Cara Renew Domain NetKL. Nampaknya dah genap setahun blog ni mempunyai domain sendiri. Dari alamat nikkhazami.blogspot.com kini kepada nikkhazami.com. Domain ni saya beli dari NetKL iaitu syarikat tempatan yang menyediakan servis domain dan hosting.
Sebenarnya lupa nak renew, nasib baik pihak NetKL hantar email notifikasi mengatakan domain nikkhazami.com hampir tamat. Untuk mengelakkan dotcom blog ni hilang saya renew kira-kira 10 hari lebih awal dari tarikh expired dengan harga RM60 setahun.
Artikel berkaitan: Beli Domain Murah Malaysia
Artikel berkaitan: Beli Domain Murah Malaysia
Masa saya beli domain di dulu harganya RM38 termasuk setup RM3. Namun
bermula Oktober 2015. Hari ini, tahun 2023 harga domain telah dinaikkan kepada RM60 setahun.
Pada saya harganya masih berpatutan kerana syarikat lain yang menyediakan servis sama meletakkan harga hampir mencecah RM100.
Bagi yang dah guna domain NetKL dan bercadang nak renew, saya kongsikan panduannya dalam entri ini..
Bagi yang dah guna domain NetKL dan bercadang nak renew, saya kongsikan panduannya dalam entri ini..
Cara Renew Domain NetKL
1. Login akaun http://billing.netkl.com/
2. Klik 'Domain Renewal' pada bahagian kanan skrin.
3. Klik 'Unpaid Invois'
4. Mereka telah sediakan invois yang masih belum dibayar. Anda hanya perlu rujuk untuk ambil nombor invois dan nombor akaun bank sahaja.
5. Anda akan diberi pilihan sama ada bayar menggunakan Bank Transfer atau PayPal. Pilih satu.
6. Buat pembayaran!
7. Setelah selesai, hantarkan email bukti transaksi pembayaran kepada sales@netkl.com. Contoh email:
Customer service terbaik
Satu lagi benda yang saya suka dengan NetKL adalah khidmat pelanggan mereka. Cepat respon email, mesra, dan kalau tak faham mereka akan terangkan satu persatu. Proses renew domain pun ambil masa tak sampai 10 minit.
Selagi NetKL kekal menyediakan servis terbaik macam ni, saya akan setia dengan mereka. Bagi blogger yang tengah plan nak memiliki domain sendiri boleh beli dengan mereka di >> www.netkl.com
Entri sebelum ini - Harga dan Spesifikasi iPhone SE Malaysia
Terima kasih kerana membaca Cara Renew Domain NetKL
Entri sebelum ini - Harga dan Spesifikasi iPhone SE Malaysia
Terima kasih kerana membaca Cara Renew Domain NetKL
saya pun guna servis netkl dalam pakej hosting dan domain..memang thumb up..
BalasPadamlepas ni beli dengan netkl.. domain dan hosting tempatan lebih murah dan senang nak berurusan
BalasPadamNak tanya, kalau kita sebelum nih renew domain gunakan agensi xx, then kalau kita nak renew, kita boleh ke sesuka hati pilih memana agensi erk?
BalasPadamrenew kena guna company sama. lain la kalau nak tukar. jika bercadang nak tukar company, kena habiskan guna company XX tu dulu. :)
Padam