Sabtu, 23 Januari 2016

Jadual Liga Super Kelantan 2016


Jadual Rasmi Liga Super Kelantan 2016. Seperti tahun-tahun sudah, peminat saingan Liga Malaysia pasti akan dihidangkan dengan beberapa kontroversi sebelum liga bermula. Sama ada berita perpindahan pemain, pemilihan awang import, atau 'curi' pemain, isu-isu sebegini menghangatkan lagi arena bola sepak tempatan

Berlainan di kem Kelantan isu perpindahan pemain tidak lagi timbul, sebaliknya kehadiran syarikat kosmetik terkenal, Vida Beauty Sdn Bhd dengan tajaan jutaan ringgit menjadi bualan ramai. Malas nak cerita pasal syarat yang diletakkan pengasasnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Osman (Datuk Vida) sebab saya pasti semua orang dah tahu.

Format baru Liga M 2016

Difahamkan, format Liga M pada musim ini di mana Liga Super dan Liga Perdana akan berlangsung dari Februari hingga Oktober. Manakala Piala FA dan Piala Malaysia diadakan ketika liga sedang berlangsung. Ia mirip Liga Perdana Inggeris.

Baca: Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016

Waktu sepak mula tidak lagi pada pukul 8.45 malam, tetapi telah diubah kepada jam 9 malam. Selain itu Lions XII tidak lagi bersaing dalam Liga Malaysia pada tahun ini. 

Rata-rata penyokong menaruh harapan tinggi terhadap pasukan masing-masing khususnya penyokong Kelantan atau yang kini dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP-TRW) yang bakal menikmati stadium berwajah baru tidak lama lagi.

Jadual Liga Super Kelantan 2016

Pusingan pertama

TARIKH
PERLAWANAN
VENUE
11 Feb 2016
Perak vs Kelantan
Stdm Perak, Ipoh
16 Feb 2016
Kelantan vs PDRM
Stdm Sultan Muhammad IV
26 Feb 2016
Kelantan vs Sarawak
Stdm Sultan Muhammad IV
1 Mac 2016
Kedah vs Kelantan
Stdm Darul Aman, Kedah
12 Mac 2016
Kelantan vs P.Pinang
Stdm Sultan Muhammad IV
5 Apr 2016
ATM/T-Team vs Kelantan
*akan diumumkan kelak*
8 Apr 2016
Kelantan vs JDT
Stdm Sultan Muhammad IV
20 Apr 2016
Pahang vs Kelantan
Stdm Darul Makmur, Kuantan
23 Apr 2016
Kelantan vs Terangganu
Stdm Sultan Muhammad IV
4 Mei 2016
Felda United vs Kelantan
Stdm Tun Abdul Razak, Jengka
18 Mei 2016
Selangor vs Kelantan
Stdm Shah Alam
 
Pusingan kedua

TARIKH
PERLAWANAN
VENUE
21 Mei 2016
Kelantan vs Selangor
Stdm Sultan Muhammad IV
25 Mei 2016
Kelantan vs Felda United
Stdm Sultan Muhammad IV
16 Jul 2016
Terengganu vs Kelantan
Stdm Sultan Mizan Zainal
23 Jul 2016
Kelantan vs Pahang
Stdm Sultan Muhammad IV
26 Jul 2016
JDT vs Kelantan
Stdm Larkin
6 Ogs 2016
Kelantan vs ATM/T-Team
*akan diumumkan kelak*
16 Ogs 2015
P.Pinang vs Kelantan
Stdm bandaraya P.Pinang
21 Ogs 2016
Kelantan vs Kedah
Stdm Sultan Muhammad IV
27 Ogs 2016
Sarawak vs Kelantan
Stdm Negeri Sarawak
23 Sep 2016
PDRM vs Kelantan
Stdm Shah Alam
22 Okt 2016
Kelantan vs Perak
Stdm Sultan Muhammad IV
 

Entri sebelum ini - Produk Qu Puteh Mengandungi Merkuri Merbahaya

Terima kasih kerana membaca Jadual Liga Super Kelantan 2016

10 ulasan:

  1. wah dah keluar dah jadual..tapi musim ni mesti team Kelantan akan kembali menyinar selepas dapat tajaan dari Qu Puteh dan mampu mencabar JDT, Pahang dan Selangor.

    BalasPadam
  2. x sabar nak tgk sadium baru makeup dari qu puteh

    BalasPadam
  3. Semoga pasukan klate lebih maju dengan perubahan ini

    BalasPadam
  4. tak sabar nak tengok stadium pink!

    BalasPadam
  5. ramai tak sabar nak tengok stadium pink. hihih

    BalasPadam
  6. lepas ni memang kelate gomo sokmo la, stadium pun dah baru

    BalasPadam
  7. jadual selangor takde ker beb?

    share la jugak.

    BalasPadam