Ulasan Filem The Shape Of Water

30
Ulasan Filem The Shape Of Water

 Ulasan Filem The Shape Of Water. Dianugerahkan sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Akademi atau Oscars awal Mac lalu, membuatkan ramai yang tertarik untuk menonton filem ini.

Bukan itu sahaja filem arahan Guillermo Del Toro ini menggondol tiga lagi anugerah bagi kategori Pengarah Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, dan Rekaan Produksi Terbaik dari pada 13 pencalonan.

The Shape Of Water (TSOW) menepati ramalan selepas dari awal lagi disebut-sebut bakal memenangi kategori utama dalam penganugerahan filem tertinggi Hollywood itu.


Disebalik kemenangan TSOW, ada yang berpendapat Oscars edisi tahun ini bersifat politik dengan memilih filem-filem yang mempunyai unsur Mexico. Ini sebagai tanda protes terhadap Presiden Donald Trump yang dilihat membenci imigran. Apatah lagi TSOW bergenre fantasi kerana jarang sekali Akademi mengangkat filem dari genre itu untuk memenangi Filem Terbaik.

Sama ada betul atau tidak, Akademi tidak bodoh. Mereka sangat profesional dan tidak akan memilih naskah buruk hanya kerana faktor itu.


Sinopsis
Berlatar belakangkan tahu 60-an, The Shape Of Water mengisahkan Eliza, seorang wanita bisu yang berkerja sebagai janitor di sebuah pusat penyelidikan kerajaan. Disebabkan kekurangan dirinya, Elisa tidak mempunyai ramai kawan kecuali teman sekerja dan jirannya. Apabila seekor makhluk amphibia dibawa masuk ke dalam makmal, Elisa mula tertarik dan cuba untuk berkomunikasi dengan makhluk itu tanpa pengetahuan majikannya. Mereka menjadi semakin rapat. Selepas mendapat tahu makhluk itu bakal dibunuh untuk tujuan penyelidikan, Elisa merancang untuk menyelamatkanya.

Pengarah: Guillermo Del Toro
Pelakon: Sally Hawkins, Octavia Spencer, Michael Shannon, Richard Jenkins,
Genre: Drama/Fantasi

Ulasan ini TIDAK mempunyai spoiler. I talk about movies 24/7, feel free to follow me on Twitter @nikkhazami to join the coversation.

Ulasan Filem The Shape Of Water

A classic monster movie atau fairy-tale untuk orang dewasa. Itulah yang dapat saya gambarkan setelah menonton TSOW.

Hebatnya TSOW terletak pada pelbagai aspek terutamanya filem ini mempunyai beberapa lapisan yang boleh penonton kaitkan dengan dunia nyata. Ia bukan sekadar filem cinta antara manusia dengan mahkluk lain.

"Tak logik la manusia bercinta dengan haiwan!" Jika anda boleh menghalalkan hubungan cinta dalam Beauty And The Beast, kenapa tidak TSOW? Lagipun, inikan cuma cerita rekaan?


Sebelum ini Del Toro pernah mengarahkan The Devil's Backbone, Pacific Rim, Hellboy, dan Pan's Labyrinth. Melihat kepada portfolio menarik ini, beliau cukup minat dalam mengarahkan filem bergenre fantasi yang meletakkan makhluk aneh atau 'monster' sebagai subjek utama. Selesai menonton filem ini, saya boleh simpulkan yang TSOW bagaikan surat cinta dari Del Toro kepada penonton untuk meluahkan minatnya terhadap sinema dan fantasi.

Walaupun ini merupakan filem fantasi atau ada yang melabelkannya sebagai 'tahyul', TSOW diolah dengan penuh hemah.

TSOW langsung tidak nampak seperti filem monster murahan yang cuba untuk merendah-rendahkan pemikiran audiens yang saya rasa semakin hari semakin bijak menilai. Jalan ceritannya disusun dengan begitu cantik, kemas, dan inilah yang menjadikanya sebagai sebuah naskah yang hebat.

