Selasa, 11 Ogos 2015

Beli Domain Murah Malaysia


Beli Domain Murah di Malaysia. Setiap blogger yang memasang impian untuk meningkatkan jenama blog pasti ingin memiliki domain sendiri. Yelah, sampai bila nak beralamat - .blogspot.com atau .wordpress.com kan? Untuk jadikan blog supaya lebih menonjol dan nampak profesional, kena la beli domain. 

Sebelum tu saya nak terangkan apa itu domain. Blogger-blogger yang dah tahu boleh abaikan bahagian ni. Domain adalah nama atau alamat web yang ditulis dipelayar laman web. Istilah lain bagi alamat blog juga disebut 'URL' (Uniform Resource Locator). Sebagai contoh, anda membina sebuah blog di platform Blogger. Jadi URL blog anda: http://yourblog.blogspot.com. Jika anda sudah berdomain maka blog anda akan jadi dot com ahaja. 

Untuk memiliki domain sendiri, anda kena beli. Tak ada cara lain dah. Harga domain bergantung kepada pengakhiran yang anda mahu, contohnya "dotcom, dotmy, atau dotnet". Selain itu ia turut bergantung syarikat yang daftarkan domain anda.

Beli Domain Murah di Malaysia

Sekarang ni banyak syarikat yang menyediakan servis domain dan hosting termasuklah syarikat tempatan. Saya syorkan beli dengan syarikat tempatan. Sebab bayar dalam Ringgit Malaysia, murah dan senang nak berhubung. Jadi saya cadangkan beli di - NetKL.


Ada beberapa pakej yang disediakan NetKL, tapi untuk domain sahaja harganya RM35 setahun. Kalau tak reti pasang sendiri anda cuma perlu tambah RM3 dan tech team mereka akan buatkan.  Saya rasa dah murah sangat dah. Kalau nak beli dengan syarikat antarabangsa yang menggunakan USD tu boleh, tapi mahal sikit dalam USD10 - USD15. Dah la Ringgit tengah jatuh. Hoho!

Artike berkaitan: Pengalaman Beli Domain NetKL

Ini pun berdasarkan pengalaman sendiri masa berurusan dengan NetKL dulu. Mereka beroperasi 24jam sehari, tujuh hari seminggu, dan 365 hari! Email pun laju je reply. Memang saya recommend beli domain atau hosting dengan - www.netkl.com

Best tau ada domain sendiri ni. Blogger baru yang buat banyak perancangan untuk mantapkan blog boleh beli sekarang!

Entry sebelum ini: Sinopsis Plan Cinta Tak Jadi di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca Beli Domain Murah Malaysia

27 ulasan:

  1. macam mana nak tahu domain expired bile ye..dah tak ingat dah bulan berapa ena beli tahun lepas..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada company yang hantar email notifikasi. tapi saya rasa elok kalau set dalam fon jer. senang. hehe!

      Padam
    2. Kebanyakan domain company memang ada letak tarikh nak renew kat website board yang anda daftar untuk memudahkan proses nak beli domain baru atau pun nak renew.

      Kadang2 kita pandai lupa dan domain expired.. Bila terjadi traffik pun jadi 0..

      Sedih

      Padam
  2. Memang murah ni. Bolehlah dipertimbangkan bila nak renew tahun hadapan.

    BalasPadam
  3. Oic..kene cek email ni..tq nik

    BalasPadam
  4. Saya tak pernah cuba lagi ni.... macam best je harga

    BalasPadam
  5. belum jumpa lagi domain yg betul2 murah...kebanyakannya sekitar rm30 hingga rm40...tak pernah jumpa lagi yg rm15...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada yang rm15 tu biasanya promosi.. jarang sgt dan kena alert. hehe!

      Padam
  6. skrg harga da naek...
    kt netKL rm45 but still termurah :)

    BalasPadam
  7. salam macam mana nk dpatkan domain ye....

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh click pada link yang saya bagi tu. ikut instruction yg mudah. lepas dah buat pembayaran mereka akan tukar kepada domain yang diinginkan. boleh buat pd bila2 masa sebab ia 24jam

      Padam
  8. Salam tuan tanah. Blog ni still pakai platform blogger kan? Kalau ya, boleh tak tuan tanah buat tutorial macam mana nak guna set up domain sendiri dalam blogger dari netKL? kalau dpt yg lengkap syukur sangat.hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. saya ada baca beberapa tutorial cara utk setup sendiri domain. tapi tak berani nak buat. sebab tu upah NetKL dan mereka charge rm3 sahaja. setup pertama kali shj.. thanks tuan sudi singgah sini.. :D

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Sama2... Ooo cenggitu. Kalau nak mudah baik upah je kan?xmahal pn.hehe... ingatkan tuan tanah setup sendiri sbb saya pun ada baca tutorial tapi sebab company berbeza so rasa mcam susah sikit nak buat sndiri. Setakat ni mmg xde pe2 masalah ke guna service netkl?

      Padam
    4. setakat ni tak ada masalah langsung. diorang cekap. lagi dua bulan nak renew. mmg berbaloi :D

      Padam
  9. Assalamualaikum dan salam satu malaysia

    Saya ada beberapa blog untuk dijual
    -blog yg saya buat tu ialah blg pernigaan perkhidmatan catering dan
    -blog pernigaan spa pun ada untuk dijual.

    nama domin yg saya nak saya jual ni bayar sekali shj.tak macam sesetengah individu yg jual pd harga yang rendah tetapi kena bayar bulan bulan dalam masa setahun.

    blog atau nama domain yg saya jual ni harga dr rm100-rm150
    - BAYAR SEKALI SHJ.


    * berminat boleh email saya di: 85inansor@gmail.com

    BalasPadam
  10. Kalau beli domain dengan GoDaddy.com boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. terpulang tapi saya lebih percayakan netkl.. hehe!

      Padam
  11. Pengalaman yang menarik membeli domain, dapat tau di Malaysia pun ada yang menjual domain, terbaiklah.

    BalasPadam
  12. Xde ke pilihan beli domain pemilikan kekal macam bayar RM200 domain tu kekal jd milik kita. Kiranya xperlu bayar untk tahunan..atau kata mudahnya bayar sekali je then xde expired date..ade ke..tq in advanced..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada, tapi kena beli package yang percuma lifetime domain..

      rujuk sini: https://billing.netkl.com/aff.php?aff=2119

      Padam
  13. ada apa-apa effect tak dari segi traffic & nuffnang kalau kita mula-mula nak beli @ tukar domain?

    BalasPadam
  14. macamana nak beli domain ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau setakat beli domain sahaja boleh tengok 1and1.com tapi kalau nak domain siap hosting sekali trylah link netkl yang ada dalam entry post ni.

      Padam