Jumaat, 15 Januari 2016

Jadilah Seperti Rashid. SIAPA RASHID?



Jadilah Seperti Rashid. SIAPA RASHID? Istilah "jadilah seperti Rashid" tiba-tiba menjadi sebutan di media sosial. Kartun bersama kata-kata nasihat itu menghiasi garis masa atau timeline Facebook dan Twitter. 

Rashid merupakan watak kartun yang direka melalui laman Facebook "Jadilah Seperti Rashid" untuk memberi nasihat berhubung isu semasa serta bersesuaian dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia. 

Setiap kata-kata yang disampaikan mengajak rakyat Malaysia supaya mencontohi sikap Rashid. Apa yang membuatkan Rashid menjadi viral adalah mesej yang disampaikan itu berbentuk sindiran dan sarkastik. 

Apa itu "Jadilah Seperti Rashid''?

'Jadilah seperti Rashid' diilhamkan dari jenaka luar negara iaitu "Be Like Bill". Konsepnya sama sahaja iaitu mewujudkan watar kartun bersama kata-kata nasihat. Manakala Rashid adalah versi Malaysia dan disampaikan dalam Bahasa Melayu.


Ketika entri ini ditulis, laman Facebooknya telah mencecah 260,000 pengikut walaupun baru ditubuhkan pada 12 Januari lalu. 













Kalau nak tahu, bukan Malaysia sahaja yang mewujudkan page seumpama ini, beberapa negara lain turut melakukan perkara yang sama seperti 'Tularan Si Juan' (Filipina).

Ramai yang tak suka jenaka Rashid ni. Mungkin kerana nasihatnya terkena batang hidung sendiri. 


Terima kasih kerana membaca Jadilah Seperti Rashid. SIAPA RASHID?

9 ulasan:

  1. Kejap ja viral kan, lepas tu ramai la pula yang buat jadilah seperti .....

    BalasPadam
  2. Terkejut jugak tgk page rashid tu.. satu malam dah 5 angka likers dia. Orang kita mmg suka kot benda sarkastik macam tu, tapi best juga baca

    BalasPadam
  3. asalnya saya ingat melibatkan rashid sidek..sebab ada orang attach gambar dia pegang reket..

    BalasPadam
  4. haha..memang terkena batang hidung saya! hehe

    BalasPadam
  5. Lebih afdal lagi jadikan Rasulullah ikutan kita dan jadikn seperti baginda.

    Watak Rashid memang banyak pengajarannya walaupun berbentuk sindiran.

    BalasPadam
  6. biasalah benda trending..Amran Fans pun bising ada pesaing.ehee

    BalasPadam
  7. macam2 dah depa viralkan skrg pasal rashid

    BalasPadam
  8. kreatif orang malaysia viralkan pasal rashid ni

    BalasPadam
  9. Itulah... setengah orang memang tak boleh terima nasihat-nasihat macam ni

    BalasPadam