Ulasan Filem The Shape Of Water

Guillermo jelas ingin menyampaikan mesej kerakusan manusia yang lebih memilih pangkat dan harta. Bagaimana haiwan mempunyai sifat belas kasihan dan manusia sendiri berperangai lebih teruk dari binatang. Selain itu babak gangguan seksual yang dilakukan oleh majikan terhadap pekerja jelas dipaparkan. Bonus bagi TSOW kerana Hollywood kini dilanda gelombang Time's Up.

Menyentuh soal sinematografi, tidak dinafikan hasil kerja Dan Lausteen cukup membanggakan. Tona hijau lumut tidak pernah lekang dari skrin. Saya kira ini untuk memastikan penonton dekat dengan makhluk amphibia itu dan mewakili kesepian Elisa. Akan tetapi, Roger Deakins menang dalam kategori Sinematografi Terbaik mengalahkan Lausteen and I am beyond happy!!! Finally, selepas 14 kali tercalon... Okay back to my review.


Sentuhan magis Alexandre Splate dalam menggubah adunan muzik juga melengkapkan rencah kisah cinta Elisa. Lagu temanya begitu indah dan melekat di fikiran seawal opening sequence lagi. Bercakap tentang opening sequence, filem ini membuka tirainya dengan Elisa terapung-apung di dalam air. Mungkin Guillermo ingin memberi bayangan kepada penonton yang TSOW mempunyai sentuhan 'filem dongeng'.

Baca juga: Ulasan Filem The Mountain Between Us


Sally Hawkins, as much as I love movies, ini merupakan kali pertama saya menonton lakonan beliau. Keberkesanan Hawkins menjayakan watak wanita bisu begitu meyakinkan sehingga membawa saya ke Google dan menaip "is Sally Hawkins really mute?" Pathetic, I know.

Pelakon pembantu, Octavia Spencer juga tidak boleh dipandang enteng. Ini merupakan kali kedua berturut-turut Spencer dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Akademi. Never forget that she was the one who let Peter Parker into that cage fight in Spider-Man (2002). Lol!

Ulasan Filem The Shape Of Water

I only have one issue, makhluk itu merupakan aset penting kerajaan. Bagaimana mereka membiarkan makmal tanpa pengawasan sehingga seorang janitor boleh keluar masuk sesuka hati? Did I miss anything?

Adakah TSOW layak menerima gelaran Filem Terbaik? YES. But I prefer Three Billboards Outside Ebbing Missouri, yang mana saya dah ulas panjang lebar dalam artikel >> INI

Biarpun filem ini mempunyai sentuhan 'fairy-tale', saya ingin ingatkan TSOW TIDAK SESUAI untuk tontonan kanak-kanak kerana ia diklasifikasikan sebagai R (Larangan).


#NKMovieRating
THE SHAPE OF WATER
9/10

Entri sebelum ini -  10 Hotel Unik di Malaysia

Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem The Shape Of Water

Post a Comment

30Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Sinopsis menarik. Memang betullah tak sesuai bawa anak-anak tonton..kan difikir lain dan tanya macam². Hehehe

    ReplyDelete
  2. Tak minat nak tengok cerita genre macam ni. Percintaan diantara 2 dunia. Hehe. Ala ala citer superhero pun ada juga.

    ReplyDelete
  3. Wahhh kemenangan filem juga ada dikaitkan dengan politik ya. Dahsyat. Belum lagi berkesempatan menonton movie ini. InsyaAllah nanti nk tgok. Nampak menarik

    ReplyDelete
  4. Lama dah tak tengok movie, last sekali tengok cerita Coco. Lama kan? hehehe
    Nampak menarik movie ni, tengok lah kalau ada kesempatan nanti...

    ReplyDelete
  5. The Shape of Water sounds like a fascinating film, although I'm not a a fan of fantasy films but after reading this I think I'll give this a try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you should give this a try. worth watching.

