai yg cakap best kalau dtg bercuti ke sini. Macam2 lokal food sana boleh dicuba

    BalasPadam
  13. nk ke sana raya cina ni..alhamdullillah baca blog ni..blh la buat panduan

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top