Punca Ringgit Malaysia Jatuh. Kejatuhan nilai matawang menjadi perhatian sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Hari ini, 14 Ogos 2015, nilai ringgit RM4.08 kepada 1 USD. Ini menjadikan ia jumlah yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun.
Ringgit jatuh mendadak daripada RM3.1415 untuk setiap dolar pada tahun lalu dan terus menunjukkan penurunan walaupun Perdana Menteri memberi jaminan untuk menanganinya. Tidak dinafikan pergolakkan politik tempatan merupakan antara penyumbang utama kejatuhan Ringgit Malaysia.
Punca Nilai Ringgit Malaysia Jatuh
1. Penurunan harga komoditi - Harga Komoditi seperti minyak, minyak sawit dan getah turun mendadak lebih-lebih lagi
kerana Malaysia adalah pengeluar komoditi-komoditi tersebut.
2. Kontroversi Najib Razak - Pada tahun ini Perdana Menteri Malaysia berhadapan dengan pelbagai kontroversi seperti isu 1MDB, SPRM, derma 2.6 billion yang masuk ke akaun peribadi beliau serta kes Altantuya yang tidak pernah selesai. Isu-isu berat seperti ini menimbulkan rasa kurang yakin pelabur terhadap negara ini.
3. China turunkan matawang Yuan - Tindakan kerajaan China menurunkan mata
wang Yuan sekaligus menyebabkan kejatuhan mata wang negara ASEAN yang
lain.
4. Pergolakkan politik tempatan - Spekulasi politik yang keterlaluan menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara. Ditambah dengan pertukaran menteri kabinet baru-baru ini turut menjadi faktor penyumbang kejatuhan ringgit.
Artikel berkaitan: Senarai Penuh Rombakan Kabinet 2015
5. Cubaan menjatuhkan Perdana Menteri - Khabar angin boleh menjejaskan keyakinan dan cubaan menjatuhkan PM dengan mengadakan demonstrasi jalanan #TangkapNajib baru baru ini memberi imej buruk terhadap negara.
6. Perpindahan Pelabur- Jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan menaikkan
kadar faedah membuatkan ramai pelabur di serata dunia memindahkan dana
mereka ke dalam mata wang Amerika.
Saya
cuba bersangka baik dan tidak menyalahkan Perdana Menteri seratus
peratus dalam hal ni. Korang ingat tak penat ke kutuk Najib? Membangkang
pun kena rehat tahu?
Dalam pada tu bagus juga ringgit jatuh sebenarnya. Blogger yang buat duit USD mesti seronok sebab mendapat bayaran tinggi. Saya pun sama, sejak ringgit jatuh ni memang kaw-kaw buat duit dengan iklan Revenuehits. Anda pun boleh jugak. Daftar kat sini - www.revenuehits.com
Entri sebelum ini: Semak Tarikh Lahir Mengikut Kalendar Islam
Terima kasih kerana membaca Punca Ringgit Malaysia Jatuh.
Siapa ada income selain RM macam USD ke pound ke memang masyuk la sekarang ni kat Malaysia
BalasPadamAmboi... sambil menyelam minum air yek?! Hehehe untung la jana income dlm dollar... :P
BalasPadamkena ambik kesempatan yg ada ni madam.. hehe!
PadamBab income dlm USD tu seronok tu..hee
BalasPadampunca besarnye kak mah je... hihi
BalasPadampening kalau fikir pasal ni.. terlalu banyak selfish dr pihak kerajaan,
BalasPadamTerkesan sangat bila RM jatuh.. Nk bli barang di Ebay pon dah susah..
BalasPadamkan? ramai yg hold dulu nak shopping online. tunggu ringgit mcm dulu balik.
PadamDalam kejatuhan nilai ringgit kadang-kadang ada untungnya jugak.
BalasPadambetul. masa utk tingkatkan pendapatan dlm USD
PadamBerpeluhlah mata tengok ringgit jatuh dan makin jatuh...sis, iklan revenuehits tu boleh ke pakai sekali dgn nuffnang?
BalasPadamboleh.. iklan revenuehits tak jejas status glitterati nuffnang.. :D
PadamJangan lupa, nilai matawang di sisi Tuhan tidak akan jatuh. Pasti untung berlipat kali ganda.. Pastikan jantung hati bersih suci ketika melabur..
BalasPadamdisebalik kesukaran ada kesenangan.. pilih yang positif
BalasPadammungkin segelintir akan senang manakala majoriti akan susah..jadi akan menjadi golongan yang segelintir tu.
BalasPadamPergolakan politik dan penyebaran maklumat yang tidak benar pun menyumbang juga kepada kejatuhan RM kita kan...akibatnya rakyat yang kena tanggung semua
BalasPadamhai, boleh tnya? saya pelajar universiti.. so i need to know whether this kind of your post is from a blog or wordpress? if not, what kind of social medium that you use to write this articles? is it trusted or is it just based on your personal knowledge? because i need to do some in-text citation and i think yours is quite reliable... but, the universiti don't want its scholar gets the information from unreliable source... so please answer me ASAP...
BalasPadamhello. i use blogspot as my blogging medium. i wrote this post after reading bunch of reliable articles, took some notes and summarized them all into one article.
Padamthank you for reading and good luck with your assignment. have a nice day. :)