Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini telefon pintar mejadi gajet paling utama dan wajib dimiliki. Peranti ini sudah menjadi 'keperluan' dan bukan lagi 'kemahuan' dalam kehidupan seharian.
Akan tetapi jangka hayat bateri telefon pintar sering mencemburui pemiliknya. Semakin kerap anda menggunakannya semakin cepat kehabisan bateri. Apatah lagi jika sering menggunakan sosial media, menonton video, atau bermain permainan video.
Telefon pintar yang membenarkan baterinya ditanggalkan semakin semakin berkurangan dipasaran. Jika anda tidak menjaganya dengan baik, telefon anda berkemungkinan mempunyai jangka hayat yang pendek.
Artikel berkaitan: Punca Bateri Smartphone Cepat Habis
Jadi dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa tips penjagaan serta cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri telefon.
Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar
1. Kurangkan kecerahan skrin - Semakin cerah skrin telefon semakin banyak tenaga yang digunakan. Setkan kecerahan skrin (brightness) kepada yang paling minima bergantung kepada keadaan pencahayaan persekitaran anda. Ia bukan sahaja mengurangkan tenaga bateri tetapi turut merosakkan mata jika digunakan pada suasana gelap. Menggunakan gambar latar belakang (wallpaper) gelap sangat digalakkan. Yup, it's a fact! Lepas ni kurangkan main telefon sebelum tidur.
2. Matikan notifikasi - Saya pasti ramai yang ingin mengetahui pesanan ringkas, komen Facebook, Twitter terkini. Namun, ini memerlukan tenaga bateri jika menerima notifikasi bertubi-tubi. Apatah lagi jika anda setkan getaran pada telefon.
Artikel berkaitan: Bertukar dari Android ke iPhone
3. Matikan lokasi dan Bluetooth - Matikan mana-mana sambungan yang tidak digunakan seperti Bluetooth, carian lokasi, dan Wifi. Ini kerana ia sentiasa mencari sambungan jika dihidupkan dan in memakan tenaga yang banyak.
4. Habiskan bateri sebelum cas - Bagi mengelakkan kerosakkan, pastikan bateri telefon anda benar-benar kritikal sebelm di cas. Ramai yang ambil remeh soal ini dan sering mengecas telefon ketika bateri masih boleh digunakan. Paling busuk pun, biarlah bateri tinggal kurang dari 20%.
5. Matikan telefon ketika mengecas - Ini merupakan antara tips penjagaan bateri yang paling penting di mana anda perlu matikan telefon ketika mengecas. Tenaga keluar dan masuk boleh merosakkan molekul bateri. Lagipun, tempoh pengecasan akan lebih pantas jika ia dimatikan.
6. Minimumkan penggunaan getaran (vibrate) - Elak daripada menggunakan terlalu banyak getaran terutamanya getaran setiap kali anda menyentuh skrin. Ini kerana fungsi ini tidak penting dan memakan terlalu banyak tenaga.
Artikel berkaitan: Pengalaman Menggunakan Oppo Smartphone
7. Gunakan Mod Penjimatan Bateri - Kini sudah banyak peranti yang menyediakan teknologi penjimatan bateri. Samsung, Oppo, dan beberapa peranti dari Cina sudah menyediakan teknologi hebat ini. Malah iPhone turut memperkenalkannya melalui kemaskini iOS 9. Mod penjimatan ini akan mematikan fungsi-fungsi tertentu seperti getaran, bunyi, dan kecerahan skrin.
Jangka hayat bateri telefon pinttar sebenarnya bergantung kepada si pemiliknya. Tips ini juga boleh diamalkan pada semua jenis telefon pintar, tablet, dan iPad. Anda yang tentukan. Kalau tidak menjaganya dengan baik anda akan sentiasa membawa power bank ke sana-sini.
Entri sebelum ini - Cara Memohon Bil TM Melalui Email
Terima kasih kerana membaca Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar
Terima kasih dengan perkongsian ni, memang selalu sangat guna telefon pintar sampai tak sedar bateri pun habis
BalasPadammatikan telefon masa mengecas tu saya tak buat, sebab takut call penting masuk
BalasPadamMemang ada gunakan beberapa tips yang dikongsikan.
BalasPadamsangat menarik dan bermanfaat..sekarang saya guna power bank untuk cas handphone..lepas ini kurangkan masa wassap pulak dengan teman wanita agar bateri dapat dijimatkan..
BalasPadamamboi ada teman wanita pulak ke mrhanafi. hihih
Padamsmartphone ni mula2 je jaga betul2 lama-lama bila anak dah start main, hmm tah mana-mana campaknya.
BalasPadamitulah anak2 selalu kidnap smartphone
Padamada juga tips di atas saya baru tahu, thanks sis
BalasPadamthanks sis atas tips ini
BalasPadamtip begini amat bermanfaat untuk memastikann jangk ahayat boleh dipanjang..
BalasPadamMV memang akan cas hp bila notify bateri lemah tu berbunyi, tapi terkadang sampai tinggal 9% baru nak caj...hehe
BalasPadamsejak pakai smartpon ni..
BalasPadammemang penat gak nak memadam sana-sini.
lagi-lagi gambar kat whassap. video pun sama.
kalau tak, hang semacam smartpon nih..