Selasa, 3 April 2018

McDonald's Smoky Grilled Beef - Burger McD Paling Sedap

McDonald's Smoky Grilled Beef

McDonald's Malaysia memperkenalkan DUA burger baru iaitu Smokey Grilled Beef dan Hot N' Crispy Chicken. Kedua-dua menu ini sudah boleh didapati di semua cawangan McDonald's Malaysia sejak 26 Mac lagi.

Macam biasalah kalau rangkaian restoran ini menawarkan menu baru, pasti ramai yang ingin mencubanya. Kedua-dua burger ini mendapat sambutan menggalakkan sejak hari pertama diperkenalkan. Ramai yang mula berkongsi keenakannya di media sosial.


Baca juga: Menu Best di Hayaki Cafe

Me on the other hand baru berkesempatan cuba menu baru ini beberapa hari lepas. Saya pilih Smoky Grilled Beef because I am a carnivore.

Review McDonald's Smoky Grilled Beef (SGB)

Okay, secara jujurnya ini adalah burger McDonald's yang paling sedap. This is how a burger is supposed to be. Menawarkan rasa mengagumkan dengan kepingan daging lembu yang lebih tebal dari biasa dan digril sempurna. Diapit cheddar cheese, sos chipotle, bawang gril, salad segar dan ban bijan bakar.

Jika anda masih ingat burger Quater Pounder, setebal itulah patty SGB, sangat juicy! Keenakan SGB majoritinya disumbangkan oleh sos chipotle yang membangkitkan aroma 'smoky'. Burger ini hadir tanpa sos tomato dan pickle.

Sos chipotle dan saiz patty bukan satu-satunya kelainan SGB ini kerana packaging juga wajar diberi pujian. Kotaknya lain dari dari kotak Big Mac. Kali ini lebih eksklusif dengan design minimal dan burgernya juga dibalut kertas tambahan.

McDonald's Smoky Grilled Beef

Kedua-dua burger ini dijual pada harga RM14.95 untuk hidangan set berserta kentang goreng dan minuman ringan, dan RM12.95 untuk hidangan ala carte.

Saya masih belum cuba Hot N' Crispy Chicken, probably because I am not a fan of chicken burger.

Smoky Grilled Beef
9/10

Thank goodness kedua-dua menu ini tidak dijual dalam tempoh terhad. Smoky Grilled Beef dan Hot N' Crispy Chicken adalah MENU KEKAL. Take my money, McDonald's!!!

Entry sebelum ini -  Filem DUKUN Akhirnya Ditayangkan pada 5 April 2018

26 ulasan:

  1. new menu? nampak sedap.. too bad I didn't take beef... mc D is always the best...

    BalasPadam
  2. Betul ke sedap? nanti Del nak cuba jugaklah. Bila tengok gambar tu rasa hilang diet.

    BalasPadam
  3. Akak dah cuba kedua-duanya. Smokey beef sedap. Chicken pun sedap. Akak pili dedua. Rasa nak repeat lagi lepas ni...hihi

    BalasPadam
  4. Alaaaaaa.....terus akak rasa nak makan burger ni plak malam ni..acaner nak kurus ni...alaaaa...terliur sangat dah ni....

    BalasPadam
  5. Dah try Hot N' Crispy Chicken.. tak la pedas sangat..kami memang suka daging ayam macam tu..nanti boleh tru yang satu lagi

    BalasPadam
  6. Wahh belum rasa lagi menu baru ni. Biasanya kebanyakkanmenu MCd, semua ok, semua sedap-sedap. Bolehlah pergi singgah MCD ni. Kebetulan belum dinner!

    BalasPadam
  7. Tengok iklan dalam tv fuhh nampak menyelerakan ..ccl kena terjah mcd nii

    BalasPadam
  8. Harga masih berbaloi..

    sebab dengan air dan side order yang lain

    BalasPadam
  9. Tak rasa lagi yg ari ni..ari tu dah mkn yg hot n crispy..mmg terbaik la tp new sauce tu mcm kena bg extra la kot sbb kurang pedas..tp mmg my all time fav chicken deluxe tu hehe

    BalasPadam
  10. wah ini impian para pencinta MCD juicy banget

    BalasPadam
  11. Sebenarnya kita dah rasa burger ini tapi kita ada rasa macam tak puas hati sebab agak kering ia punya daging tu dan tak rasa smoky pun tak tahulah cawangan tersebut ker kan...

    BalasPadam
  12. Saya fan burger ayam, tapi tak cuba lagi menu baru tu. Since awak dah cakap sedap, kena cuba ni.

    BalasPadam
  13. The smoky beef looks so tempting and the meat look tender and juicy. I love mc Donald so much.

    BalasPadam
  14. Belum cuba lagi. Memang nak cuba tapi bila entah nak perginya.burger kfc dh try yang mcd tak try lagi.nampak sedap

    BalasPadam
  15. Kinah dah try kedua-duanya. Kinah prefer yang ayam tu. Lebih juicy berbanding daging tu yang nampak macam kering je. Tak tau la orang lain.

    BalasPadam
  16. Lama dh rasanya tak makan Mc D, adalah dlm 2 3 bulan kot..hehehe.
    Nanti nak cuba jugaklah yang ni

    BalasPadam
  17. Sedapnya lahh hoiiii. Haruslah mencuba . Makan mcd mmg cam wajib sekali seminggu

    BalasPadam
  18. jadi mau mencoba, sedapnya.
    thanks ulasannya.

    BalasPadam
  19. Sedapnya burger MCD! Dah lama rasanya tak makan MCD ni TT_TT Dah la lapar belum lunch lagi ni huhu.

    BalasPadam
  20. Ya ke sedap? Baru nak cuba ni.

    BalasPadam
  21. I still haven't try this one out yet...probably i should give it a try tomorrow during my weekly meeting..hahahah

    BalasPadam
  22. wahhhhhh! serius la sedap? Orang kata biasa-biasa je. Nanti la nak try. Biasa kalau makan MCD akan beli seti Double Cheese Burger je, hehe...sebab tu burger kegemaran,hehe

    BalasPadam
  23. ok Great... U GOT MY DROOLING all over my hp.. hahaha.. i wanna try this as well... can't wait to taste it so bad!!!

    BalasPadam
  24. Kalau tebal macam quarter pounder, yesssss. Thats like burger yg I like! Hehe.

    BalasPadam
  25. Kita suka yang smoky grilled beef tu lagi compared dengan chicken tu...
    Ohoiii sedap! Rasa nak repeat lagi khamis ni sebab nak beli happy meal kt anak skli

    BalasPadam
  26. Amboi, terus claim paling sedap...
    tengok gambo 2 pagi ni memang terus lapo jadinye

    BalasPadam