Mr Dakgalbi Restoran Korea di Kota Bharu

0
Mr Dakgalbi Restoran Korea di Kota Bharu | Memandangkan pengaruh K Pop semakin menjadi-jadi di Malaysia, maka banyaklah restoran yang menghidangkan masakan Korea di buka termasuklah di Kota Bharu, Kelantan.

Di Kelantan sendiri sudah memiliki beberapa buah restoran Korea. Mr Dakgalbi adalah salah satu restoran seumpanya yang dibuka di pusat membeli-belah KB Mall.


Saya berkesempatan menjamu selera di Mr Dakgalbi Kota Bharu tempoh hari, here is my review.

Mr Dakgalbi adalah dari bahasa Korea iaitu "dak-galbi" yang bermaksud "ayam". Di sini, pelanggan akan menikmati ketulan ayam goreng yang telah diperap menggunakan rempah khas, iaitu gochujang.

Rempah inilah yang membuatkan Mr Dakgalbi istimewa. Aromanya memang memikat. Dari jauh lagi anda sudah dapat menghidu baru rempahnya.


Apa yang membuatkan Mr Dakgalbi ini menjadi perhatian adalah kerana konsepnya di mana makanan di goreng di meja makan pelanggan. Anda boleh lihat sendiri bagaimana ia disediakan. Which is very exciting!

Mr Dakgalbi Restoran Korea di Kota Bharu


Sebuah kuali atau 'hot pot' besar diletakkan di tengah-tengah meja. Segala bahan mentah seperti ayam, rempah gochuang, nasi, ramen, seaweed dan cheese di masukkan ke dalam kuali.


Ia seakan sama seperti restoran seamboat. Cuma anda tidak perlu menggorengnya sendiri. Semuanya akan dilakukan oleh pelayan. Pelanggan menikmati hidangan yang telah dimasak.

[Berkaitan] Makette Steamboat & Grill Tempat Makan Sedap Kota Bharu

Ketika proses menggorenglah paling menarik. anda boleh lihat bagaimana pelayan memasukan bahan-bahan. Di saat ramen digoreng, aroma rempah gochujang yang menusuk hidung membuatkan anda tidak sabar untuk menjamu selera.

Mr Dakgalbi KB Mall review


Nasi putih, ramen, dan ayam digoreng menggunakan rempah istimewa ini. Cuma nasi digaul bersama-sama cheese dan ini menimbulkan rasa 'lemak' dan melekit. Sedap! Rasanya seimbang. Bahkan ayamnya juga lembut.


Kimchi pula memang dah sinonim dengan makanan Korea. Ia dikatakan sebagai pelengkap hidangan. I personally not a fan of kimchi.

Oleh kerana ini merupakan kunjung kami yang pertama, kami memilih set yang paling murah iaitu 'Fried Rice 2 Pax set' yang berharga RM43.50. Hidangan ini hadir dengan:

  • Nasi putih
  • Ramen
  • Cheese
  • Kimchi
  • Jeruk lobak putih

Untuk side dish atau hidangan sampingan, kami tambah rice cake with cheese sahaja. Untuk minuman, kami pilih 1 jug air oren yang berharga RM8.

Rasanya memang sedap. Tekstur nasi gorengnya juga tidak sama seperti nasi biasa. Agak lembik dan ditambah pula dengan rasa cheese yang enak.


Kalau anda tertanya-tanya, pedas ke Mr Dakgalbi ni? Pada saya tidak terlalu pedas. Masih 'manageable' dan  tidak sepedas ramen Samyang yang pedas berdesing tu. Lol!

Kami pilih Rice Cake with Cheese sebagai hidangan sampingan. Rice cake ini digaul bersama nasi goreng. Pada saya rice cake agak mahal. Kuantitinya sedikit dan saiznya terlalu kecil, dalam sekitar 1 inci sahaja.

Sumber: Facebook Mr Dakgalbi Kelantan

Mr Dakgalbi KB Mall ini mendapat sambutan menggalakkan. Ada yang sanggup tunggu di hadapan restoran menantikan meja kosong. Dah boleh dilategorikan sebagai tempat makan menarik di Kota Bharu

Mr Dakgalbi KB Mall Menu / Harga


Restoran rangkaian ini menawarkan pelbagai jenis set. Terdapat set yang hadir dengan variasi sayuran, atau anda boleh tambah 'cheese ring', iaitu lelehan cheese cair yang mengelilingi hot pot. Anda boleh lihat menu dan senarai harga di bawah.


Facebook: Mr Dakgalbi Kelantan
Waktu operasi: 10 am - 10 pm
Alamat: Kb Mall, Lot 2.18, Second, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Sekiranya anda berada di Kota Bharu, dan ingin menikmati makanan Korea, bolehlah menjamu selera di Mr Dakgalbi, KB Mall.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top