Jumaat, 6 November 2020

Realme NARZO 20 Pro - Handphone Gaming Terbaik

Realme NARZO - Handphone Gaming Murah Terbaik - Bagi peminat permainan video, anda pasti aware dengan kehadiran dua buah telefon terbaharu dari Realme iaitu Realme NARZO 20 Pro dan NARZO 20. Cukup hangat diperkatakan kerana direka untuk memenuhi kegunaan hiburan dan gaming. 


Kalau anda tertanya-tertanya, apakah maksud NARZO? Narzo adalah singkatan kepada konsep yang dibawakan telefon ini iaitu:


N - Next level camera

A - A-class processor 

R - Remarkable battery

Z - Zenith of design

O - Outstanding display

 


 

Kesemua elemen ini penting untuk kegunaan entertainment termasuklah untuk permainan video yang berat seperti Mobile Legend, PUBG Mobile, Wild Rift, dan lain-lain.  

 

Baca: Realme Watch Smartwatch Terbaik dan Murah RM299


Namun, apakah perbezaan kedua-dua telefon ini? NARZO 20 Pro adalah versi premium yang hadir dengan saiz RAM yang lebih besar. Manakala NARZO 20 pula berspesifikasi yang sedikit rendah dan harga lebih murah. 


Realme NARZO 20 Pro

Kalau anda mahukan telefon dengan performance yang mantap, NARZO 20 Pro adalah pilihan terbaik. Hadir dengan MediaTek Helio G95 iaitu cipset setanding dengan Snapdragon 730.  

 


 

Ditambah pula dengan RAM sebesar 8GB + 128GB ROM, memang sedaplah untuk heavy user dan prestasi gaming pula amat lancar.  

 

Gaming mode

Bercakap soal gaming, ia terbina dengan Gaming Mode. Jadi anda boleh tetapkan beberapa features seperti notifikasi, screen recording, FPS, dan block panggilan/text yang masuk agar tidak mengganggu permainan atas talian. 

 

Pic: Fonearena.com

 

Apa yang membuatkan NARZO 20 Pro sebagai handphone gaming murah terbaik adalah kerana ia memiliki Carbon Fiber Cooling System. Teknologi ini membuatkan telefon tidak mudah panas, even for intensive gaming!


Performance memang super smooth, tak ada masalah lag. Biarpun ketika turun di kawasan yang ramai enemy. Heee! 

 

+ Baca: Yoodo Beri PERCUMA Data PUBG Mobile 20GB Sebulan!

 

Bateri 65W fast charching

Saiz bateri juga cukup padu iaitu 4,500 mAh. Ia juga menyokong fast charging 65W SuperDart Charge iaitu boleh dicas dari 0 - 100% dalam masa 38 minit sahaja. Kalau nak tahu, ia adalah yang terlaju untuk telefon kelas pertengahan.


Kamera

Kemampuan kameranya pula bukan calang-calang. Terbina dengan EMPAT buah kamera dengan setup: 

  • 48MP  f/1.8 (wide)
  • 8MP f/2.3 (ultrawide)
  • 2MP f/2.4 (macro)
  • 2MP f2/4 (B&W portrait lens)


 

Kualiti gambar amat cemerlang. Hasilnya, ia nampak sharp dengan kesan bokeh dan menghasilkan warna natural. Begitu juga dengan kamera hadapan iaitu 16MP f/2.1. 


NARZO 20

Manakala NARZO 20 pula adalah versi 'Lite' dimana spesifikasinya spesifikasi dan harganya lebih rendah. Tetapi anda masih boleh menikmati kamera belakang dengan 48MP , 8MP ultra-wide-angle shooter, dam 2MP macro lens. 

 


 

Peranti ini dijana dengan cip berbeza iaitu MediaTek Helio G85, RAM 4GB + 64GB ROM.  

 

Baca: 5 Handphone Murah Bawah RM400

 

Akan tetapi, saiz baterinya 6,000 mAh! Jauh lebih besar dari versi Pro. Ia turut disokong dengan 16W fast charging. Pada saya, ia cukup hebat pada harga RM699.  

 


 

Harga Realme NARZO 20 Pro Malaysia 


Beli dengan harga lebih murah di Realme Official Lazada pada 11.11 ini. Narzo 20 Pro dijual pada harga RM899, manakala Narzo 20 cuma RM549 sahaja!


Sekiranya anda sedang mencari telefon gaming terbaik, Realme NARZO 20 Pro adalah pilihan tepat. Biarpun berada di kelas pertengahan, spesifikasi yang ditawarkan cukup berkuasa! Apatah lagi pada tanda harga yang mampu milik.


16 ulasan:

  1. Henfon ni kalau nak yang sesuai utk game. Kena asingkan dia dari penggunaan kerja yang overload. Kalau kerja as digital content macam kita. Akak rekemen take this phone only for game. Takyah load banyak gambar dan fail. So Narzo 20 dah ok utk game. Narzo 20 Pro utk kerja digital content. Hahhh beli dua. Setuju?

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju kak! saya ni heavy juga main PUBG. nak kena guna fon powerful sikit baru tak lag kalau tempat ramai enemy. sedih betul fon kentang saya ni.. haha

      Padam
  2. untuk kaki gamers ni sesuai sangatlah kan.Mesti ramai yang mencari Narzo 20 ni untuk jadikan handphone kedua bagi mereka yang memang suka main game.Jadi nak main game pun xdelah hang je kan..menarik ni

    BalasPadam
  3. Alamak... dah hampir nak jatuh cintalah pula dengan Narza 20 ni. Harga tak mahal tapi powerful.

    BalasPadam
  4. kalau yang kaki gamers bagus juga kalau ada phone khas untuk game je tak campur dengan kerja-kerja lain, senang

    BalasPadam
  5. Realme memang terkenal dengan ciri utk permainan video yg terbaik. Lps tu harga pun sangat berpatutan.

    BalasPadam
  6. I'm not so much into games, but I assume this phone should also be good for video editing, right? My current phone has limited capacity.

    BalasPadam
  7. Phone sekarang with spec yang sangat sesuai as content creator ni harganya dah semakin mampu milik kan... I wouldn't mind to invest for better picture and video quality.. This Narzo 20 not bad tho!

    BalasPadam
  8. Murahnya, nak bagitau dengan adik, sebab dia kata nak belikan untuk anaknya yang suka nau main game.. harga berbaloi tu takat main game je kannn

    BalasPadam
  9. Eh murahlah. Suami tu memang streaming game live. Duit perhabis set dia memang ribu gak. Boleh suggest die phone ni khas ntk gaming. Xdela campur personal. Hehe

    BalasPadam
  10. This is cheap ! I thought it was going to cost like few thousands! This will be in my bucket list!

    BalasPadam
  11. No wonder my nephew suruh tengokkan Narzo Pro tu. Mesti sebab dia nak main game dia tu.

    Makin meletup ye spek telefon sekarang. Rawlins dah tak mampu ikut dah hahaha

    BalasPadam
  12. NARZO 20 Pro tu memikat hati lah.. Terasa teringin nak beli tapi nak keluar modal untuk henfon kedua ni kena amik masa kumpul duit lagi...hehehe.. Apa-apa pun suka ciri2 yang ada pada fon ni

    BalasPadam
  13. dapat sebijik ni memang boleh aim nak beli mustang macam soloz la nanti haha

    BalasPadam
  14. Kalau ada member2 cari phone untuk gaming boleh la suggest model ni. Nasib baik la kita bukan kaki game haha

    BalasPadam
  15. untuk kaki game memang sesuai nih..

    BalasPadam