Restoran Wau Kota Bharu memang sedap. Semalam sempat lepak makan tengahari di salah sebuah tempat makan popular di Kota Bharu iaitu Restoran Wau. Sebenarnya dah lama tak datang sini. Kali terakhir mungkin 2 tahu lepas. Haa!
Restoran yang berkonsepkan moden dan bertemakan warna putih menjadikan restoran ini cukup cantik dan santai. Logo rasmi premis ini ringkas sahaja, iaitu huruf 'wau' dalam tulisan jawi. Saya rasa pemlik restoran ni menggabungkan dua elemen sering dikaitkan dengan negeri Kelantan.
Huruf 'wau' dalam tulisan jawi sebagai negeri serambi Mekah dan wau sebagai Permainan permainan tradisional di Kelantan. Entah, mungkin jugak kan?
Jom lihat menu dah harga Restoran Wau.
Jom lihat menu dah harga Restoran Wau.
Nasi goreng tomyam dan nasi goreng cina |
Segala jenis hidangan boleh anda pilih. Dari masakan panas, ala Thai, Western. Menu popular Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, turut menjadi pilihan pelanggan. Buat
peminan makanan western, ada lamb chop, sirloin , chicken chop, burger, dan fish and chips pun ada.
Hah, saya yakin anda sedia maklum yang negeri Kelantan terkenal dengan hidangan colek pada bulan Ramadan. Kalau nak tahu, Restoran Wau adalah salah satu tempat makan colek sedap di Kota Bharu. Dan ia dijual pada setiap hari, bukannya pada bulan Ramadan sahaja.
Kami dah cuba nasi goreng cina, nasi goreng tomyam, nasi goreng ikan masin, mihun tomyam, dan chicken chop. Chicken chop tu sedap sebab tak disalut dengan breadcrumb seperti kebanyakan restoran.
Hah, saya yakin anda sedia maklum yang negeri Kelantan terkenal dengan hidangan colek pada bulan Ramadan. Kalau nak tahu, Restoran Wau adalah salah satu tempat makan colek sedap di Kota Bharu. Dan ia dijual pada setiap hari, bukannya pada bulan Ramadan sahaja.
Kami dah cuba nasi goreng cina, nasi goreng tomyam, nasi goreng ikan masin, mihun tomyam, dan chicken chop. Chicken chop tu sedap sebab tak disalut dengan breadcrumb seperti kebanyakan restoran.
Gambar: sumber |
Sarapan pagi di Kota Bharu
Restoran ini juga menjadi pilihan warga tempatan untuk sarapan. Ini kerana mereka menyediakan pelbagai jenis roti bakar, contohnya roti titab, garlic bread, roti tempayan dan aneka roti canai. Ia dihidangkan dengan beperapa jenis kari enak. Jangan lepaskan peluang mencuba roti tisu, memang sedap dan rangup!
Overall, harga makanan di Restauran Wau Kota Bharu ini tidaklah terlalu mahal. Masih rendah berbanding kafe hipster. Lagipun, pelanggan dapat memilih pelbagai jenis menu dan portionnya juga agak besar.
Persekitarannya juga bersih dan kondusif. Anda boleh pilih sama ada ingin menjamu selera di bilik berhawa dingin atau pun di luar.
Padanlah Restoran Wau ini menjadi salah satu tempat makan best di Kelantan.
Restoran Wau
Seksyen 9, Jalan Tengu Petra Semerak,
15000 Kota Bahru, Kelantan
No tel: 09-748 9333
Facebook: https://www.facebook.com/RestoranWau
Entri sebelum ini: Punca Ringgit Malaysia Jatuh
Terima kasih kerana membaca Restoran Wau Kota Bharu Memang Sedap
mak aiii tertelan air liur tengok semua makanan tu...tapi jauh bebenor nak menapak ke kota bharu huhu
BalasPadamHari tu pg KB tak sempat masuk. Tengok deco memang cantik
BalasPadamnampak menyelerakan, restoran pun cantik dan bersih
BalasPadamsangat bersih dan selesa.
PadamSalam kenal nik....lapar perut akak baca penulisan nik tentang makanan
BalasPadamAd saper2 thux...restoran wau nibukak ke jam 5 pg ke atas...sy lapar ni...nk cri mkn chiken chop larrrr.
BalasPadam