CPUV Nuffnang memang bermusim. Sejak kebelakangan ni ramai blogger yang merungut dan tertanya-tanya punca tidak mendapat CPUV. Yelah, pelik juga kan? trafik blog memuaskan tapi masih tidak menerima iklan diblog.
Terbaharu, saya hanya dapat dua CPUV iaitu Colgate 360 Charcoal Gold dan Maxis One Plus One. Yang selebihnya merupakan CPUV lama yang masih berjalan. Jadi saya cuba menghantarkan tiket kepada Nuffnang untuk bertanyakan masalah ini.
Menurut Nuffnang, iklan CPUV yang diberikan kepada blogger memang bermusim. Ini kerana pihak pengiklan akan memilih blog berdasarkan kriteria yang diperlukan. Kadang-kala pengiklan memerlukan kategori atau niche blog tertentu menyebabkan blog anda tidak terpilih.
Pentingya survey Nuffnang
Di sini lah survey/tinjauan Nuffnang memainkan peranan penting. Anda kena sentiasa kemaskini soal selidik yang disediakan. Ini merupakan salah satu cara pengiklan mengenal jenis blog. Contoh mudah, kalau blog anda berkaitan dunia automotif, tak kan nak paparkan iklan pencuci muka kan?
Tingkatkan trafik blog
Perkara seterusnya yang perlu dilakukan adalah meningkatkan jumlah pengunjung blog. Jangan hanya menunggu CPUV masuk, tapi maksimumkan jumlah earnings bagi kempen lain yang sedang berjalan. Ada waktu-waktu panas di mana iklan akan tertera di blog anda. Tips selanjutnya saya dah kongsikan melalui entri Cara Tingkat CPUV Nuffnang.
Saya ingin ingatkan yang blog anda bersaing dengan ribuan blog yang berkongsi niche dan demografik yang sama. Jadi tidak hairanlah jika kadang-kala blog anda tidak terpilih. Persaingan dalam dunia blogging Malaysia memang sengit sebab itu anda perlu sentiasa membaca tips yang diberikan blogger berpengalaman Kitab SEO Merah Jambu tu banyak membantu.
Ada yang tanya, kenapa masih menggunakan Nuffnang? Well, setiap pemilik blog ada alasan mereka sendiri. Jika income Nuffnang mereka memuaskan, kenapa nak berhenti menggunakannya?
Harap entri CPUV Nuffnang Memang Bermusim dapat memberi panduan buat anda.
Entri sebelum ini: Lulus Google Adsense Peringkat Pertama
sekarang tak ada lagi kan blogbuster campaign...kalau tak mahal juga bayaran dia.
BalasPadamdah lama takde kan? kalau tak selalu dpt email pasal blogbuster tu
Padamsebab ni la ramai lari. aku pakai lagi sebab malas nak cari iklan lain je.
BalasPadamkann?? tapi sebab yg lain tu susah nak approve sebab tu stay dgn Nuffnang
PadamKadang2 bila CPUV dapat banyak bila view kat blog yang terpampang hanya banner biru Nuffnang je. Ni kalau dah full approve GA, mmg terus tukar...
BalasPadamterfikir jugak mcm tu tapi GA tak jejaskan Nuffnang. biarkan je. lain la kalau nak guna platform lain
PadamIklan Nuffnag sentiasa di blog saya setiap masa, tidak kiralah ianya beri earning yang banyak atau sebaliknya. Semoga earning blogger-blogger kita terus mencanak.
BalasPadamharap mcm tu lah..
Padamselalu gak tengok orang update pasal CPUV ni..biasa sebulan boleh dapat berapa ye income?dan trafik selalunya berapa UV tu?ohho..rugi kalau takat RM50 sebulan..trafik sampai 1000UV...sangat rugi..:D
BalasPadamjumlah income tu rahsia.. ahaha! tapi berbaloi. pelik jugak knp setengah blogger dpt banyak dan ada yg sikit. padahal UV mencanak.
Padamden pun pakai nuffnang. memang slow je terutama bila tak banyak traffik.. tapi teruskan je.. malas nak tampal yang lain. yang lain pakai kat blog lain
BalasPadamBlog baru lagi saya belum cuba Nuffnang. Mungkin boleh difikirkan nanti :-)
BalasPadamZumal pun masih setia dengan Nuffnang, income sambil2 je kan... kalau banyak tu Alhamdulillah...
BalasPadamSemoga income dengan Nuffnang semakin bertambah banyak
BalasPadam
BalasPadamuntung la dapat income dari nuffnang.
he he he, memang caranya begitu sedari dulu...ikut musim macam musim durian...
BalasPadam