Ahad, 29 Julai 2018

Fakta Menarik Mission Impossible Fallout

Senario industri Hollywood kini selesa dalam menjana keuntungan menerusi sekuel, prekuel, seangkatan dengannya. Francais popular, Mission: Impossible juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menghasilkan sekuel terbaharu iaitu Mission Impossible Fallout.

Walau bagaimanapu, bukan senang bagi sesebuah francais untuk menghasilkan filem berkualiti dan terus mengekalkan rentak positif.  Lebih-lebih francais gergasi seperti Mission Impossible yang mempunyai pengikut yang ramai. Ia harus kekal relevan di mata penonton. 


Terkini, Mission Impossible Fallout (MIF) yang mula ditayangkan di Malaysia bermula 27 Julai lalu dilihat menepati citarasa dan piawaian filem perisik. Sehingga kini MIF menerima  kritikan positif dari pengkritik filem dan wartawan antarabangsa.Tambahan pula, apabila mengetahui pelakon utamanya, Tom Cruise, terus sanggup melakonkan aksi ngeri tanpa bantuan CGI.

Untuk rekod, berikut merupakan senarai filem (mengikut urutan) dalam francais Mission Impossible:

  • Mission: Impossible (1996)
  • Mission: Impossible II (2000)
  • Mission: Impossible III (2006)
  • Mission: Impossible - Ghost Protocol (2011)
  • Mission: Impossible - Rouge Nation (2016)
  • Mission: Impossible - Fallout

Pada saat entri ini ditulis, MIF mendapat markah 97/100 di laman Rotten Tomatoes. Nilai itu cukup tinggi malah paling tinggi berbanding lima filem Mission Impossible sebelum ini.


Sinopsis Mission Impossible Fallout 

Mengisahkan Ethan Hunt dan pasukan IMF yang bergabung dengan pembunuh CIA, August Walker untuk mengelak dari berlakunya bencana yang bakal mengancan dunia. Pembekal senjata dan sekumpulan pengganas kini merancang untuk melancarkan serangan nuklear ke atas Jerulsalem dan Mekah secara serentak.

Baca juga: Fakta Filem A Quiet Place

Apabila mendapat senjata nuklear itu hilang, Hunt dan krewnya perlu mendapatkannya supaya ia tidak terjatuh ke tangan yang salah.

Pengarah: Christopher McQuarrie
Pelakon: Tom Cruise, Simon Pegg, Henry Cavill, Rebecca Furguson, Vanessa Kirby, Sean Harris.
Durasi: 2 jam 28 minit
Tarikh tayangan Malaysia: 27 Julai 2018

Jika anda merupakan peminat francais Mission Impossible, sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan kesinambungan kisah Ethan Hunt sebagai ejen perisik dalam misi menyelamatkan dunia. Sebelum itu, jom lihat antara fakta menarik filem ini.

Fakta Menarik Mission Impossible Fallout


- Ini merupakan filem ke enam dalam francais. 

- Penggambaran terpaksa dihentikan apabila pelakon utamanya, Tom Cruise, patah buku lali ketika melakonkan aksi ngeri. Lebih menarik, rakaman insiden itu digunakan dan boleh dilihat dalam filem dan trailer. Babak itu adalah sewaktu Cruise melompat di antara dua bangunan.



- Doktor menasihatkan Cruise supaya berehat selama enam bulan, tetapi beliau tetap meneruskan penggambaran lapan minggu kemudian.

- Akibat dari kecederaan Cruise, produksi terpaksa dihentikan selama beberapa minggu. Tetapi tarikh tayangan tidak berubah.

- Pelakon Rebecca Ferguson sedang hamil ketika menjalani penggambaran. Ketika filem ini tamat penggambaran, beliau hamil 7 bulan.


- Solomon Lane merupakan villain pertama dalam francais yang muncul dalam dua filem. 

- Christopher McQuarrie satu-satunya pengarah dalam francais yang mengarahkan lebih dari satu filem. McQuarrie sebelum ini mengarahkan M:I Rouge Nation.

Fakta Menarik Mission Impossible Fallout

- Jika sebelum ini Cruise benar-benar berpaut pada kapal terbang tanpa bantuan CGI dan stunt double. Kali ini beliau bertindak menerbangkan sendiri helikopter, lompatan HALO iaitu lompatan parachute pada altitud rendah, menunggang motosikal dengan bahaya tanpa memakai halmet, berpaut pada tali helikopter, dan melompat di antara dua bangunan.

- Jeremy Renner tidak dapat meneruskan wataknya pada MIF kerana terikat dengan jadual penggambaran Avengers 4.

Baca juga: Fakta Menarik Ant Man and The Wasp

- Cruise pernah menyebut dalam satu temubual, sekiranya filem ini mencatat kutipan memberangsangkan, mereka akan meneruskan sekuel. Cruise yang juga salah seorang penerbit, masih belum bersedia untuk berada di kerusi pengarah.

- Henry Cavill memberitahu, beliau melakukan lebih banyak aksi dalam filem ini berbanding karakter Superman.


- Babak pertarungan dalam tandas sepatutnya menjalani penggambaran selama 4 hari. Tetapi ia berlarutan selama 4 minggu kerana pengarah dan koreografi mahukan hasil yang terbaik.

- Filem ini menjalani penggambaran di Norway, New Zealand, United Kingdom, dan Perancis.

Mission Impossible Fallout sudah pun mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Buat kaki movie khususnya peminat filem aksi, pastikan anda menonton filem ini.

1 ulasan:

  1. WHAT A ARTICLE sir, Thanks for sharing this information
    because i love tom

    BalasPadam