Filem Hindi yang dinanti-nantikan, PADMAAVAT, haram ditayangkan di Malaysia kerana menurut Lembaga Penapisan Filem, ia kandungannya menyentuh sensitiviti agama Islam.
Malah, Kementerian Dalam Negeri, KDN turut membuat keputusan melarang dari ditayangkan atas alasan jalan cerita filem tersebut memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam.
Sentuh sensitiviti Islam
Jalan cerita Padmaavat dikatakan boleh menimbulkan kebimbangan serius kepada masyarakat Muslim di negara ini kerana ia menyentuh isu sensitiviti Islam.
Terdapat sebahagian besar dari filem ini tidak sesuai ditayangkan seperti percintaan di antara Ratu Hindu dan Raja Muslim, terutamanya watak Sultan Alauddin Khiljidi yang menggambarkan seorang pemimpin zalim.
Malaysia bukan satu-satunya negara yang memberikan reaksi negeti terhadap Padmaavat. Terdahulu, filem ini mencetuskan kontroversi di d India sendiri apabila satu rusuhan besar-besaran telah berlaku sebagai bantahan terhadap tayangannya.
Tajuk asal 'Padmaavati' turut diubah kepada 'Padmaavat'. Pengarah dan pelakon turut terkena tempias dengan menerima ancaman bunuh.
Berita ini mengecewakan peminat filem Hindi untuk menyaksikan karya terbaharu arahan Sanjay Leela Bhansali. Bhansali ialah antara pengarah yang segani kerana sering menampilkan kelainan dalam setiap filem arahannya. Beliau pernah mengarahkan Bajiaro Mastani (2015), Devdas (2002), dan Hum Dil De Chuke Sanam (1999).
Padmaavat dibintangi Deepika Padukone, Ranveer Singh, Shahid Kapoor, dan Aditi Rao Hydari.
sumber: MalayMail, Astro Awani
Enrty sebelum ini - Tonton Liga Malaysia Percuma di iFlix
Terima kasih kerana membaca Filem Padmaavat Haram Ditayangkan di Malaysia
bagus juga diharamkan...hormat agama masing2
ReplyDeleteDemi kebaikkan netizen tidak dikecam. Tapi bila dah dilarang cam nk pula tau pe jln cerita dia. Hee
ReplyDeleteKena tanam dalam diri supaya sentiasa hormati anutan orang lain.
ReplyDeletemacam menarik pulak citer ni...sesuatu yang memberi kelainan dalam jln cerita yang biasanya sgt klise
ReplyDeleteBg saya la kan, nk tgk cerita mcm ni blh je. Tp kena pandai bezakan la, jgn terpengaruh. tp tu la, mentaliti rakyat malaysia ni faham2 jela. sbb tu elok jgk dia sekat tayangan kat malaysia ni.
ReplyDeletesaya tak minat hidustan atau tamil. tapi tgk org2 die cantik kalahkan org2 kita.. bg saya semua sama je.. xda beza mane, yg membezakan kita cara anutan dan kepercayaan memasing kan. yang lain berbalik pada hati n niat
ReplyDeletemungkin untuk golongan tertentu... xdapat nak bezakan...
ReplyDeletetakut terpengaruh dengan fahaman agama lain...
kalau nak tgk, pada aida, kena fikir positif.
ReplyDeletecerita is cerita. jgn sampai terpesong.
tapi tu la. kita lom tgk, so tak tau la kan how far citer ni memesongkan agama.
aduhai... agama ni sensitif! silap langkah, susah.
elok la tu. lebih baik diharamkan. jaga perasaan majoriti.
Bagi saya, individu sendiri kena berfikiran matang. Yg baik diambil yg xbaik jgn lah ikut. It’s just a movie anyway. Jalan cerita nampak menarik.
ReplyDeletebetul. kena la matang. ni kan cerita rekaan semata2
DeleteI've watch the trailer as a movie it looks interesting but if it's gonna cause a conflict I guess it's good not to show.
ReplyDeleteapparently, everything is sensitive in malaysia. lol
DeleteKenapalah masih nak buat cerita2 mcm ni sedangkan dlm negara dia pun pergolakan agama masih belum reda.. lagi nak keruhkan keadaan. Mmg patut diharamkan di Malaysia ni.
ReplyDeleteFirst time lisa dengar pasal tajuk filem ni, sebab lisa ni antara peminat setia filem tamil. ya memang perlu diharamkan ditayangkan apabila ia menyentuh keagamaan.
ReplyDeleteMungkin ada hikmah jugak kot kalau tak dapat ditayangkan di Malaysia. Demi kesejahteraan sesama kaum . Cuma rugi juga tak dapat tengok hasil karya dari pengarah terkenal ni.. ^_^
ReplyDeleteKita sendiri pon dah ada macam-macam masalah pasal isu agama.. elok lah tidak ditambah lagi dengan masalah luar.. bagus juga tindakan mengharamkan tayangan cerita ni
ReplyDeleteBagus la di haramkan. Sensitiviti agama memang kena titik beratkan demi maruah dan agama
ReplyDeleteKalau teengok pengarah, mesti filem ni best. Tapi baguslah disekat tayangan jika menyentuh sensitiviti agama. Btw, bagi saya kena terbuka jika berkarya but bila ada motif tertentu eloklah tak ditayangkan.
ReplyDeletetak berani nak komen apa2, kalau dah menyentuh sensiti agama tu rasanya eloklah di banned
ReplyDeletekalau seperti itu tak berani komentar apapun mesti ada pertimbangan sebelum membanned sebuah film
ReplyDeleteThanks for the information
ReplyDeleteTerima kasih untuk info ini, bagus juga biar semua orang tahu... nanti tak perlulah tanya-tanya lagi!
ReplyDeletetajuk filem ini agak seram juga walaupun saya tidak tahu maksudnya.
ReplyDeletelebih baik diharamkan kerana khuatir boleh mendatangkan bahaya pada imej Islam