Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan 2015

0

Kadar Zakat Fitrah Kelantan 2015. Esok dah start puasa, jadi saya ingin kongsikan info yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) yang telah menetapkan harga zakat fitrah bagi negeri ini kekal RM7

Maik telah melantik seramai 640 orang amil untuk mengutip zakat fitrah di seluruh negeri. Mereka yang dilantik ini terdiri daripada imam masjid di setiap mukim di negeri ini, pegawai agama di kem tentera, balai polis dan juga pusat tahanan

Lokasi bayar zakat fitrah

Orang ramai boleh mula membayar zakat di kaunter pejabat Maik di Kompleks Islam Darulnaim mulai esok, 17 Jun hingga 16 Julai 2015. Kaunter akan dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang.


Kaunter zakat bergerat turut disediakan dan akan beroperasi di pasaraya KB Mall dan Tesco bermula 21 Jun hingga 15 Julai. Kepelbagaian lokasi ini memudahkan orang ramai selain mengelakkan berlakunya kesesakkan.

Syarat Wajib Zakat Fitrah
  1. Islam dan merdeka
  2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadan. 
Artikel sebelum ini: Cara berniaga di Instagram
Selamat berpuasa dan terima kasih kerana membaca Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan 2015

Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top