      Delete
  6. Banyak award felem ni. Bila baca ulasan pun boleh dikatakan yg pembikinan filem ni agak detail dan berkualiti. Tertarik juga nak menonton hujung minggu ni. Thanks sharing info menarik ni :)

    ReplyDelete
  7. Macam best je tapi tuhlah bila kata tak sesuai uk kanak aknak faham faham sajalah kan.nanti nak tengok jugalah filem nih

    ReplyDelete
  8. Lain daripada yg lain kannn...Sally suka tgk cerita pasal fantasi tapi mmg cerita ni tak sesuai utk kanak-kanak...kita yg dewasa pun sbnrnya rasa pelik sikit tgk..hahaha

    ReplyDelete
  9. tk brp suka sgt tgk cite fantasy begini ...tp bc sinopsis not bad juga cuma tidak sesuai utk tontonan kanak2

    ReplyDelete
  10. Hebat u explain pasal movie... mmg betul2 movie lover. Tp sy mmg x berapa tgk cerita alien2 ni

    ReplyDelete
  11. Ini budak2 suka la citer ni..mmg bagus sbb sekarang kan cuti sekolah..sesuai sgt la ni...ini kalau SA pun boleh layan sekali ni

    ReplyDelete
  12. saya baca habis.

    saya buat kesimpulan peribadi bahawa penulis review ini begitu teliti,cermat dan hebat dalam penulisan..

    patut la saya menjadi salah peminat penulisan blogger Nik Khazami

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. mana blog www.mrhanafi.com?

      Delete
  13. Filem hollywood ni buat ape pun laku hahaha..kadang2 cita agak tak logic tp blh diterima ramai..cerita melatu cicak man tu smpi skrg sye masihnx blh nak adopt..anyways jalan cerita dia mcm best sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. cerita tak logik pun diorg buat best gila.

      Delete
  14. alamak konpem sangat Elisa tu dah jatuh cinta dengan makhluk air tu, konpem eh sebab selalunya kalau kita ni jarang sangat ada kawan then ada apa-apa makhluk ambil berat pasal kita, konpem kita jatuh cinta waktu tu semua jadi buta tak kira lah karakter tu tak rupa manusia , kalau dah jatuh cinta ugh anything can happen tu sebab ada manusia dok jatuh cinta ngan mahkluk halus juga, eh seram pula... apa pun nampak cam romantik je hahaha

    ReplyDelete
  15. Rose tak pernah tengok lagi filem ni. Bila dah baca sinopsis ni, teringin pulak. Nak tahu juga macam mana dia boleh jatuh cinta dengan makhluk lain. Mesti ada ciri-ciri yang istimewa pada mahkluk tu sampai dia jatuh hati kan.
    Sally hawkin ni lah Jihan Musa minat. Baru tahu rupanya ini rupanya pelakon Jihan minat tu. :)

    ReplyDelete
  16. kisah cinta yang aneh tapi tetap menarik untuk ditonton

    ReplyDelete
  17. menarik ni. terus rasa nak tonton sebab jalan cerita macam unik.

    ReplyDelete
  18. Saya tertanya-tanya juga pada mulanya kenapa movie ini boleh menang besar. Bila dah baca ulasan ini, baru saya faham. Kisah yang menarik.

    ReplyDelete
  19. Perkara tak logik tapi jika dapat digarap dengan kemas pastinya hasilnya superb. Ininyg nampak dlm filem ini melalui ulasan hebat ini

    ReplyDelete
  20. OMG, that monster looks scary to me. But it seems a touching love story between him and the lady. I feel like watching it although I scare of the monster.

    ReplyDelete
  21. bila baca sinopsis ni, rasa macam nak tengok..
    jadi curious nak tahu jalan cerita..
    mesti bagus lakonan sebagai seorang yang bisu sampai dapat award..
    bukan senang nak pakai ekspresi muka je kan..

    ReplyDelete
  22. Wow this is a must watch movie, the storyline is unique. I am going to watch it hopefully this weekend.

    ReplyDelete
  23. Macam menarik je cerita ni. Kena tonton nanti.

    ReplyDelete
  24. tak minat tengok citer ada watak hodoh camni. huhu tp memang la imagination diorg mmg hebat

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top